Jumaat, 29 Julai 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Jasa pusat jahitan Zakat Kedah

Posted:

Jasa pusat jahitan Zakat Kedah

Jasa pusat jahitan Zakat Kedah

Oleh SAHBULAH DARWI
utusankedah@utusan.com.my


Ummu Kalsom Mohamad melipat pakaian seragam lelaki di Pusat Kemahiran Jahitan Jabatan Zakat Kedah di Alor Setar, baru-baru ini.


ALOR SETAR 28 Julai – Pusat Kemahiran Jahitan Jabatan Zakat Kedah yang terletak di Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah di sini memberi sinar baru kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk mengubah kehidupan mereka.

Sejak beroperasi Januari lalu, sebanyak 11 peserta yang terdiri daripada golongan ibu tunggal dan berpendapatan rendah, mengambil upah menjahit pakaian seragam sekolah rendah di pusat itu.

Pusat itu juga merupakan strategi serampang dua mata yang bijaksana iaitu menyediakan peluang kepada golongan tersebut mendapat upah menjahit dan pada masa sama menyediakan pakaian seragam untuk murid-murid miskin.

Pegawai Agihan Zakat jabatan itu, Sofiyuddin Ismail, 33, berkata, pusat tersebut berjaya menjana pendapatan dan meringankan beban sara hidup golongan berkenaan di samping membantu menyediakan pakaian seragam untuk murid-murid miskin di beberapa sekolah di daerah ini.

"Di sini, peserta akan menjahit pakaian seragam sekolah rendah untuk murid lelaki dan perempuan sebelum dihantar ke Pejabat Pelajaran Kota Setar bagi sesi persekolahan 2011.

"Jabatan kemudiannya akan membekalkan pakaian seragam ke sekolah-sekolah untuk 50 murid dari golongan miskin dengan setiap seorang diberi dua pasang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, para peserta diberi upah RM700 hingga RM800 seorang untuk menjahit di pusat itu.

Ibu tunggal, Nor Ain Saad, 36, berkata, pusat itu memberi harapan baru kepadanya untuk membantu menyara keluarga terutama tiga anaknya yang berusia sembilan, 10 dan 14 tahun.

Dia yang tinggal di Hutan Kampung berkata, sebelum ini dia bekerja mengambil upah menjahit di rumah tetapi pendapatannya tidak menentu.

"Alhamdulillah sekarang pendapatan tetap maka ia dapat meringankan beban menyara keluarga," katanya.

Peserta lain, Rohaya Ahmad, 48, dari Kota Sarang Semut pula berkata, dia berasa gembira kerana dapat bertugas di pusat itu sejak 17 Mei lalu kerana dapat membantu keluarga dan pada masa sama membantu menjahit pakaian untuk murid-murid miskin.

"Dalam sehari saya boleh menyiapkan sekitar empat helai pakaian sekolah," katanya yang mempunyai seorang anak berusia 14 tahun.

Ummu Kalsom Mohamad, 24, dari Gunong Keriang berkata, selepas menamatkan kursus menjahit di Pusat Giat Mara, dia mula bertugas di pusat itu bersama adiknya, Ummu Saudah Mohamad, 23.

"Saya gembira kerana dapat upah yang dapat dijadikan punca pendapatan bagi membantu keluarga kerana ayah hanya bekerja sebagai pesawah," kata anak kesembilan daripada sepuluh adik beradik itu.

Ummu Saudah pula berpendapat, bertugas di pusat berkenaan adalah pengalaman yang amat bernilai kerana dia diajar asas menjahit.

Tenaga pengajar pusat itu, Ramlah Salleh, 46, pula berkata, sebahagian peserta pada awalnya tidak mempunyai asas jahitan namun pusat tersebut memberi kursus asas berkenaan dalam tempoh tiga bulan.

Dalam tempoh tersebut, peserta kebiasaannya sudah boleh mengendalikan mesin dan menyiapkan jahitan baju dengan sempurna.

"Memang ada cabaran tersendiri apabila mengajar mereka yang tidak mempunyai asas tetapi kebanyakan dapat menguasainya dalam tempoh tersebut," jelasnya yang berasa gembira dapat menyumbang tenaga untuk mengajar para peserta yang akhirnya membantu murid-murid miskin memiliki pakaian seragam.

Katanya, pusat itu mempunyai mesin jahit lurus sebanyak 12 unit, mesin jahit tepi (2 unit), mesin jahit getah (seunit) dan mesin jahit butang dan lubang (seunit).

Ramlah memberitahu, pusat itu mampu menyiapkan kira-kira 40 pasang pakaian seragam sehari dan 600 hingga 700 pasang dalam sebulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bantah bina loji kumbahan

Posted:

Bantah bina loji kumbahan

Bantah bina loji kumbahan

Oleh HASHIM P. MAMAT
utusanperak@utusan.com.my


Penduduk kampung menunjukkan loji kumbahan najis yang sedang dibina di Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar, kelmarin.


KUALA KANGSAR 28 Julai – Penduduk Kampung Talang Hulu di sini membantah pembinaan loji kumbahan najis sebuah taman perumahan baru yang dibina berhampiran masjid dan kawasan kediaman.

Selain bakal mencemar sungai berhampiran, penduduk turut bimbang pembinaan loji tersebut akan menyebabkan pencemaran udara dan bau busuk kepada penduduk kampung berkenaan.

Ketua kampung, Ismail Mohd. Yusuf, 52 memberitahu, walaupun loji tersebut dibina menggunakan kaedah moden tetapi ia belum dapat menjamin tidak berlaku pencemaran udara dan bau di kawasan berkenaan.

"Penduduk kampung banyak menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pembinaan loji kumbahan kerana ia dibina terlalu dekat dengan rumah penduduk," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau menambah, lebih mengecewakan, pemaju taman perumahan berkenaan tidak pernah mendapatkan pandangan penduduk sebelum membina loji kumbahan tersebut.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Talang Hulu, Khairul Azhar Taarif, 36 berkata, surat bantahan telah dihantar kepada pemaju, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Tan Sri Rafidah Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri Manong, Datuk Ramly Zahari.

Katanya, dalam surat tersebut penduduk kampung meminta pihak terbabit menjelaskan kedudukan loji kumbahan dan meminta ia dipindahkan ke kawasan lain jauh daripada penduduk dan jalan utama.

Jelasnya, jalan utama tersebut digunakan oleh lebih 3,000 penduduk daripada lima buah kampung termasuk Kampung Talang Dusun, Kampung Talang Masjid, Kampung Talang Hilir, Taman Talang dan Kampung Talang Changkat.

"Ada baiknya ia dipindahkan sekarang kerana ia masih berada di peringkat awal pembinaan. Kalau sudah siap, susah," katanya.

Bilal Masjid Kampung Talang Hulu, Salehan Ismail, 62, turut menyuarakan kebimbangan bau dari loji kumbahan tersebut akan menganggu jemaah bersolat dan melaksanakan aktiviti agama.

Menurutnya, setiap hari, lebih 100 jemaah menunaikan solat lima waktu dan antara 800 hingga 1,000 orang menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

''Saya harap aduan ini diambil perhatian oleh pihak berkenaan kerana kesannya sungguh besar kepada jemaah masjid ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mahkamah kecoh anak, bapa bertikam lidah

Posted:

Mahkamah kecoh anak, bapa bertikam lidah

Mahkamah kecoh anak, bapa bertikam lidah

TAIPING 28 Julai - Perkarangan Mahkamah Rendah Syariah di sini kecoh apabila seorang anak bertikam lidah dengan bapanya di hadapan kaunter pendaftaran bangunan tersebut dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang semalam itu, lelaki tersebut, Md. Farik Md Noordin, 60, telah didatangi anak perempuannya sebelum tercetus pertengkaran di antara mereka.

Difahamkan, ia berpunca daripada tindakan lelaki terbabit yang cuba memburukkan isteri pertamanya, Hamidah Darus, 57, di hadapan orang awam selepas enggan menceraikan wanita tersebut semasa permohonan dibuat di mahkamah berkenaan.

Pada mulanya, perbincangan berlangsung dalam keadaan aman sebelum bertukar menjadi tegang apabila lelaki tersebut terus mempersoalkan tindakan anaknya yang terlalu menyebelahi ibunya, serta rumah yang kini didiami Hamidah.

Sebelum itu di mahkamah sama, Hamidah, 57, memfailkan permohonan cerai taklik terhadapnya tetapi ditangguhkan bagi membolehkan defendan memfailkan pembelaan.

Hakim Syarie, Azman Saad menetapkan 9 Ogos ini sebutan semula kes tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan