Kosmo Online - Negara |
Posted: Pengakuan bekas pengikut JIMUSTAWAN yang merupakan anggota kanan JI Indonesia kini ditahan di bawah ISA di Kem Kamunting, Taiping. KUALA LUMPUR - Pihak keselamatan memberitahu, seorang lelaki yang ditahan selepas terlibat dengan kegiatan militan mendakwa, kumpulan pengganas itu meminta jemaah supaya mencari pengikut untuk menggulingkan kerajaan. Sumber keselamatan memberitahu, ia berikutan Jemaah Islamiah (JI) mendakwa pemerintah di sini mengamalkan bidaah dan 'toghut' (kerajaan yang tidak laksanakan hukum Islam). Ekoran itu, harta mereka boleh dirampas dan darah mereka halal. Katanya, lelaki yang ditahan itu mendakwa antara bidaah yang wajib diperangi apabila seseorang itu mengamalkan doa Qunut, tahlil arwah dan menyambut Maulidur Rasul. Menurut sumber itu lagi, ideologi yang tidak selari dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Ijma' Ulama itu diperoleh selepas lelaki itu terjerat dengan dakyah tersebut ketika melayari Internet. "Kontraktor dari Pantai Timur yang dikenali sebagai Shamsudin, 34, kini ditahan di bawah perintah sekatan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 4 Ogos tahun lalu," kata sumber itu yang memberitahu maklumat itu diperoleh melalui soal siasat yang dijalankan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Lapor CMCF jika ada blog militan di Internet Posted: Lapor CMCF jika ada blog militan di InternetKUALA LUMPUR - Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) meminta orang ramai membuat laporan sekiranya menemui laman blog yang bersifat mengancam ketenteraman awam. Pengarah Eksekutif CMCF, Mohd. Mustaffa Fazil Mohd. Abdan berkata, pihaknya mengalu-alukan bantuan tersebut bagi membolehkan tindakan lanjut diambil. Katanya, biarpun kuasa yang diberikan terbatas namun CMCF mampu menyekat mana-mana peralatan elektronik yang melanggar kod kandungan. "Kita akan siasat dan sekiranya peruntukan yang dimiliki terbatas, kita akan menyerahkannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: Kes selesai luar mahkamahOleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM KUALA LUMPUR – Saman terhadap kerajaan oleh seorang suri rumah yang gambarnya dipaparkan dalam rakaman video semasa melakukan ketuk ketampi dalam keadaan bogel di sebuah balai polis pada 2006 diselesaikan di luar mahkamah semalam. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan merekodkan penyelesaian kes itu di Mahkamah Tinggi di sini dengan kehadiran peguam daripada kedua-dua pihak. Pada 29 Ogos 2006, Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, 28, memfailkan saman itu dengan menamakan Mohd. Dzulfatah Saari (ketika itu berpangkat Konstabel) dan kerajaan selaku responden. Mohd. Dzulfatah didakwa membuat rakaman itu ketika Hemy Hamisa sedang melakukan ketuk ketampi tanpa berpakaian. Dia menuntut ganti rugi am berjumlah lebih RM250,000, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Terdahulu, peguam Datuk Baljit Singh Sidhu yang mewakili Hemy Hamisa memberitahu pemberita bahawa anak guamnya bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah berikutan cadangan oleh responden iaitu kerajaan. Beliau berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengumumkan jumlahnya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan