Selasa, 19 Julai 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


75,000 meter kabel telefon dicuri di Kelantan

Posted: 19 Jul 2011 03:41 AM PDT

KOTA BAHARU: Telekom Malaysia Malaysia (TM) Kelantan menanggung kerugian RM4.32 juta apabila kabel telefon sepanjang 144,000 meter telah dicuri di seluruh negeri itu sepanjang tahun lepas.

Pengurus Besarnya, Abdul Rashid Abdul Che Othman berkata sepanjang enam bulan pertama tahun ini, sepanjang 75,000 meter kabel telefon telah dicuri, menyebabkan kerugian lebih RM2.3 juta.


"TM telah mengenal pasti 600 lokasi panas dipasang dengan alat penggera bagi mengelak kejadian mencuri kabel berulang," katanya pada sesi dialog bersama pengusaha besi buruk Kelantan di sini, hari ini.

Program anjuran bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan TM, dirasmikan oleh Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.


Dalam ucapan perasmiannya, Mazlan memberi amaran bahawa pihaknya akan menarik balik lesen pengusaha besi buruk jika mereka didapati terbabit dengan kegiatan membeli logam curi.


Katanya, sehingga Julai 2010 sebanyak 103 lesen membeli logam dan tembaga kategori A, B dan C telah dikeluarkan di Kelantan.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini polis belum membuat sebarang tindakan membatalkan lesen pengusaha terbabit walaupun ada laporan pihak pengusaha membeli besi buruk yang dijual oleh pencuri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pertandingan menulis rencana teknologi hijau

Posted: 19 Jul 2011 01:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) melancarkan pertandingan menulis rencana mengenai teknologi hijau dan perubahan iklim selama dua bulan mulai esok dengan menawarkan hadiah berjumlah RM8,500.

Pertandingan menulis rencana teknologi hijau KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) melancarkan pertandingan menulis rencana mengenai teknologi hijau dan perubahan iklim selama dua bulan mulai esok dengan menawarkan hadiah berjumlah RM8,500.


Pertandingan ini, sempena program promosi kesedaran awam mengenai teknologi hijau dan perubahan iklim, terbuka kepada penulis amatur terdiri warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas, termasuk pelajar yang bermastautin di Malaysia atau luar negara. Penulis profesional tidak layak menyertai pertandingan ini. Tajuk rencana yang ditetapkan ialah "Sekat Pemanasan Global dan Tingkatkan Kecekapan Tenaga Menerusi Teknologi Hijau" dan artikel hendaklah diolah dalam Bahasa Malaysia sepanjang 1,500 hingga 2,000 perkataan. Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Bernama, Zulkefli Salleh, berkata pertandingan itu adalah sebahagian daripada program promosi jawatankuasa Kerja Promosi Kesedaran Awam Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim di bawah Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Jawatankuasa yang diwakili pelbagai kementerian, jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan itu, diketuai Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan