Harian Metro: Setempat |
Posted: 30 Jul 2011 10:08 AM PDT ALOR GAJAH: "Saya nampak pemandu Proton Wira itu bergerak lemah sebelum kenderaannya terbakar," kata seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terbabit kemalangan di jalan Kampung Paya Rumput-Lubok China, di sini, pagi semalam. Pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Mohd Fadhli, 19, berkata dia tidak sempat membantu pemandu kereta itu kerana api marak dengan cepat.
"Pemandu bas segera menghubungi talian kecemasan dan bomba tiba dalam masa beberapa minit untuk memadam kebakaran," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Metro Ahad difahamkan, Khairul Fazli dari Port Dickson, Negeri Sembilan yang bekerja di stesen penapisan minyak sebuah syarikat di Sungai Udang datang dari arah Lubok China menuju ke Masjid Tanah sebelum kereta dipandunya dikatakan hilang kawalan.
Katanya, pemandu bas mengelak ke kanan namun bertembung dengan kereta berkenaan.
|
Posted: 30 Jul 2011 09:05 AM PDT KUALA TERENGGANU: Sepatutnya Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang ditolak permohonannya untuk menukar nama di dalam MyKad kepada Aleesha Farhana mengemukakan rayuan hari ini dan dia juga menyerahkan wang RM6,000 kepada peguamnya Horley Isaacs, namun hasratnya tidak kesampaian apabila meninggal dunia semalam. Horley ketika dihubungi mengakui terkilan dan sedih dengan kematian anak guamnya sambil memberitahu, wang berkenaan dihantar ibu Mohd Ashraf yang hanya dikenali sebagai Mak Yah, 50, sewaktu mengunjungi pejabatnya di sini, Khamis lalu, untuk mengemukakan rayuan di mahkamah hari ini.
Katanya, hari ini hari ke-14 iaitu tarikh terakhir untuk dia membuat rayuan, malangnya ia tidak sempat ditunaikan kerana anak guamnya meninggal dunia.
Beliau berkata, sebelum ini pihaknya menghubungi sebuah firma guaman di Kuala Lumpur yang berminat mengendalikan kes Mohd Ashraf bagi mengemukakan permohonan rayuan itu.
Dalam pada itu, Horley berkata, dia kecewa kerana sehingga kini Parlimen tidak mewujudkan undang-undang khusus untuk mengendalikan kes seperti itu, menyebabkan ramai golongan senasib dengan Mohd Ashraf tidak dapat menjalani hidup sempurna dan disisihkan masyarakat.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan