Sabtu, 30 Julai 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


JAIS tahan 'Tok Belagak'

Posted:

JAIS tahan 'Tok Belagak'

JAIS tahan 'Tok Belagak'

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my


Sebahagian yang ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sewaktu menyerbu sebuah permis yang dijadikan tempat seorang lelaki yang di kenali sebagai Tok Belagak mengajar agama tanpa tauliah di Kota Kemuning Shah Alam. - MINGGUAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI


SHAH ALAM 30 Julai - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan seorang lelaki yang dipercayai penceramah sebuah pusat rawatan alternatif kerana dipercayai mengajar agama tanpa tauliah, di sini hari ini.

Lelaki dikenali sebagai 'Tok Belagak' berusia 46 tahun itu ditahan dalam operasi sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan JAIS.

Ketika ditahan pukul 2 petang, lelaki itu sedang menyampaikan ceramah dalam satu seminar yang diadakan di sebuah premis di Kota Kemuning.

Turut ditahan 12 individu dipercayai kakitangan pusat rawatan tersebut selain isteri penceramah itu yang berusia 30-an dan didakwa pemilik premis berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Zaaba Zakaria berkata, kesemua yang ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atas kesalahan mengajar agama Islam dan perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam tanpa tauliah.

"Operasi ini kita lakukan hasil aduan dan maklumat daripada orang awam. Berdasarkan maklumat yang diterima pusat rawatan ini telah aktif hampir dua tahun lalu.

"Daripada penahanan 13 individu ini, kita akan adakan siasatan lanjut dan mengambil keterangan daripada mereka, kesemuanya akan dibebaskan pada hari ini dengan jaminan.

"Mereka yang disabitkan kesalahan di bawah enakmen itu boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Zaaba, ketika operasi itu dijalankan, pihaknya turut mengeluarkan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kepada 36 orang peserta seminar terbabit yang terdiri 31 orang lelaki dan lima orang wanita.

Katanya, pihaknya turut menyita beberapa barangan meliputi peralatan termasuklah risalah-risalah mengenai perubatan alternatif milik pusat rawatan berkenaan.

Mengulas lanjut aktiviti pusat rawatan berkenaan, Zaaba berkata, pihaknya mendapat maklumat, pihak berkenaan menjalankan aktiviti seminar rawatan alternatif kepada peserta dengan bayaran RM250 seorang dan menyediakan khidmat rawatan alternatif.

Rawatan alternatif itu, jelasnya, turut termasuk rawatan berpunca daripada gangguan makhluk halus seperti saka.

Zaaba berkata, pihaknya juga akan menjalankan siasatan lanjut terhadap premis itu khususnya ajaran sesat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pesakit mental dikenal pasti kebakaran

Posted:

Pesakit mental dikenal pasti kebakaran

Pesakit mental dikenal pasti kebakaran

KUALA LUMPUR 30 Julai - Kebakaran yang berlaku di Bilik Isolasi Pesakit Mental, Jabatan Kecemasan Hospital Kuala lumpur (HKL) awal pagi semalam, dikenal pasti berpunca daripada tindakan seorang pesakit mental memulakan kebakaran dengan menggunakan pemetik api yang ada padanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, punca kejadian pada 12.30 pagi itu diketahui melalui pemerhatian kamera litar tertutup (CCTV) di bilik itu.

Katanya, ekoran itu api merebak dengan pantas serta mengeluarkan asap tebal sehingga menyebabkan perkhidmatan di Jabatan Kecemasan tergendala.

"Petugas hospital cuba memadamkan api dengan alat pemadam api dan mengeluarkan pesakit. Bagaimanapun, api merebak dengan pantas sehingga meragut nyawa pesakit mental berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr. Hasan berkata, sebelum kejadian, pesakit mental itu yang bertindak agresif telah dibawa oleh polis dengan diiringi oleh dua anggota keluarga ke Jabatan Kecemasan pada 10.15 malam.

Beliau berkata, pesakit itu yang pernah menerima rawatan di HKL ditempatkan di Bilik Isolasi Pesakit Mental selaras dengan Prosedur Operasi Standard bagi pesakit mental yang agresif.

Katanya, pesakit lain serta petugas Jabatan kecemasan telah dipindahkan keluar sehingga api berjaya dipadamkan oleh anggota pasukan Bomba dan Penyelamat pada pukul 12.55 pagi.

Dr. Hasan berkata, kejadian itu menyebabkan perkhidmatan di jabatan itu tergendala selama 94 minit dan disambung semula pada pukul 1.20 pagi dan kerosakan hanya melibatkan bilik tersebut.

"Tidak ada pesakit lain atau kakitangan hospital yang tercedera akibat kebakaran. Pemeriksaan bedah siasat pada mayat pesakit itu mendapati punca kematiannya adalah "tersedut asap tebal," katanya.

Sementara itu, Dr. Hasan menjelaskan kematian berpunca kebakaran hanya melibatkan pesakit mental itu sahaja dan bukan dua orang seperti dilaporkan sesetengah akhbar tempatan.

Katanya, ini kerana dua kematian lain di unit berkenaan pada ketika itu adalah akibat kemalangan jalan raya.

"Pihak kementerian kesal dengan kebakaran itu dan melahirkan rasa simpati kepada anggota keluarga yang terlibat dan kementerian juga akan membuat penambahbaikan dan tindakan bersesuaian jika hasil siasatan mendapati sebarang kelemahan dalam pengendalian kes," katanya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Juadah berbuka puasapercuma warga Putrajaya

Posted:

Juadah berbuka puasapercuma warga Putrajaya

Juadah berbuka puasapercuma warga Putrajaya

PUTRAJAYA 30 Julai - UMNO Bahagian Putrajaya akan mengadakan program Maidatul Al-Rahman yang konsepnya menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma untuk semua penduduk di sini sepanjang Ramadan ini.

Ketuanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, program yang pertama kali diadakan itu penting bukan hanya untuk mengeratkan silaturahim sesama penduduk, tetapi juga bagi menyemarakkan lagi amalan bersedekah.

Beliau berkata, ia juga sejajar dengan arahan Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam yang mewajibkan setiap wakil rakyat dan ketua bahagian memberi tumpuan sepenuhnya kepada program keagamaan sepanjang bulan puasa ini.

"Program ini dibahagi kepada dua kaedah iaitu pertama kita menyediakan juadah berbuka puasa di Medan Selera Presint 8 untuk 200 hingga 250 orang sehari.

"Kedua, saya selaku Ahli Parlimen Putrajaya akan mengedarkan juadah asas berbuka puasa kepada setiap penduduk di sini mengikut blok kediaman," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah Surau Presint 14 di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman dan Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Komuniti Presint 14, Datuk Dr. Ismail Ibrahim.

Pada majlis itu, UMNO Bahagian Putrajaya menaja 300 naskhah akhbar Utusan Malaysia yang diedarkan pada majlis pecah tanah itu.

Sehubungan itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO memberitahu, pihaknya turut mengalu-alukan sumbangan penduduk untuk menjayakan program itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan