Selasa, 26 Julai 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Peniaga jual makanan sebelum jam 3 petang bulan Ramadan akan didenda

Posted: 26 Jul 2011 03:59 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Peniaga makanan di Terengganu yang menjual makanan sebelum pukul tiga petang pada bulan Ramadan akan dikenakan tindakan tegas.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mohd Rozali Salleh berkata tindakan
akan diambil terhadap mereka sekiranya didapati bersalah melanggar peraturan

yang telah ditetapkan kerajaan negeri.

"Kami telah bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan untuk membanteras masalah ini dan mereka yang didapati melanggar peraturan akan di denda mengikut Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Pindaan) 2001.


"Mana-mana umat Islam yang makan mahupun merokok di khalayak ramai juga akan turut didenda mengikut enakmen yang sama," jelasnya ketika ditemui pemberita

pada Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan dan Dokumentari Syahadah musim ketujuh di
sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Datuk Norhyati Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat.

Mohd Rozali berkata, pada tahun lepas, pihaknya telah menahan lebih 10 kes berkaitan kesalahan tersebut dan berharap jumlah tangkapan pada tahun ini akan berkurangan.

"Kami akan mencegah perkara ini dari terus berleluasa dan berharap umat Islam di negeri ini akan menjalankan ibadah puasa secukupnya tanpa membuat sebarang kesalahan yang boleh dikenakan sebarang tindakan undang-undang," tambahnya.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penyokong Harimau Malaya serbu kaunter tiket

Posted: 26 Jul 2011 03:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ribuan penyokong pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya, menyerbu kaunter tiket untuk mendapatkan tiket masing-masing bagi menyaksikan perlawanan timbal balik pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura, Khamis ini.

Seawal jam 8 pagi peminat-peminat bola sepak tempatan mula berbaris di kaunter tiket Pintu Kuning Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Selain Stadium Nasional Bukit Jalil, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut membuka kaunter tiket di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.

Tiket-tiket dijual pada harga RM50 untuk tempat duduk utama, RM30 (terbuka)dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.


Selain itu, peminat-peminat boleh membeli tiket secara dalam talian melalui laman web www.tickethotline.com.my. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan