Selasa, 19 Julai 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Tempah maut

Posted: 18 Jul 2011 03:10 PM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai, terutama pemilik kereta bersaiz sederhana perlu menyedari bahawa kenderaan yang dinaiki lebih lima individu berisiko tinggi terbabit dalam kemalangan jalan raya kerana ia boleh menyebabkan komponen tertentu gagal berfungsi dengan berkesan.

Berdasarkan kajian, kenderaan yang membawa penumpang berlebihan tidak mampu beroperasi secara optimum kerana ia menyebabkan bahagian tertentu seperti tayar dan brek gagal berfungsi seperti sepatutnya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

azlan

boleh lebih syarat budak kecil..org bsaiz besar tak bleh..bahaya

norshaheezam

wpun dari segi logik ia adalah salah tapi...nak buat macam mana kereta kat malaysia ni mahal ada family sampai 7-8anak....
nampak sgt kerajaan ni hanya tunggu benda terjadi baru nak ambil tindakan selama ni buat apa? dimana JPJ & LPKP dan sebagainya. Dimana usaha utk membolehkan family yg mempunyai ramai anggota keluarga mampu memiliki kenderaan yg sempurna dgn size family.
Ni satu lagi ....Pengeluar kereta & JPJ kat malaysia ni menperjudikan nyawa pengguna. Saya bagi contoh PERODUA ALZA version dilengkapi dgn GPS, tapi GPS tersebut merbahaya digunakan diwaktu malam disebabkan reflection atas cermin, Perodua tahu masalah ini tapi tiada tindakan diambil ....mungkin tunggu 4-5 kes kematian, begitu JPJ dimana tugas memastikan kereta yg selamat saja diatas jalan? Takan hanya tahu buat senarai blacklist saja???

Mohd Sabri Mahmud

Lebih tepatnya ialah berat keseluruhan penumpang. Manakala jika jumlah penumpang yang dibincangkan, berat purata seorang penumpang perlulah disertakan.

Hj shari

Ramai pengguna kenderaan tidak tahu perkara ini. Maklumat semacam ini perlu diperluaskan. Pengguna hanya tahu selagi boleh muat itu dikira baik.

Muhamad

Inilah bahayanya kalau terlebih muatan penumpang. Masyarakat kita hari ini mereka tidak memikirkan risiko kemalangan. Cubalah jadi pemandu dan penumpang yang berhemah. Contohilah pemandu dan penumpang negara Jepun.

PaKCU

apakan daya..nak beli kereta besar tak mampu...

yeop bin lemman

anak ramai nak buat macam nana....

mirsa

Pihak kerajaan seharusnya memandang serius kerana ternyata sistem pengangkutan awam di Malaysia masih tidak memuaskan , penguna tiada pilihan lain terpaksa mengunakan kenderaan persendirian dan kadangkalanya memuatkan penumpamg berlebihan dan juga terpaksa menangung risiko

Rakyat Marhaen

Harga kenderaan di Malaysia bukannya murah, di tambah dengan pelbagai jenis cukai hinggakan kenderaan yang dikategorikan kenderaan nasional buatan tempatan pun terasa tinggi harganya kalau dibandingkan dengan purata pendapatan rakyat Malaysia. Tak semua orang mampu memiliki lebih daripada satu kenderaan dan tak semua orang mampu membeli kenderean jenis MPV. Cuba kerajaan turunkan sedikit cukai, barulah keselamatan rakyat terjamin dan kerajaan akan dilihat prihatin kepada rakyat.

Thomas BB

Salam 1 Malaysia.
Kemalangan yang melibatkan penumpang berlebihan dengan kereta saiz sederhana memang sering berlaku di negara kita. Mungkin berpunca daripada keluarga yang besar dan harga kereta yang mahal(cukai yang tinggi). Ramai rakyat negara kita cuma berpendapatan sederhana yang hanya mampu membeli kenderaan saiz sederhana terpakai, kompak. Nak beli yang besar sikit adalah mahal! Tambahan pula, kereta yg mampu dimiliki tadi tidak mempunyai pakej keselamatan yg baik seperti airbag, ABS, EDB dan sbgnya. Cthnya saya sendiri, menggunakan kereta lama (nasional tahun 1997). Nak bel kereta lebih besar tak mampu kerana harga jauh mahal. Kalau nak beli kereta nasional bersaiz sedan, sama dengan kereta yang saya gunakan sekarang. Ahli keluarga pun dah bertambah. Diharapkan pihak berkenaan boleh mengurang cukai/harga kereta untuk keselamatan/kesejahteraan rakyat. Cuma pandangan saya sahaja...sekian,terima kasih.

orang kampung

maklumat-maklumat yang baik seperti maklumat ini patut sudah lama disampaikan kepada orang ramai. bersegerakanlah kepada perkara-perkara yang baik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan