Utusan Online - Muka Hadapan |
Posted: PDRM perkenal PRSOleh ILAH HAFIZ AZIZ
GENTING HIGHLANDS 28 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperkenalkan Sistem Pengaduan Polis (PRS) bagi membolehkan siasatan awal kemalangan dijalankan di mana-mana balai polis seluruh negara secara dalam talian. Sistem yang dijadual dilancarkan November ini, bakal memudahkan orang ramai yang terlibat dalam kemalangan untuk membuat laporan. Para pengguna kenderaan juga boleh memperoleh maklum balas segera berhubung kemalangan yang dialami sejurus laporan polis dibuat. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu terlibat dalam kemalangan sama ada kecil atau besar di Kedah, dia boleh membuat laporan di mana-mana balai polis di negeri lain. Sebaik sahaja laporan dibuat, polis tempat dia melaporkan kemalangan itu akan melakukan siasatan awal, sama ada ke atas pengadu atau kenderaan yang terlibat sebelum memaklumkan perkembangan siasatan itu kepada balai polis tempat berlaku kemalangan. Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, sebelum ini sistem berkenaan dikenali sebagai Sistem Pengaduan Kemalangan Jalan Raya Berkomputer (CARS) dan melaluinya hanya balai polis yang berada dalam lingkungan lokasi kemalangan sahaja menjalankan siasatan. "Namun setelah diintegrasi menjadi PRS, sistem itu dilihat lebih bersifat mesra pengguna kerana orang ramai yang menghadapi masalah trafik boleh membuat laporan di mana-mana balai polis di seluruh negara tanpa kerenah birokrasi. "Proses laporan sekarang (CARS) memakan masa jika balai polis yang berada di luar lingkungan kawasan kemalangan menerima laporan itu dan ia dilakukan secara manual. "Dengan penambahbaikan itu, balai polis yang menerima laporan boleh membuat siasatan awal dan segala informasi diperoleh akan dihantar ke balai polis terlibat dengan lokasi kemalangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian penutupan Bengkel Pembangunan Aplikasi Siasatan Trafik di sini, hari ini. Ujarnya, PRS dibangunkan setelah mendengar banyak rungutan daripada pelbagai pihak tentang kelemahan dalam sistem aduan trafik seperti perbezaan pangkalan data dan kerenah birokrasi di balai polis. "Kita ambil kira pandangan masyarakat terhadap apa sahaja kelemahan, termasuk sistem jaringan Internet yang sepatutnya memudahkan orang ramai," katanya. Ditanya tentang beban kerja yang terpaksa dihadapi anggota polis trafik di setiap balai, Khalid berkata, itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana tugas hakiki polis adalah membantu orang awam. "Saya tidak menolak adanya bebanan kerja kepada anggota di setiap balai apabila PRS ini diwujudkan kerana mereka bertanggungjawab menjalankan siasatan awal terhadap setiap aduan yang dilaporkan. "Ia tidak menjadi masalah kerana kemudahan ini dibangunkan khusus untuk masyarakat bagi memastikan mereka mendapat khidmat yang lebih baik," jelasnya. Selain itu, beliau memberitahu, sistem pembayaran saman dalam talian juga akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa seiring dengan peningkatan penggunaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Posted: Malaysia kecundangPEMAIN Malaysia kecewa apabila hanya seri 1-1 kepada Singapura pada perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. – utusan/Hafiz Johari * Malaysia gagal mengambil kesempatan bermain di gelanggang sendiri (Stadium Nasional, Bukit Jalil) untuk mencipta kemenangan apabila hanya seri 1-1 (Singapura menang dengan agregat 6-4). * Ketiadaan perancang utama, Safiq Rahim dan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha meninggalkan kesan besar terhadap permainan Malaysia. * Malaysia terus melebarkan kemarau ke Piala Dunia dan terpaksa menunggu lagi sehingga kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia selepas ini. * Singapura jelas bergantung sepenuhnya kepada khidmat pemain-pemain importnya untuk mencari kemenangan ke atas skuad negara. Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp | ||
Posted: Jangan mudah lupa sejarahOleh SAHBULAH DARWI ALOR SETAR 28 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar sentiasa memperingati sejarah penubuhan negara kerana kerajaan sejak dahulu lagi telah mengamalkan dasar-dasar toleransi, demokratik dan liberal bagi menjaga kepentingan semua pihak. "Ini perlu kita ingat, jangan kita menjadi buta sejarah dan jangan kita jadi tidak mengenang budi kerana bangsa yang mulia ialah bangsa mengingati sejarah dan bersikap mengenang budi," kata Perdana Menteri. Najib berkata, sebagai contoh, keputusan para pemimpin yang mengasaskan negara sewaktu mencapai kemerdekaan untuk membenarkan penubuhan sekolah pelbagai aliran adalah dasar yang tepat. "Ini merupakan keputusan yang dibuat oleh pengasas negara kita sejak waktu negara kita mencapai kemerdekaan. "Pemimpin Parti Perikatan masa itu telah membuat keputusan tersebut walaupun pemimpin daripada parti lain telah menentangnya tetapi pemimpin Perikatan memahami cara ini amat sesuai bagi rakyat negara ini," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Keat Hwa 1 di Jalan Kuala Kedah dekat sini serta sambutan 100 tahun penubuhan sekolah itu. Pada majlis itu, Perdana Menteri menyampaikan bantuan kewangan sebanyak RM1.1 juta kepada tujuh sekolah dan Persatuan Bekas Pelajar SMJK Keat Hwa. Menurutnya, jika pemimpin terdahulu tidak membuat keputusan tersebut, sudah tentu tiada sekolah SMJK Keat Hwa yang menyambut ulang tahun ke-100 hari ini. Najib berkata, sejak dahulu lagi, dasar-dasar kerajaan adalah mengikut amalan demokrasi dan oleh itu, jangan ada mana-mana pihak menafikan perkara tersebut. Dalam pada itu, tujuh sekolah yang menerima sumbangan daripada Perdana Menteri ialah SMJK Keat Hwa 1, SMJK Keat Hwa 2, SMJK Sin Sungai Petani, SMJK Chio Min, Sekolah Menengah (SM) Keat Hwa Persendirian, SM Persendirian Sin Min Alor Setar dan SM Persendirian SIN Min Sungai Petani. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan