Selasa, 26 Julai 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Boboi dan Auni diberkas

Posted:

Boboi dan Auni diberkas

Boboi dan Auni diberkas

26/07/2011 6:09pm

KUALA LUMPUR - Dua kumpulan penyamun yang digelar "Boboi" dan "Auni" yang suka menyamun semasa kenderaan berhenti di lampu-lampu isyarat di sekitar ibu kota ditahan sejak Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, mereka yang terdiri daripada tujuh lelaki berumur 20 hingga 24 tahun ditahan di sekitar Ulu Klang, Jinjang dan Pandan Indah sejak 21 hingga 23 Julai lalu.

"Kesemua mereka yang merupakan penagih dadah bergerak aktif di sekitar Lembah Klang iaitu di Jalan Genting Klang, Tun Razak dan Segambut," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, penahanan itu dilakukan berikutan terdapat 40 hingga 50 kes samun berlaku di lampu-lampu isyarat sejak awal tahun ini.

"Setelah penangkapan mereka, kita tidak lagi menerima sebarang laporan kes samun di lampu isyarat dan kami percaya kes-kes sebelum ini juga melibatkan dua kumpulan penyamun tersebut," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Menyamar tangkap ulat sampah

Posted:

Menyamar tangkap ulat sampah

Menyamar tangkap ulat sampah

26/07/2011 5:55pm

KOTA BAHARU - Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) membentuk skuad penyamaran berpakaian preman bagi mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kekotoran dan membuang sampah di kawasan bandar berkuat kuasa serta merta.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, anggota skuad penyamaran yang dilantik itu diberi kuasa menyaman orang ramai dan peniaga yang membuang sampah di merata tempat di sekitar bandar.

"Pembentukan skuad ini perlu bagi menjaga kebersihan bandar, terutama di kawasan MPKB yang menjadi pintu masuk pelancong ke negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Gotong-royong Perdana di sini hari ini.

Pada program itu, hampir 1,000 orang yang terdiri kakitangan jabatan kerajaan, termasuk Jabatan Kesihatan, polis dan peniaga menyertainya sempena menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi.

Takiyuddin berkata mereka yang didapati bersalah membuang sampah boleh dikenakan kompaun serta merta atau denda di mahkamah sehingga RM500 di bawah Undang-Undang Kecil PBT. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mayat ditemui di Batu Gajah

Posted:

[unable to retrieve full-text content]BATU GAJAH - Mayat seorang wanita ditemui dengan kesan kecederaan di muka dipercayai dibunuh di Tanjung Tualang, di sini semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan