Berita Harian: Wilayah |
Posted: 27 Jul 2011 07:47 PM PDT Wilayah Tiga kakitangan Alam Flora membersih sampah di belakang bangunan Lorong Tun Ismail, Kuantan. KUANTAN: Sikap kurang prihatin pemilik rumah kedai dan penghuni Lorong Tun Ismail di sini, terhadap masalah sampah mendorong Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) dan Perbadanan Sisa Pepejal dan Pengurusan Awam (PSPPA) mengadakan Program Gerak Gempur Alam Flora. Ini berikutan, sikap sambil lewa penghuni dan pemilik premis di situ dalam mengurus sampah dan sisa domestik sehingga mewujudkan persekitaran yang kotor dan pencemaran bau. Tinjauan edisi Timur di lorong belakang premis perniagaan itu mendapati segelintir daripada mereka tidak membuang sampah dalam tong sampah, sekali gus menyebabkan bahan buangan itu bertaburan di atas jalan. Pada masa sama, sampah turut dibiarkan berlonggok dalam longkang sekali gus menyebabkan aliran air terkandas dan menghasilkan bau kurang menyenangkan.Sehubungan itu, Alam Flora dan PSPPA mengadakan program gerak gempur bagi memberi kesedaran kepada peniaga dan penghuni di kawasan itu supaya memberi keutamaan ke atas aspek kebersihan dan pengurusan sampah. Program itu membabitkan 50 kakitangan dua agensi berkenaan dan turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong bagi memastikan kawasan itu sentiasa bersih. Warga bandar ini, Ibrahim Ahmad, 45, mengakui kebersihan premis perniagaan bersih tetapi kecewa apabila melihat longgokan sampah di kawasan belakang kedai.
"Bagaimanapun, usaha Alam Flora dan PSPPA adalah tepat untuk memastikan Lorong Tun Ismail dan TI Lane dalam keadaan bersih dan ceria," katanya. Sementara itu, Hong Seong berkata, program itu adalah inisiatif awal agensi berkenaan memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mementingkan kebersihan dan tidak terlalu bergantung kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). "Sepatutnya, masyarakat perlu lebih prihatin terutama mereka yang tinggal di pusat bandar kerana bukan saja pelancong luar negara, malah orang luar akan berpandangan negatif jika sampah dibuang di tempat tidak sepatutnya. "Saya harap program ini akan menyedarkan mereka untuk menjaga kebersihan di kawasan premis masing-masing," katanya. Berdasarkan statistik Alam Flora, beliau berkata, sebanyak lapan tan sampah di pusat bandar termasuk Lorong Tun Ismail dipungut setiap hari dan operasi memungut sampah dilakukan pada waktu malam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 27 Jul 2011 07:40 PM PDT Wilayah Ops Audi Sungai Chua rampas ratusan jenis ubatan, kosmetik berbahayaKUALA LUMPUR: Berselindung di sebalik syarikat pemborong air mineral dan sabun, sembilan premis di sekitar kawasan perindustrian Sungai Chua diserbu Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan pagi semalam dan merampas ubat-ubatan dan kosmetik tiruan dianggarkan bernilai lebih RM8 juta. Serbuan yang dianggap terbesar tahun ini itu berjaya merampas ratusan jenis ubat dan kosmetik berbahaya kepada kesihatan yang dipercayai dibawa masuk dari China sebelum dibekal untuk dipasarkan di negara ini khususnya di kawasan pndalaman, luar bandar dan kampung. Pengarah Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mohd Hatta Ahmad berkata, sembilan premis yang diserbu termasuk empat gudang, tiga pejabat syarikat, sebuah kedai runcit dan sebuah banglo mewah di Taman Kajang Impian membawa kepada penemuan semua ubat dan kosmetik tiruan berkenaan yang disembunyikan dalam bilik rahsia di setiap premis yang diserbu. "Ops Audi Sungai Chua ini membawa kejayaan besar selepas kami menjalankan risikan dan pemantauan sejak dua bulan lalu termasuk mengekori kenderaan yang dibawa oleh orang suruhan syarikat berkenaan."Selain itu, kita mendapati pemandu kenderaan digunakan untuk membawa keluar dan masuk barang tiruan ini dalam keadaan mencurigakan kerana mereka sememangnya mengetahui aktiviti dijalankan bukan saja membawa barang runcit tetapi juga ubat dan kosmetik berbahaya," katanya. Hasil siasatan dijalankan mendapati syarikat semua sembilan premis itu memiliki satu lesen perniagaan dikeluarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kebenaran sebagai pemborong barang runcit dan perdagangan umum untuk mengedar air mineral dan sabun tetapi sebaliknya menjalankan operasi menjual ubat dan kosmetik berbahaya. Turut dikesan, empat jenis ubat termasuk yang tidak berdaftar, produk kosmetik mengandungi racun, ubat yang dilabel sebagai tradisional serta ubat yang dijual tanpa kebenaran KKM dan pembeli yang menggunakannya bakal menghadapi risiko mengalami penyakit darah tinggi, mengalami kerapuhan tulang secara berperingkat, kulit menggelupas dan timbul kesan bengkak pada muka.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan