Jumaat, 29 Julai 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Kids Sailing di Pulau Duyung

Posted:

Kids Sailing di Pulau Duyung

Kids Sailing di Pulau Duyung

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my


DAVE Mills (kanan) memberikan tunjuk ajar kepada peserta yang menyertai program Kids Sailing di Pulau Duyung, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 28 Julai – "Seronok tetapi takut juga pada mulanya," ujar seorang remaja dengan nada dan wajah penuh teruja apabila turun dari kapal layar di jeti Pulau Duyung di sini.

Inilah kali pertama Nor Hashimah Harun, 14, bersama tujuh rakannya yang tinggal di pulau itu diberi peluang merasai pengalaman menaiki kapal layar dan mengendalikan sendiri pelayaran sekitar muara Sungai Terengganu.

Mereka dilahirkan dan membesar di bandar raya pesisir pantai dan Pulau Duyung di muaranya masih terkenal dengan tradisi pembuatan perahu, bot dan kapal tradisional.

Pulau itu kemudian menjadi lokasi perlumbaan kapal layar dunia – Piala Monsun, satu kejohanan berprestij yang kerap mereka dengar, tetapi tidak mengerti apa sebenarnya yang berlaku.

Selama ini, mereka hanya menatap dari jauh kapal-kapal layar yang memeriahkan suasana perairan muara dan pantai terutama pada musim tengkujuh yang mana Monsun Cup berlangsung dengan kehadiran pelayar dari pelbagai pelosok dunia.

Nor Hashimah dan rakan-rakan yang menyertai Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Cendering (PAKKC) di sini berpeluang mengendalikan kapal layar Piala Monsun baru-baru ini melalui program yang diberi nama Kids Sailing.

Program itu anjuran kontraktor rasmi Piala Monsun, Jejak Santun Sdn. Bhd. dan dikendalikan oleh T-Best Events yang mana ia merupakan kegiatan kali ke-10 pada tahun ini yang melibatkan 180 kanak-kanak setakat ini.

Mereka mendapat tunjuk ajar daripada pelayar berpengalaman, David Mills mengenai pengendalian kapal berkenaan yang digunakan untuk temasya Piala Monsun setiap tahun.


KANAK-KANAK yang menyertai program Kids Sailing belayar di perairan sekitar Pulau Duyung, Kuala Terengganu. – UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor


"Pada mulanya rasa takut apabila melihat kapal yang besar itu dan tertanya-tanya bagaimana ia boleh belayar. Namun, cukup seronok apabila kami diajar membuat semuanya dan kami boleh lakukan sendiri.

"Mula-mula memang takut sebab tak faham sangat apa yang David katakan kerana dia bercakap dalam bahasa Inggeris tapi dia banyak membantu dan membuatkan saya rasa selesa dan boleh berlari di atas kapal layar itu tanpa rasa takut ketika mengendalikannya.

"Saya rasa bertuah apabila berpeluang mengikuti program ini kerana sebelum ini hanya dapat tengok kapal layar dari jauh sahaja," ujar Nor Hashimah ketika ditemui selepas berakhirnya program itu.

Bagi Mohd. Amirul Hamim, 12, yang merupakan kanak-kanak termuda menyertai program berkenaan, dia tidak menyangka dapat berada di atas kapal layar dan bersama mengemudikan kapal.

Jelasnya, dia juga pada mulanya gementar memandangkan saiz badannya agak kecil dan bimbang terjatuh akibat angin kuat.

"Bila naik sahaja dalam kapal itu, David mengarahkan saya menarik dan melepaskan tali layar serta berlari ke kiri dan kanan membuatkan saya terus jadi berani.

"Rasa tak sabar mahu menceritakan pengalaman baru kepada kawan-kawan di sekolah nanti," jelasnya yang menyimpan impian untuk menjadi pelayar satu hari kelak.

Dalam pada itu, menurut Pengerusi PAKKC, Mohd. Ali Ibrahim, program tersebut merupakan salah satu acara yang diadakan bagi mengisi masa terluang kanak-kanak selain memberi pengalaman baru dan mendekatkan mereka dengan sukan itu.

Ujarnya, program tersebut turut memberi impak positif kepada kanak-kanak berkenaan sejak ia diadakan tahun lalu apabila enam orang daripada mereka turut dipilih dan ditaja menyertai Program Pelayaran Belia Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) yang berlangsung awal Mac lalu.

"Pada pertandingan itu, pasukan PAKKC telah berjaya memenangi pertandingan berkenaan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

700 pelajar sertai perkhemahan

Posted:

700 pelajar sertai perkhemahan

700 pelajar sertai perkhemahan

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada 700 pelajar yang menyertai Perkhemahan Perdana di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 28 Julai – Lebih 700 pelajar Tingkatan Satu, Dua, Empat dan Enam Rendah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab (1) di sini menyertai Perkhemahan Perdana yang berlangsung selama dua hari, berakhir semalam.

Program tersebut dianjurkan sempena menjelang Ramadan pada minggu depan dan ia memberikan penekanan kepada pelajar tentang ibadah dalam bulan berkenaan.

Pengetua SMK Zainab (1), Wan Jah Wan Yaacob semasa berucap merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah berkata, pelajar seharusnya menggunakan peluang pada Ramadan untuk beribadah dan menggunakan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran.

Katanya, penerangan yang diberikan oleh guru-guru akan menjadi contoh terbaik kepada pelajar untuk menjadi amalan mereka apabila dewasa.

"Ia merupakan salah satu aktiviti kokurikulum dalam usaha membantu pelajar dengan kemahiran mengurus diri dan merancang aktiviti harian.

"Di sini mereka juga diminta memasak makanan sendiri, kita berharap pengalaman ini biarpun pendek dapat membantu mereka untuk berdikari di samping memantapkan lagi pembelajaran," katanya.

Menurutnya, aktiviti seperti itu juga dapat mengeratkan hubungan di antara pelajar tersebut dan memupuk semangat bantu membantu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Guru bersara dibawa naik kereta kuda keliling sekolah

Posted:

Guru bersara dibawa naik kereta kuda keliling sekolah

Guru bersara dibawa naik kereta kuda keliling sekolah


KAMARUDDIN Chik diarak dengan kereta kuda sempena majlis persaraannya di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu kelmarin. - UTUSAN/FAUZI MOHD


KUALA TERENGGANU 28 Julai - Mengakhiri kerjaya selama hampir 35 tahun bukanlah sesuatu yang menyedihkan bagi Kamaruddin Chik.

Tetapi apabila memikirkan dia akan semakin jauh dengan para pelajar, hatinya mudah tersentuh.

Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman I itu meluahkan bahawa beliau merasakan begitu berat untuk melangkah keluar dari pekarangan sekolah pada majlis persaraannya semalam.

Kamaruddin, 58, yang berasal dari Kampung Banggol Pauh, dekat sini diraikan oleh lebih 1,400 warga sekolah dan kemudiannya dibawa menaiki kereta kuda mengelilingi pekarangan sekolah sebelum ke Hotel Primula bagi jamuan tengah hari.

"Bimbinglah generasi sedia ada tanpa perasaan jemu kerana pelajar dan ibu bapa sentiasa percaya perubahan sikap dan masa hadapan bermula dari zaman persekolahan.

"Walaupun ada masalah, tanganilah dengan bijak tanpa menjejaskan hubungan baik dengan masyarakat sekeliling," katanya ketika berucap pada majlis di dewan sekolah itu.

Kamaruddin memulakan kerjaya dalam bidang perguruan pada 1 Januari 1977 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Telanai, dekat sini selepas tamat pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris.

Beliau yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni itu kemudiannya bertukar ke SMK Bukit Tunggal (1982-1999) dan naik pangkat sebagai Guru Penolong Kanan di SK Rusila, Marang (1999-2004) dan seterusnya ke SK Sultan Sulaiman I bermula tahun 2004.

Sepanjang perkhidmatannya, Kamaruddin pernah menerima Anugerah Khas Pejabat Pelajaran Daerah pada tahun 2009 dan Sijil Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1994, 2003 dan 2007.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan