Khamis, 28 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Perangi kos kehidupan – Najib

Posted:

Perangi kos kehidupan – Najib

Perangi kos kehidupan – Najib

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak berhubung melalui telefon memberikan kata-kata perangsang kepada Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Datuk K. Rajagobal sebelum perlawanan timbal balik Malaysia dan Singapura esok sebelum mempengerusikan perbincangan Meja Bulat dalam talian 1Malaysia bersama beberapa personaliti di Putrajaya, semalam. Antara yang hadir Amy Search, Aznil, Lisa Surihani, Tan Sri Lim Kok Wing dan beberapa orang lagi. – UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN


PUTRAJAYA 27 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pertambahan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.

Perdana Menteri berkata, pertambahan NKRA kepada tujuh bidang berbanding enam sebelum ini dibuat berdasarkan kajian dan penilaian terhadap tuntutan serta kehendak rakyat.

"Kira-kira dua tahun lalu tidak ada fenomena global mengenai kenaikan harga barang makanan tetapi sekarang ia turut melanda semua negara di dunia, sebab itulah hari ini kita tambah satu lagi NKRA.

"Oleh kerana fenomena ini telah membawa impak kepada rakyat Malaysia dan pengguna, maka kerajaan berpendapat ia sudah menjadi isu utama justeru kita perlu menentukan respons dan penyelesaian yang boleh memberi kesan dan kelegaan kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog dengan pakar-pakar bidang yang terlibat perbincangan dalam talian Meja Bulat 1Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Najib berkata, langkah-langkah yang diambil bagi tujuan itu ialah kerajaan mengawal harga kebanyakan barangan dan mengekalkan sistem subsidi kepada kebanyakan barang-barang keperluan.

"Kita juga ada inisiatif seperti Klinik 1Malaysia yang memberikan perkhidmatan dengan kos RM1 sahaja, rangkaian kedai runcit 1Malaysia yang sedang diperluaskan ke seluruh negara melalui kedai-kedai runcit Tukar dan juga barangan runcit dalam bungkusan Felda.

"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sudah berunding dengan pihak terlibat dalam industri ayam dan mereka setuju mengurangkan kos harga pengeluar yang boleh membawa kepada penurunan harga ayam," katanya.

Perdana Menteri menegaskan, langkah tersebut tiada kaitan dengan pilihan raya sebaliknya kerajaan mendengar permintaan rakyat dan melaksanakan kehendak mereka.

Menurutnya, Unit Pengurusan Prestasi Pelaksanaan (Pemandu) akan membantu agensi-agensi kerajaan dan kementerian termasuk Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga untuk mengurangkan kos kepada rakyat.

"Kita mahu lihat bagaimana rangkaian bekalan boleh diliberalisasikan, mungkin kita boleh benarkan lebih pengimportan serta memanfaatkan kawasan-kawasan tanah lapang untuk pengeluaran makanan dan ternakan," katanya.

Sekiranya terdapat cadangan-cadangan yang baik, ia akan dipertimbangkan ke dalam belanjawan akan datang, selain daripada memuatkan ke dalam komputer butiran-butiran jutaan rakyat yang telah mendapat faedah hasil daripada kejayaan pelaksanaan NKRA, ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Berjuanglah habis-habisan!

Posted:

Berjuanglah habis-habisan!

Berjuanglah habis-habisan!

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sempat meluangkan masa bersama pemain skuad kebangsaan yang menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.


PETALING JAYA - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa jua tanggapan sekalipun hakikatnya Harimau Malaya perlu menang sekurang-kurang 2-0 ke atas Singapura untuk mengikat kedudukan agregat 5-5 - sekali gus peraturan gol di tempat lawan memihak kita.

Jika semangat lawan Harimau itu diambil kira, tidak mustahil Singapura akan menjadi mangsa kesebelasan anak-anak buah K. Rajagobal.

Keputusan 2-0 mungkin sudah mencukupi buat kita untuk layak ke babak seterusnya, namun ia tetap bergantung sejauh mana benteng negara mampu memperbaiki kelemahan secara total.

Menang perlawanan hari ini, bermakna Malaysia menempa sejarah bola sepak negara untuk pertama kali beraksi dalam saingan kumpulan.

Kehilangan kapten pasukan bukan bermakna penamat buat Malaysia tetapi permainan berpasukan bakal menentukan persembahan.

Apa yang menarik, harapan menjulang rakyat Malaysia untuk melihat kemenangan berbuah tidak sedikit pun tidak menghadirkan tekanan kepada Rajagobal yang tahu para pemainnya sudah matang menangani apa jua situasi.

''Saya tidak fikirkan satu tekanan buat para pemain kerana mereka pernah berhadapan pengalaman yang sama sebelum ini di Stadium Nasional.

''Beraksi di hadapan 100,000 penyokong semasa bertemu Indonesia, mereka semua tahu bagaimana untuk bermain mengikut apa yang diarahkan dan masih mampu kekal fokus.

''Bagi saya kehadiran lebih ramai penonton, lebih baik kerana ia mampu membuatkan sesuatu perlawanan lebih menarik dan memberikan keghairahan buat para pemain," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan Malaysia dan Singapura di Wisma FAM, semalam.

Beliau turut ditemani rakan sejawatannya dari Singapura, Radojko (Raddy) Avramovic dan penyerang Singapura, Fazrul Nawaz dalam sidang media yang dipengerusikan Penolong Setiausaha FAM, Kelly Shatiraj.

Jelas pengendali berusia 56 tahun itu, apa jua perancangan permainan pada malam ini, fokus mereka hanya satu iaitu mahu mencapai kemenangan.

''Perlawanan ini sudah tentu sukar dan kami akan bermain habis-habisan dan penuh bertenaga. Apa jua keadaan, kami hanya mahu mendapatkan kemenangan ke atas Singapura.

''Itu sahaja yang saya tuntut daripada pemain dan saya tidak sangsi mereka mampu melaksanakan misi berkenaan," ujarnya.

Jelasnya, tidak timbul soal moral pemain berada di tahap yang merudum, sebaliknya kekalahan 3-5 tempoh hari mahu ditebus kembali demi maruah negara.

''Para pemain sudah semakin tidak sabar dan telah bersedia sepenuhnya menghadapi Singapura pada malam esok (hari ini).

''Moral mereka masih berada di tahap terbaik dan keyakinan mereka sama sekali tidak berasa jatuh walaupun sedar tanggungjawab yang berat akan digalas, saya lihat semangat mereka itu dalam latihan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kelainan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54

Posted:

Kelainan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54

Kelainan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54

KUALA LUMPUR 27 Julai - Sejak dari awal, sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia yang bakal berlangsung pada 16 September depan sudah mula menampakkan kelainan.

Ia dapat dilihat melalui acara-acara yang diatur pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan di KL Sentral di sini hari ini.

Bermula di Putrajaya Sentral, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Jemaah Menteri menaiki Express Rail Link (ERL) ke KL Sentral dengan 'diiringi' kira-kira 1,000 hadirin yang menunggu sejak pukul 11 pagi.

Sebelum menaiki tren, Perdana Menteri terlebih dahulu menandatangani plak majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2011 di stesen itu.

Sebaik tiba di KL Sentral kira-kira 45 minit kemudian, beliau disambut dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum serta laungan '1Malaysia' oleh lebih 5,000 hadirin termasuk pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim terlebih dahulu menyampaikan ucapan alu-aluan sambil mengajak rakyat mengibar bendera dengan penuh bangga tanpa mengira perbezaan yang ada termasuk fahaman politik.

Semangat patriotik hadirin kemudiannya terus 'dibakar' melalui persembahan lagu-lagu seperti Malaysia Berjaya, Jalur Gemilang serta Malaysia1 oleh beberapa artis terkenal antaranya Roy, Fiq dan One Nation Emcees.

Mengambil alih pentas, Perdana Menteri dalam ucapannya mengajak rakyat mengibarkan Jalur Gemilang dengan menyifatkan empat warna yang terdapat pada bendera kebanggaan negara itu merupakan ramuan untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi.

"Jalur-jalur yang terbentang pada bendera itu seolah-olah kiasan kepada pelan transformasi yang diperjuangkan oleh kerajaan untuk kita bergerak ke hadapan.

"Empat warna (merah, biru, kuning dan putih) menandakan empat prinsip yang merupakan tonggak kepada negara," katanya.

Selepas itu, beliau menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil agensi-agensi kerajaan, NGO serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan