Utusan Online - Selatan |
- Rawatan, wad wanita lebih selesa di HTJS
- Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin sertai Bulan Patriotik
- Peneroka jangan percaya anasir luar
Rawatan, wad wanita lebih selesa di HTJS Posted: Rawatan, wad wanita lebih selesa di HTJSOleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI Mohamad Hasan dan Jaafar Che Mat (tengah) bersama sebahagian kakitangan hospital menunjukkan isyarat 1Malaysia pada majlis perasmian Sambutan Ulang Tahun Kelima Penjenamaan Semula Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, semalam. SEREMBAN 29 Julai - Pembinaan Pusat Rawatan Harian dan Hemodialisis serta Wad Wanita dan Kanak-Kanak di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) dijangka memberikan impak positif kepada penduduk negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek yang menelan belanja RM236.7 juta menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu selain Pakej Rangsangan Ekonomi oleh kerajaan dijangka menyelesaikan beberapa isu termasuk tempat letak kereta. ''Pusat Rawatan Harian dan Hemodialisis yang kini sudah 91 peratus siap dijangka memberikan keselesaan kepada orang ramai yang mendapatkan rawatan di hospital ini. ''Sementara pembinaan Wad Wanita dan Kanak-Kanak pula akan memudahkan pihak hospital memberikan perkhidmatan berkualiti terhadap pesakit selain mengurangkan kesesakan lalu lintas akibat kekurangan tempat letak kereta," katanya. Mohamad berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Sambutan Ulang Tahun Kelima Penamaan HTJS di sini, hari ini. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Datuk Zainab Nasir dan Pengarah HTJS, Dr. Jaafar Che Mat. Dalam pada itu, Mohamad juga berbangga dengan kemajuan yang dilakar oleh HTJS dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada orang ramai hasil daripada sokongan dan komitmen oleh setiap warga hospital berkenaan. ''Walaupun pelbagai kecemerlangan sudah dilakar oleh HTJS, namun ia tidak bererti kita boleh berada di tempat yang selesa. ''Sebaliknya usaha berterusan untuk mengangkat martabat HTJS perlu dilakukan secara berterusan ke tahap lebih tinggi,'' kata Mohamad. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin sertai Bulan Patriotik Posted: Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin sertai Bulan Patriotik
MANTIN 29 Julai - Bagi menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54, seramai 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mantin menyertai sambutan Bulan Patriotik anjuran sekolah berkenaan. Pengetua Kanan SMK Mantin, Fadhilah Shahurain berkata, program selama sebulan itu bertujuan membolehkan warga pendidik memberi galakan kepada pelajar untuk menanam semangat mencintai negara. Katanya, menerusi tema Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera serta pengisian program berkenaan, diyakini mampu memupuk semangat menghargai erti kemerdekaan negara di kalangan pelajar. ''Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang kita miliki hari ini tanpa mengira kira kaum, bangsa dan agama. ''Semangat ini mesti dimiliki oleh setiap individu bagi melambangkan identiti rakyat yang hidup dalam komuniti yang bersatu padu dan berbudaya tinggi," katanya ketika ditemui pada perasmian sambutan berkenaan di SMK Mantin di sini, hari ini. Jelasnya, antara pengisian program termasuk pameran patriotik, tayangan video dan pelbagai pertandingan seperti penghasilan kolum, kek merdeka dan menghias papan kenyataan. Bagi seorang pelajar, Men Foo Hoo, 19, sambutan kemerdekaan bukan sekadar dilafaz, sebaliknya ia akan menjadi lebih bermakna sekiranya disemat serta lahir dari dalam diri setiap individu. ''Saya bangga menjadi anak Malaysia kerana mampu memiliki harga diri yang tinggi bernaung di bawah satu negara yang aman," katanya. Sementara itu, N. Nagajothi, 18, berkata, menerusi program berkenaan, pelajar berpeluang memperingati jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu dalam usaha memelihara perpaduan sejak negara mencapai kemerdekaan. ''Saya berasa amat bertuah kerana mengecapi hidup dalam masyarakat berbilang kaum yang bersatu. ''Program ini akan membangkitkan semangat patriotik di kalangan pelajar," ujarnya. Menurut seorang lagi pelajar, Muhammad Hazim Redzuan, 18, program tersebut merupakan platform terbaik bagi para pelajar untuk mengenangkan kepayahan pemimpin serta tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara. ''Program ini amat baik bukan sahaja untuk memupuk semangat cintakan tanah air, tetapi menyedarkan kita tentang peranan generasi kami untuk terus berjuang demi kemajuan dan perpaduan negara," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Peneroka jangan percaya anasir luar Posted: Peneroka jangan percaya anasir luarALOR GAJAH 29 Julai - Peneroka Felda di negeri ini diminta tidak mudah terpedaya dengan anasir luar yang cuba menyebarkan dakyah negatif bertujuan memecahbelahkan perpaduan golongan itu. Exco Gabungan Wawasan Generasi Felda Malaysia, Jamaludin Che Ros berkata, golongan itu perlu bersatu hati dan proaktif mengerakkan program komuniti sesama mereka agar silaturahim yang terjalin terus berkekalan. Menurutnya, sikap mementingkan diri segelintir masyarakat peneroka Felda dan enggan terlibat dengan sebarang program anjuran kerajaan menyebabkan perpaduan golongan itu terhakis. ''Semangat masyarakat peneroka hari ini berbeza dengan generasi awal kerana keadaan telah berubah dan masyarakat peneroka sekarang menjalani kehidupan lebih baik berbanding dulu," katanya pada program Sambutan Hari Peneroka peringkat Felda Hutan Percha di sini, hari ini. Kira-kira 60 orang masyarakat Felda Hutan Percha terlibat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan sempena program itu termasuk pertandingan cari harta karun, majlis tahlil, hafazan al-Quran dan pertandingan gubahan bunga. Kata Jamaludin, amalan tradisi peneroka Felda dahulu juga semakin dilupakan oleh generasi hari ini termasuk lebih gemar menyediakan hidangan kenduri secara katering. Namun, ujarnya, keprihatinan kerajaan termasuk Felda telah berjaya meningkatkan status kehidupan masyarakat di tanah rancangan ke peringkat lebih baik malah dikenali hingga ke peringkat antarabangsa. Menurut beliau, melalui kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, peranan Felda dipertingkatkan secara menyeluruh dan akhirnya berjaya membangunkan taraf hidup serta ekonomi masyarakat peneroka. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan