Ahad, 31 Julai 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


MIC cadang kerajaan tubuh LPEI

Posted: 31 Jul 2011 02:54 AM PDT

Mutakhir

PUTRAJAYA: Perhimpunan Agung Tahunan MIC Ke-65 yang berakhir di sini hari ini mahu kerajaan menubuhkan Lembaga Pemberdayaan Ekonomi India (LPEI) di bawah Kementerian Kewangan.

Ia bertujuan merancang dan merangka tindakan jelas bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi kaum India.

Ini adalah antara sembilan resolusi yang diluluskan di perhimpunan dua hari itu yang bermula semalam, merangkumi politik, hal ehwal kerajaan, pendidikan, sosial dan ekonomi. Usul itu dibuat berikutan kedudukan kaum India yang dikatakan masih jauh ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi, sementara kaedah pemberian peruntukan secara ad-hoc tidak dapat mencapai sasaran yang diharapkan.

Ini selain mewujudkan satu mekanisme khas bagi membantu golongan miskin kritikal untuk memiliki rumah kediaman sendiri.

Perhimpunan itu juga turut meluluskan sebulat suara usul menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan juga Datuk G Palanivel sebagai Presiden MIC.

Mengenai pendidikan, MIC mahu kerajaan memberi perhatian serius dalam penyediaan kemudahan pendidikan pra-sekolah di sekurang-kurangnya 87 peratus Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJK (T)) di seluruh negara kerana hanya 18.7 peratus sahaja SRJK (T) mempunyai kemudahan tersebut.
Cadangan itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa pendidikan pra-sekolah menjadi komponen yang penting dalam sistem pendidikan nasional.

Bagi isu sosial pula, parti itu turut meluluskan usul meminta kerajaan menawarkan lebih banyak kursus latihan dan kemahiran dalam bentuk geran kepada kaum itu memandangkan mereka masih jauh ketinggalan dalam pelbagai sektor.

MIC juga mahu kerajaan mempertimbang dan meluluskan permohonan permastautin tetap yang telah berada di negara ini sebelum Merdeka, diberikan kewarganegaraan secara automatik.

Bagi pemastautin tetap yang lahir selepas Merdeka dan masih berada dalam kategori "stateless", MIC juga meminta kerajaan memberikan golongan ini taraf kewarganegaraan. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

E-syariah mudahkan urusan perceraian

Posted: 31 Jul 2011 02:30 AM PDT

Mutakhir

KUALA TERENGGANU: Penggunaan sistem e-syariah di mahkamah syariah di Terengganu terbukti berjaya menyelesaikan perbicaraan kes perceraian dengan mudah dan cepat, kata Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, Datuk Ismail Yahya.

Beliau berkata, e-syariah memudahkan mahkamah untuk mencari dan mengesan tuntutan perceraian pasangan kerana melalui sistem itu kes akan dikesan sama ada sudah berdaftar mahupun tidak dengan Mahkamah Syariah lain.

Bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Dana Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di sini hari ini, Ismail berkata Mahkamah Syariah di negeri ini dinobatkan sebagai Mahkamah Syariah terbaik di Malaysia selepas berjaya menyelesaikan kes mengikut tempoh ditetapkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Turut hadir pada majlis tersebut Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat, bagi menyampaikan dana kepada ibu tunggal yang terbabit dalam kes perceraian yang belum selesai.

Ismail berkata, melalui sistem ini kes perceraian dapat diselesaikan hanya dalam jangka masa enam minggu namun apa yang melambatkan kes selesai adalah penyediaan alasan penghakiman.

"Kita akan mampercepatkan penyelesaian alasan penghakiman ini dalam masa satu jam saja dengan mewujudkan sistem e-filing yang akan dilampirkan terus ke e-syariah.

"Melalui alasan penghakiman tersebut, kita akan menyelesaikan kes dalam masa enam minggu dan tempoh paling lama 180 hari," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan