Isnin, 25 Julai 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Pekerja ladang tidak kenal Pathmanabhan

Posted: 25 Jul 2011 04:43 AM PDT

SHAH ALAM: Seorang pekerja ladang yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu mahkamah hari ini, dia tidak mengenali N.Pathmanabhan yang merupakan tertuduh pertama dalam kes bunuh itu.

Saksi ke-29 pendakwaan, U.Suresh, 27, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Udang, Melaka, juga memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia tidak pernah melihat bekas peguam tersebut.


Ketika ditanya sekali lagi sama ada dia pasti tidak mengenali Pathmanabhan, Suresh menjawab: Tidak tahu. Saksi itu bagaimanapun mengenali tertuduh kedua, ketiga dan keempat iaitu T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Kathavarayan, dua bulan sebelum kesemua mereka ditangkap pihak polis di sebuah ladang di Banting pada 9 Sept 2010.

Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff mengapa dia dipenjarakan di Penjara Sungai Udang, saksi itu menjawab: "Saya berada di sana kerana polis arah saya beri keterangan palsu."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Polis siasat individu individu berlakon sebagai Baharudin Ahmad

Posted: 25 Jul 2011 04:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat seorang lelaki, Suhardi Mat Isa, individu yang dikatakan berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram 9 Julai lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dalam satu kenyataan berkata siasatan itu dilakukan selepas polis menerima dua laporan polis berkenaan kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan Cheras. "Kami sedang menyiasat kes ini di bawah seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan juga Seksyen 233 Akta Multimedia iaitu kesalahan yang melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain," katanya. Gambar Suhardi, seorang peserta dalam perhimpunan itu, dikatakan telah dimanipulasi sesetengah pihak dengan mendakwa dia adalah Allahyarham Baharudin yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung.


Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu sesi tayangan video mengenai perhimpunan itu menjelaskan bahawa gambar Suhardi bukanlah individu sebenar Baharudin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan