Sabtu, 27 Julai 2013

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Kukuhkan perpaduan Islam

Posted: 27 Jul 2013 10:28 AM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah beramah mesra dengan seorang penerima sumbangan di Masjid Kuala Triang, Bera, Pahang, kelmarin.

BERA 27 Julai - Umat Islam perlu memanfaatkan bulan Ramadan sebagai bulan pertautan kasih supaya perpaduan lebih kukuh dan hebat sehingga digeruni musuh Islam.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, sebarang permusuhan dan percanggahan pendapat harus diketepikan demi memartabatkan kesucian agama Islam.

Baginda bertitah, masyarakat Islam menghadapi tekanan dari pelbagai sudut dan tidak harus ditambah dengan masalah dalaman sesama sendiri disebabkan aliran politik atau fahaman agama berbeza.

"Justeru, bulan Ramadan sangat sesuai untuk umat Islam bermuhasabah diri dan mengukuhkan ukhuwah kerana matlamat kita adalah serupa untuk mendapat keredaan Allah. Natijah daripada ukhuwah itu akan membawa kepada keamanan dan perpaduan yang menjadi teras kemajuan negara bangsa yang dapat dinikmati rakyat pelbagai kaum.

"Rakyat bertanggungjawab mempertahankan kemakmuran negara dengan membuang sikap parasit dan mementingkan diri yang merosakkan bangsa, agama dan negara," titah baginda dalam majlis pemberian sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin serta majlis berbuka puasa daerah Bera di Masjid Kuala Triang di sini semalam.

Turut berangkat Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Norol Azali Sulaiman dan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Islamiah Negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Baginda bertitah, pergolakan yang berlaku di Syria, Mesir dan beberapa negara lain perlu dijadikan iktibar berguna kepada umat Islam di negara ini.

"Tragedi di negara terbabit menyebabkan rakyatnya tidak dapat menjalankan ibadat berpuasa dengan sempurna kerana masing-masing bergelut dengan keselamatan dan kekurangan bekalan makanan," titah baginda.

Pengguna lega harga ayam stabil

Posted: 27 Jul 2013 10:28 AM PDT

Orang ramai membeli ayam yang dijual pada harga lebih murah daripada harga siling yang ditetapkan kerajaan di sebuah pasar raya di Bentong, Pahang, baru-baru ini.

BENTONG 27 Julai - Langkah kerajaan melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bermula semalam sehingga 11 Ogos ini disambut baik oleh pengguna daerah ini dengan menyifatkan mampu mengekang peniaga menaikkan harga barangan tertentu sesuka hati.

Mereka menyifatkan tindakan tersebut merupakan langkah terbaik khususnya peniaga ayam yang menjual sehingga RM8.40 sekilogram sebelum skim berkenaan dikuatkuasakan dengan menetapkan harga siling RM7.70 sekilogram.

Seorang pengguna, Nordin Musa, 58, berkata, dia berpuas hati apabila kerajaan memasukkan harga ayam itu dalam senarai skim tersebut bagi membendung segelintir peniaga mengambil kesempatan mengaut keuntungan melampau.

"Sejak akhir-akhir ini ramai kalangan pengguna merungut dengan tindakan peniaga yang menjual daging ayam sehingga RM8.40 sekilogram. Pelaksanaan skim berkenaan mampu mengekang mereka menjual sesuka hati," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini kelmarin.

Seorang lagi pengguna, Zafizah Mat Saad, 38, berharap kerajaan membendung kenaikan harga ayam itu pada awal Ramadan lalu kerana perkara tersebut sentiasa berulang setiap tahun.

"Walaupun harga ayam sebelum ini bukan barangan kawalan tetapi kerajaan sepatutnya sudah boleh menjangkakan kenaikan harga itu berikutan permintaan akan bertambah pada bulan Ramadan.

"Kerajaan boleh menasihati para penternak meningkatkan pengeluaran ayam supaya orang tengah tidak mengambil kesempatan dengan alasan kekurangan bekalan atau mengimport ayam dari negara lain bagi menampung permintaan untuk keperluan semasa Ramadan dan Aidilfitri," ujarnya.

Generasi baharu perlu pertahankan Felda - Abdul Rahman

Posted: 27 Jul 2013 10:28 AM PDT

KUALA LIPIS 27 Julai - Generasi baharu Felda perlu mempertahankan agensi itu daripada ancaman pihak tertentu yang cemburu dengan kehidupan masyarakat peneroka jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, mereka perlu memahami sejarah penubuhan agensi berkenaan supaya dapat menghayati perjuangan pemimpin terdahulu yang berusaha menghapuskan kemiskinan di luar bandar.

Menurutnya, penubuhan Felda yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein boleh meningkatkan perasaan jati diri sekali gus menangkis pelbagai tohmahan yang dilemparkan pembangkang kerana iri hati dengan kejayaan agensi tersebut.

"Legasi berkenaan diteruskan oleh anaknya iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat masyarakat peneroka sebagai golongan kelas menengah dengan menggalakkan mereka menceburi sektor keusahawanan serta pemilikan saham," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan replika cek insentif hari raya berjumlah RM37,800 kepada 126 peneroka dalam majlis Rahmat Ramadan Parlimen Lipis di Felda Kechau Satu di sini semalam.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Mustapa Long.

Menurutnya, peneroka sewajarnya bersyukur kerana kehidupan mereka telah berubah walaupun pada awalnya melalui detik sukar ketika mula memasuki tanah rancangan.

Katanya, penyenaraian Felda Global Ventures Bhd., (FGV) dalam Bursa Malaysia antara strategi ke arah memodenkan kehidupan peneroka menerusi pelaburan di samping perolehan pendapatan yang lebih baik pada masa akan datang.

Beliau juga meminta peneroka yang menyokong pembangkang supaya tidak mempertikaikan pemberian insentif berkenaan kerana mereka juga menikmati agihan saksama daripada kerajaan.

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


500,000 permaidani Jakel

Posted: 27 Jul 2013 10:27 AM PDT

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada pengunjung hadir membeli-belah pada jualan gudang permaidani dan tikar buluh Jakel di Seksyen 7 Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 27 Julai - Sebanyak 500,000 helai lagi permaidani import berkualiti yang dijual separuh daripada harga pasaran menanti untuk dibeli orang ramai di khemah gergasi yang dibuka oleh Jakel di Seksyen 7 di sini sehingga 7 Ogos ini.

Dengan menawarkan 500 jenis permaidani pelbagai corak dan saiz, orang ramai yang masih tercari-cari tempat untuk membeli hamparan itu terutama untuk Hari Raya Aidilfitri pasti akan berpuas hati dengan pilihan yang ditawarkan.

Menurut Pengarah Urusan Jakel Trading (Jakel), Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, sejak awal Ramadan, kira-kira 500,000 permaidani sudah dijual dan kini tinggal 500,000 lagi untuk dihabiskan menjelang Aidilfitri.

Beliau berkata, jika sebelum ini permaidani-permaidani itu dijual dengan harga diskaun 50 peratus hingga 80 peratus, kini kesemuanya akan dijual sehingga habis dengan harga lebih murah terutama ketika 'happy hour' selama 10 minit setiap sejam yang akan diumumkan kakitangan bertugas.

"Kita mempunyai karpet bercorak abstrak, moden, oriental, klasik dan bermacam lagi dengan pelbagai saiz yang dijual dengan harga serendah RM59 hingga RM15,000 (harga asal RM40,000).

"Contohnya permaidani jenis shaggy boleh dibeli dengan harga serendah RM159, mix wool (RM500) dan bulu kucing saiz besar (RM59).

"Kesemua permaidani berkualiti ini diimport dari Turki, Iran, Belgium, India, Pakistan, Mesir dan beberapa negara lain yang amat berkualiti dan mempunyai jaminan antara dua hingga lima tahun," kata beliau ketika ditemui di khemah gergasi Jakel di sini hari ini.

Mohamed Feroz memberitahu, khemah gergasi yang luasnya separuh padang bola itu amat selesa dan boleh menampung pelanggan yang ramai pada satu-satu masa.

Kata beliau, seramai 120 kakitangan ditugaskan di khemah gergasi itu bagi membolehkan setiap pelanggan dilayan oleh seorang kakitangan.

''Walaupun kita telah menawarkan diskaun, kesemua harga permaidani masih boleh ditawar," katanya sambil menyatakan pihak Jakel turut memberikan khidmat penghantaran untuk para pelanggan.

Tambah Mohamed Feroz, bagi yang tidak berminat membeli permaidani, khemah gergasi Jakel juga menyediakan tikar buluh yang cantik dengan harga serendah RM24.90, alas kaki dengan harga serendah RM10 untuk tiga helai dan runner pelbagai corak dan saiz dengan harga berpatutan.

''Jika hari raya ini langsir bertukar tetapi karpet masih pakai yang lama, pasti serinya tidak nampak.

''Jadi belilah permaidani di Jakel yang memang paling murah di pasaran. Kalau nak dibandingkan harga dan kualitinya umpama naik kereta kecil tetapi rasa macam duduk dalam BMW," kata Mohamed Feroz yang turut turun padang melayan pelanggannya.

Khemah gergasi Jakel dibuka setiap hari sehingga 7 Ogos ini dari pukul 10 pagi hingga 11 malam dan akan dianjakkan sehingga pukul 12 tengah malam pada hari terakhir.

Sementara itu salah seorang pelanggan yang ditemui, Norhayati Mohd. Noor, 56, memilih membeli permaidani di Jakel kerana kualiti dan harga yang murah selain layanan mesra kakitangannya.

Dia yang menetap di Telok Intan, Perak dan merupakan seorang guru memberitahu, Jakel juga menyediakan pelbagai pilihan permaidani yang menepati cita rasa pembeli.

''Kali ini saya beli dua karpet Biscose Silk dari Iran dengan harga RM2,500 yang memang murah," katanya.

Jakim, Jawi edar 300 naskhah al-Quran

Posted: 27 Jul 2013 10:27 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Julai - Atas rasa tanggungjawab sempena Ramadan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengedarkan 300 naskhah al-Quran kepada pengguna lebuh raya di Plaza Tol Gombak ke pantai timur petang ini.

Timbalan Ketua Pengarah Jakim, Razali Shahabudin berkata, pengedaran naskhah al-Quran sempena program Kembara Dakwah Ramadan tersebut dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300 Kilometer/jam (KMJ).

"Ini merupakan tahun ketiga Jakim dan kelab bermotor ini menjalinkan kerjasama.

"Bagi tahun ini, Kembara Dakwah Ramadan juga menziarahi dan beramah mesra dengan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim al-Ihsan Bentong, Pahang," katanya kepada pemberita sebelum melepaskan konvoi tersebut di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Bantu kukuh institusi kekeluargaan

Posted: 27 Jul 2013 10:28 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Julai - Kerajaan perlu memberi pengecualian cukai dan inisiatif lain kepada sektor korporat bagi menggalakkan syarikat-syarikat tersebut menganjurkan aktiviti bersama keluarga demi pengukuhan institusi kekeluargaan dalam kalangan pekerja.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, menerusi langkah itu secara tidak langsung memperlihatkan majikan lebih mengutamakan kesejahteraan pekerja dan sekali gus meningkatkan produktiviti syarikat.

''Melihat kepada pelbagai gejala sosial yang melanda anak-anak dan remaja kita hari ini, pengukuhan institusi kekeluargaan dan menggalakkan nilai-nilai murni telah menjadi semakin penting berbanding dahulu.

''Berdasarkan indeks kesejahteraan keluarga, menunjukkan negara ini berada pada tahap 7.55 daripada skala 10, adalah amat jelas kerajaan perlu meneliti banyak perkara untuk kebaikan semua,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


180 pegawai dikerah pantau harga

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my

Dr. Hilmi Yahya bersama Mohd. Salleh Ma'mor (kanan) meletakkan harga bawang sebagai simbolik selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 di Pasar Awam Bayan Baru, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Ismail Kamadin

PULAU PINANG 26 Julai - Seramai 180 pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) akan memantau pasar awam, pasar pagi dan pasar raya besar di negeri ini sepanjang 17 hari tempoh pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan.

Pengarah PPDNKK negeri, Mohd. Salleh Ma'mor berkata, kesemua mereka akan memastikan skim kawalan berkenaan yang dikuatkuasa mengikut Akta kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 mencapai matlamat.

"Pemantauan ini bagi memastikan harga barangan kawalan tidak dijual melebihi harga maksimum yang ditetapkan kerajaan.

"Para peniaga juga diwajibkan mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan kawalan supaya dapat dibezakan dengan barangan lain," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan 2013 peringkat negeri di Pasar Bayan Baru di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Mohd. Salleh berharap para peniaga akan mematuhi peraturan berkenaan kerana mereka boleh didenda sekiranya ingkar.

"Bagi kesalahan tidak mematuhi harga mengikut skim kawalan itu, peniaga boleh dikenakan hukuman RM100,000 dan bagi syarikat, denda sehingga RM500,000.

"Bagi kesalahan tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pula, peniaga individu boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 dan syarikat RM20,000," katanya.

Sebanyak 20 barangan disenaraikan di bawah skim itu t dan pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menelefon talian bebas tol 1-800-886-800 atau e-mel ke e-aduan@kpdnkk.gov. my.

Vale pelanggan terbesar TNB Perak tahun depan

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

IPOH 26 Julai - Vale Malaysia Minerals Sdn. Bhd. (Vale), bakal menjadi pelanggan terbesar Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Perak apabila akan memperoleh bekalan elektrik sehingga 40 Megawatt bermula Februari tahun depan.

Pengurus Besar TNB negeri, Wan Kamizi Wan Ishak berkata, bekalan elektrik yang diperoleh dari Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah Manjung itu akan digunakan untuk operasi pusat pengedaran bijih besi tersebut di Teluk Rubiah.

"Pada penghujung bulan ini, TNB akan membekalkan tenaga elektrik sebanyak 14 Megawatt kepada Vale dan jumlah itu akan meningkat sehingga 40 Megawatt menjelang Februari 2014.

"Oleh itu, Vale bukan sahaja akan menjadi pelanggan utama kita, malah antara salah satu pelabur asing yang terbesar di Perak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama ketua-ketua jabatan TNB di seluruh negeri Perak di sini semalam.

Dalam pada itu, Wan Kamizi berkata, penambahan kapasiti penjanaan tenaga elektrik di Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah Manjung sebanyak 1,000 Megawatt dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan.

Beliau berkata, tambahan janaan elektrik bagi membantu projek-projek perkembangan ekonomi negara itu akan disalurkan ke grid nasional untuk bekalan tenaga di seluruh Semenanjung Malaysia.

Selain itu katanya, TNB Negeri Perak juga akan meneruskan program tanggungjawab sosial korporat dengan membelanjakan sebanyak RM300,000 pada tahun ini bagi menjayakan lima program telah dirancang.

Menurut beliau, lima program berkenaan termasuklah Baiti Jannati, Program Mesra Rakyat, Program Sekolah Pintar, Kempen Keselamatan dan TNB Bersama Komuniti.

"Pada tahun ini, kita akan baik pulih rumah di Kuala Kangsar dan Teluk Intan, masing-masing sebanyak RM30,000 untuk golongan miskin beragama Islam.

"Bagi yang bukan beragama Islam pula, dua projek baik pulih rumah di Pulau Pangkor dan dua lagi di Beruas di bawah Program Mesra Rakyat," katanya.

OKU perlu majukan diri ceburi perniagaan

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

MAZNAH Hamid menyerahkan zakat harta kepada orang kurang upaya, Suria Murad sambil diperhatikan Mohd. Shauqi Mohd. Fesol (kiri) dalam majlis serahan zakat harta di Masjid Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, semalam.

JERLUN 26 Julai - Umat Islam terutama golongan kurang berkemampuan dan orang kurang upaya (OKU) perlu sentiasa berusaha memajukan diri bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce, Datuk Dr. Maznah Hamid berkata, golongan itu perlu mencari peluang ekonomi baharu khususnya dalam bidang perniagaan dengan tidak hanya bergantung kepada satu sumber ekonomi atau selesa bekerja makan gaji.

Katanya, terdapat pelbagai peluang perniagaan yang boleh diceburi dan golongan itu mesti tampil merebutnya menerusi bimbingan yang betul.

"Semua orang berupaya mendapat rezeki lebih jika berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah tahap ekonomi," katanya kepada pemberita dalam majlis pemberian zakat kepada 750 fakir miskin, anak yatim, OKU, mualaf dan ibu tunggal di Masjid Ayer Hitam di sini hari ini.

Selain majlis hari ini, beliau dan ahli keluarga serta beberapa rakan perniagaan juga akan menyerahkan zakat kepada 750 orang lagi daripada golongan tersebut di Masjid Kampung Tok Kepak di sini esok.

Menurut Maznah yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO negeri, pihaknya sentiasa bersedia memberikan motivasi dan bimbingan kepada golongan tersebut kerana menjadi harapannya untuk melihat mereka tidak selamanya miskin.

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Patuhi harga kawalan - Abu Ubaidah

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanjohor@utusan.com.my

ABU Ubaidah Redza (kanan) memberikan tanda harga barang terkawal kepada salah seorang peniaga di Pasar Awam Bahau, dekat Jempol, semalam.

JEMPOL 26 Julai - Peniaga diingatkan supaya mematuhi harga kawalan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan seperti yang diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Abu Ubaidah Redza berkata, peniaga yang ingkar bakal berhadapan dengan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Harga ini berkuat kuasa hari ini sehingga 11 Ogos tahun ini iaitu selama 17 hari. Antara barang yang dikawal adalah ayam hidup (RM6.40 satu kilogram), ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal) RM7.70, ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) RM8.50.

"Bagi daging lembu tempatan pula RM24 sekilogram, daging kerbau import (India) RM15, telur ayam gred A 36 sen, telur ayam gred B 35 sen serta telur ayam gred C 34 sen," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pengumuman penentuan harga Maksimum Barang Harga Terkawal, Skim Kawalan Harga Musim Perayaan di Pasar Awam Bahau, dekat sini hari ini.

Katanya, barang lain yang dikawal adalah kubis bulat import, cili merah, tomato, kelapa, kacang tanah import, bawang merah kecil, bawang besar import, bawang putih China, ubi kentang China serta ikan kembung dan ikan mambung.

"Saya mengingatkan peniaga supaya meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan barang tersebut dengan barang yang lain.

"Peniaga juga digalakkan untuk menjual barang tersebut dengan harga yang lebih rendah daripada harga maksimum," ujarnya.

Katanya, anggota penguat kuasa dan pegawai pemantau harga akan berada di lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah bagi menjalankan pemantauan harga barangan tersebut.

30 balu polis, anak istimewa, anak yatim terima sumbangan

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

OSMAN Salleh (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Aidilfitri sempena majlis berbuka puasa di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kelmarin.

KUALA PILAH 26 Julai - Ketibaan 1 Syawal tidak lama lagi pasti bermakna buat 30 orang yang terdiri daripada balu anggota polis, anak istimewa dan anak yatim apabila mereka menerima sumbangan duit raya dan barang keperluan.

Sumbangan tersebut diterima dalam majlis berbuka puasa anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah yang disampaikan oleh Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh di sini semalam.

Bagi penerima sumbangan, duit raya dan barangan keperluan harian itu amat dihargai kerana dapat menampung perbelanjaan untuk persiapan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Salah seorang penerima sumbangan, Rosmaliza Zainal Abidin, 39, berkata, dia bersyukur dengan pemberian duit raya bagi anaknya yang menghidap penyakit tulang rapuh, Nur Syaqira Azhar, 13.

"Saya berterima kasih kepada penyumbang yang prihatin terhadap anak saya dan bantuan yang diterima ini akan dimanfaatkan untuk menampung kos rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

"Setiap tiga bulan sekali, Nur Syaqira perlu mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu," katanya yang tinggal di Taman Desa Melang.

Seorang lagi penerima, Kamaruzaman Sharif, 51, berkata, sumbangan yang diterima bagi pihak anaknya, Khairul Anuar, 24, yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) pertuturan dan pendengaran dapat meringankan beban kewangan yang ditanggungnya.

"Syukur dapat menerima bantuan ini sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi," katanya yang merupakan anggota di Pondok Polis Air Mawang, Johol.

Sementara itu, Zainab Omar, 56, berkata, sejak kematian suaminya dia sentiasa mendapat bantuan setiap tahun daripada beberapa pihak yang memberi sumbangan.

"Keprihatinan mereka amat saya hargai dan bersyukur walaupun arwah suami sudah tiada mereka tidak melupakan kami sekeluarga," ujarnya.

Para penyumbang bantuan terdiri daripada Jabatan Kebajikan Polis Diraja Malaysia Negeri Sembilan, Bahagian Kebajikan IPD Kuala Pilah dan kumpulan anak syarikat kerajaan negeri.

Jangan jual ayam lebihi harga siling

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

LATIFF Thamby Chik (dua dari kiri) dan Muhabir Ibrahim (kiri) memantau harga bawang putih yang ditetapkan di Pasar raya Mydin, Jasin, Melaka, semalam.

JASIN 26 Julai - Peniaga ayam di negeri ini diingatkan supaya tidak menjual melebihi harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM7.70 sekilogram sepanjang pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa ini.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, Datuk Latiff Thamby Chik berkata, tindakan tegas akan diambil oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri terhadap mana-mana peniaga yang ingkar menerusi akta yang diperuntukkan.

Menurutnya, trend kenaikan harga runcit ayam meningkat dengan agak ketara bermula minggu ketiga Jun lalu apabila mencecah ke paras harga purata RM8.40 sekilogram sekali gus menimbulkan keresahan pengguna.

"Bagi mengatasi peningkatan harga barangan keperluan dalam pasaran ini, kementerian telah mengambil beberapa langkah bagi menangani kenaikan harga barangan termasuk harga ayam untuk persediaan menghadapi perayaan Aidilfitri.

"Pelaksanaan skim kawalan harga pada kali ini dilancarkan lebih awal bagi menyekat kenaikan harga barangan yang tidak berpatutan iaitu tempoh kuatkuasa adalah selama 17 hari bermula hari ini hingga 11 Ogos berbanding 15 hari sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pengumuman Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 di Pasar raya Mydin, Jasin Bestari, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah PPDNKK negeri, Muhabir Ibrahim, Timbalan Pengarah, Jamil Buang dan Pengurus cawangan Mydin Jasin Bestari, Zulkarnain Baharum.

Latiff berkata, sebanyak 20 jenis barangan telah ditetapkan harga maksimum sepanjang pelaksanaan skim kawalan harga perayaan Aidilfitri antaranya, ayam hidup RM6.40 sekilogram, ayam standard (RM7.70) dan ayam super (RM8.50).

"Selain itu harga bagi daging lembu tempatan (RM24) serta daging kerbau import (India) (RM15) dan harga bagi telur ayam gred A (36 sen sebiji), B (35 sen) dan C (34 sen)," katanya.

Harga bagi tomato pula adalah RM4.50 sekilogram, kelapa biji (RM1.50), kelapa parut (RM6), kacang tanah import (RM2.50) bawang merah kecil (India) (RM5), bawang putih (China) (RM5), bawang besar import (RM2.50) dan ubi kentang import (China) RM3 serta ikan kembung termasuk ikan mabung (RM12).

Dalam pada itu, Latiff turut mengingatkan pengguna supaya membuat aduan ke PPDNKK sekiranya terdapat peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan kawalan sesuka hati.

Tambahnya, sehingga 24 Julai lalu, sebanyak 2,341 pemeriksaan telah dilakukan di negeri ini.

Hasil daripada pemeriksaan itu, sebanyak 42 kes dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Sukat 1972, melibatkan nilai rampasan keseluruhan RM5,850 dan nilai kompaun sebanyak RM7,812.

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Kaedah baharu pemilihan UMNO

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Ibu negara sesak cuti umum

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kerajaan kaji cara tangani jenayah berat

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Jumaat, 26 Julai 2013

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Kaedah baharu pemilihan UMNO

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan FAEZAH IZZANI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Julai - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin proses pemilihan parti itu yang bakal berlangsung tahun ini bukan sahaja menjadikan parti terbesar orang Melayu tersebut lebih kuat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah lebih berorientasikan rakyat.

Jelas beliau, dengan pemilihan barisan kepimpinan parti bakal ditentukan seramai 150,000 ahli yang layak mengundi selaras dengan perlembagaan baru, UMNO bukan sahaja lebih terbuka dan demokratik tetapi percaya lebih ramai pemimpin yang bakal dipilih nanti merupakan tokoh yang diterima rakyat.

Hasil transformasi ke atas UMNO katanya, ahli-ahli parti itu berupaya memilih pemimpin yang dapat meletakkan parti teras dalam Barisan Nasional (BN) itu di atas asas lebih kukuh dan pada masa yang sama menjadikannya sebagai wadah yang bukan sahaja diterima baik, malah menjadi pilihan rakyat.

"Inilah yang paling penting sekali. Kita bukan sahaja mahu pemimpin berjaya dalam parti tetapi turut berjaya dalam pilihan raya. Sebagai parti pilihan rakyat kita mesti mengetengahkan pemimpin yang disenangi rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT) di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta kesemua ketua sayap parti.

Dalam pada itu, Najib percaya pada pemilihan yang bermula 7 September dan berakhir pada 5 Oktober nanti lebih ramai muka baru akan terpilih, namun keputusan akhir katanya terletak pada tangan ahli kerana mereka bertanggungjawab memutuskan siapa bakal diangkat sebagai barisan kepimpinan UMNO.

Menurutnya, pendaftaran calon bagi semua jawatan bermula 7 September sebelum disusuli persidangan serta pemilihan sayap pergerakan yang akan dibuat pada 28 September, manakala persidangan perwakilan bahagian serentak dengan pemilihan Majlis Tertinggi pula berlangsung pada 5 Oktober.

"Mereka yang berminat bertanding MT, bahagian dan sayap pergerakan parti boleh mendaftar sebagai calon di Badan Perhubungan UMNO negeri pada 7 September ini.

"Tarikh Perhimpunan Agung UMNO pula akan berlangsung mulai 2 hingga 7 Disember iaitu dari hari Selasa hingga Sabtu," katanya.

Mengenai keahlian terbaru UMNO, Najib berkata, terdapat penambahan 113,959 ahli baru dari 1 Januari hingga 22 Julai tahun ini menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 3,441,946 ahli.

Sementara itu Najib turut mengumumkan pelantikan enam pengerusi baharu Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Timbalannya bagi Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor yang diputuskan dalam mesyuarat MT hari ini.

'Karpal bukan pejuang rakyat'

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Oleh KASTHURI JEEVENDRAN
pengarang@utusan.com.my

Tan Tuan Tat (kiri) bersama bekas Bendahari DAP Balakong, Yap Kon Ming berbincang selepas selesai sidang akhbar berhubung sikap sebenar Karpal Singh di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 26 Julai - Pengerusi DAP, Karpal Singh dibidas kerana 'menutup mata dan telinga' dalam semua dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam partinya walaupun sering menonjolkan diri sebagai pejuang rakyat.

Justeru, Karpal dicabar untuk bersikap lebih telus dan mengotakan slogan retoriknya dengan tampil menjawab setiap dakwaan beserta bukti kukuh.

Bekas Ketua Cawangan DAP, Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa, Karpal seolah-olah bersikap pilih bulu dengan 'membela' penyelewengan serta dakwaan penipuan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Disember lepas tanpa siasatan rapi.

"Baru-baru ini Karpal tampil membuat dakwaan bahawa buku hasil karangan Father Agustus Chen itu sebenarnya satu penipuan yang boleh menjatuhkan DAP. Apa bukti beliau berkata demikian?

"Bagaimana pula dengan dakwaan seramai 547 perwakilan haram telah hadir mengundi pada CEC lepas? Kita tidak harus lupa, Karpal pernah mengakui kesilapan pengiraan undi itu sebenarnya perkara paling memalukan parti. Mengapa tiada apa-apa tindakan daripada parti atau Karpal selepas itu?," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar berhubung perkara itu di sini hari ini.

Menurut Tuan Tat, Karpal hanya pandai bercakap bahawa parti dan dirinya memperjuangkan agenda rakyat namun jika dilihat dengan mata kasar, ia seolah-olah bersifat peribadi.

"Mengapa Karpal tidak berbuat apa-apa dengan dakwaan ahli DAP sendiri mungkin terdapat unsur penyelewengan dalam pemilihan parti? Microsoft Excel dipersalahkan kerana terdapat salah kira undi, mengapa tidak pernah ada sebarang penjelasan?

"Bagaimana pula dengan dakwaan terdapat 753 ahli sah yang layak mengundi telah dinafikan hak mengundi pada hari tersebut? Adakah Karpal pernah membuat sebarang penyiasatan berhubung dakwaan itu? Juga adakah beliau benar-benar mendapat undi ketiga terbanyak dalam pemilihan itu," soalnya.

Jelasnya, DAP begitu teruja memainkan isu penipuan undi Pilihan Raya Umum (PRU) lepas seperti isu terdapat 40,000 pengundi warga Bangladesh dan blackout tetapi penipuan dalam pemilihan parti 'disenyapkan' begitu sahaja.

"Isu Red Bean Army juga langsung tidak disentuh oleh Karpal. Juga pemecatan ahli DAP demi kepentingan segelintir berkepentingan seperti membabitkan Jenice Lee dan A. Ashogan? Namun mereka sungguh lantang dalam menuding jari mendakwa UMNO dan Barisan Nasional (BN) kononnya punca penyelewengan itu terjadi. Jika mereka tuding jari dan persoal tidak apa, jika UMNO BN persoal, maka mereka salah.

"Mengapa perlu bersikap dwistandard? Jika begitu, janganlah bermegah dengan slogan hebat seperti anda bersikap adil dan bersih. Bersihkan dulu kekotoran dalam parti anda sebelum bercakap tentang orang lain," katanya.

Dalam pada itu, Tuan Tat juga mencabar Karpal untuk segera tampil jika beliau benar-benar mempunyai integriti tinggi dan bermaruah supaya segera menyelesaikan setiap dakwaan yang telah dibuat ahli DAP sendiri.

"Karpal juga harus 'berani' berdepan dengan anak beranak Dinasti Lim iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng supaya segera mengadakan pemilihan semula CEC daripada terus menyalahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS)," cabarnya.

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Polis Pahang diberi ingatan

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUANTAN 26 Julai - Polis diingatkan supaya memberikan perhatian secara menyeluruh terhadap semua kegiatan jenayah yang berlaku dengan tidak hanya tertumpu kepada kes-kes berprofil tinggi seperti bunuh sahaja.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, nasihat tersebut dinyatakan dalam mesyuarat keselamatan yang dipengerusikan baru-baru ini.

"Dalam mesyuarat itu, saya telah nasihatkan polis umpamanya jika ada orang melaporkan kes seperti kecurian kereta, ada polis menegur orang itu seperti mengapa tidak kunci kereta dan ini tidak sepatutnya berlaku.

"Sepatutnya sebagai pasukan keselamatan, kita perlu ambil apa jua kes jenayah yang berlaku dan tidak hanya memberikan tumpuan kepada kes-kes berprofil tinggi sahaja. Ini penting demi keadilan semua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Pusat Data - Kepentingan Pengurusan dan Keselamatan Untuk Sektor Awam di sini baru-baru ini.

Muhammad Safian juga mengingatkan pihak polis supaya tidak terlalu menekankan kepada soal indeks seperti berlaku penurunan indeks jenayah di negeri ini.

"Saya sebenarnya tidak berminat bercerita soal indeks ini, kita duduk bercakap indeks turun tetapi jenayah berlaku juga. Apa yang orang hendak lihat bukan indeks tetapi penyelesaian," katanya.

Sementara itu, beliau melahirkan rasa kesal dengan kejadian pecah masuk ke atas rumah negeri di Taman Gelora di sini baru-baru ini.

"Ini kali kedua rumah negeri ini dipecah masuk dan daripada laporan, pencuri masuk melalui atap,'' katanya.

Pantau tanah secara menyeluruh elak diceroboh

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

KUANTAN 26 Julai - Pemantauan secara menyeluruh perlu dilakukan bagi menghalang mereka yang tidak bertanggungjawab daripada terus menceroboh dan meneroka tanah haram di seluruh negeri ini.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap berkata, menceroboh dan mengusahakan tanah sewenang-wenangnya adalah satu kesalahan besar dan boleh menjejaskan perancangan pembangunan kerajaan.

"Dalam aspek ini, pemantauan perlu dilakukan bukan sahaja di kawasan seperti di kawasan tanah lembap atau Ramsar di Tasik Bera malah perlu melibatkan kawasan perlombongan seperti bijih dan pertanian.

"Kegiatan ini begitu licik, jika di kawasan Ramsar seluas 400 hektar itu pun mereka boleh menceroboh maka tidak mustahil berlaku di kawasan-kawasan lain di seluruh negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan kawasan tanah lembap yang terdapat di sekeliling Tasik Bera diancam kepupusan selepas diceroboh secara sewenang-wenang nya untuk menjalankan aktiviti pertanian seperti ladang kelapa sawit tanpa sebarang kawalan dan penguatkuasaan.

Kelmarin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, kerajaan negeri akan mempertahankan kawasan yang diisytiharkan di peringkat antarabangsa sebagai kawasan tanah lembap pada 1994 itu serta tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang terlibat.

Abd. Wahid berkata, kerajaan negeri perlu bertindak tegas bagi menangani kegiatan pencerobohan dan penerokaan tanah secara haram yang kini semakin berleluasa.

"Perkasa menyokong pendirian kerajaan negeri untuk tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak tidak bertanggungjawab yang menceroboh kawasan Ramsar di Tasik Bera.

"Cuma apa yang kita harapkan bukan hanya pencerobohan di kawasan ini sahaja yang perlu diberi perhatian, malah kawasan-kawasan lain seperti perlombongan dan pertanian juga perlu diberikan perhatian khusus oleh kerajaan negeri," katanya.

Beliau berharap kerajaan negeri akan memperhebatkan penguatkuasaan bagi memastikan kegiatan pencerobohan dan penerokaan tanah dapat dibendung manakala pihak yang hanya mahu mengaut keuntungan dibawa ke muka pengadilan.

30 orang kurang upaya terima bantuan Aidilfitri sumbangan MPK

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Zulkifli Yaacob (kiri) sempat beramah mesra dengan ahli Bakbiis yang menerima sumbangan MPK di Pusat Transformasi Bandar di Kuantan, Pahang, kelmarin.

KUANTAN 26 Julai - Seramai 30 penerima orang kurang upaya (OKU) daripada Badan Kebajikan Bagi Insan Istimewa (Bakbiis) menerima sumbangan bantuan Aidilfitri disampaikan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Sumbangan menerusi program Kami Prihatin MPK itu disampaikan oleh Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob dalam satu majlis di bilik mesyuarat Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang di sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Majlis MPK, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap.

Pada majlis berkenaan, MPK turut menyampaikan sumbangan tujuh kerusi roda dan dua tongkat kepada ahli Bakbiis yang memerlukan.

Zulkifli berkata, majlis pemberian sumbangan itu adalah kesinambungan daripada program Ziarah Ramadan anjuran Bahagian Pembasmian Kemiskinan, Jabatan Perancangan Pembangunan MPK.

Pada program berkenaan katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mengedar sumbangan keperluan harian iaitu bakul makanan untuk berbuka puasa kepada 200 orang isi rumah miskin di daerah ini.

"Pada tahun ini, pihak MPK memilih kampung-kampung di sekitar kawasan Gambang, Paya Bungor dan Sungai Lembing," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan berkenaan.

Menurutnya, perbelanjaan untuk bantuan kepada 30 penerima daripada Bakbiis itu disumbangkan oleh badan-badan korporat, syarikat swasta dan individu yang prihatin dengan nasib mereka yang memerlukan.

"Majlis ini diadakan sebagai tanggungjawab sosial MPK tanpa meminggirkan kebajikan mana-mana golongan di kawasan pentadbiran dan operasi MPK," katanya.

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Naik terlalu tinggi - Lam Thye

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

MULAI 1 Ogos depan, DBKL akan mengenakan kadar caj baharu, termasuk caj tunda dan penahanan terhadap kenderaan yang diletak di tempat tidak dibenarkan.

KUALA LUMPUR 25 Julai - Kadar kenaikan caj pengapitan, pengalihan dan penahanan terhadap kenderaan yang ditunda oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana melakukan kesalahan lalu lintas terlalu tinggi dan wajar dikaji semula.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berpendapat, kadar baharu tersebut akan membebankan golongan yang berpendapatan rendah memandangkan salah satu caj tersebut naik hampir 90 peratus.

"Caj yang dikenakan sekarang pun lebih RM200 dan saya melihat caj penahanan kenderaan di depot DBKL terlalu tinggi, malah caj-caj lain juga menunjukkan peningkatan.

"Memang benar DBKL harus bertindak tegas dalam tindakan terhadap kenderaan yang menghalang lalu lintas tetapi kajian semula perlu dilakukan sebelum melaksanakannya 1 Ogos ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kadar caj baharu yang dikenakan terhadap kereta adalah RM50 bagi pengapitan, RM100 bagi pengalihan dan RM100 lagi untuk penahanan selama sehari.

Bagi motosikal termasuk roda tiga, ketiga-tiga caj tersebut adalah RM20 (pengapitan), RM30 (pengalihan) dan RM50 (penahanan), manakala bagi bas dan lori yang berat tanpa muatan tidak lebih daripada 3,000 kilogram dikenakan RM100 (pengapitan), RM300 (pengalihan) dan RM200 (penahanan).

Sementara itu, lori tangki, treler dan jenis kenderaan lain yang berat tanpa muatan lebih daripada 3,000 kilogram dikenakan caj pengapitan sebanyak RM150, pengalihan sebanyak RM400 dan penahanan RM300.

Tambah Lam Thye, langkah menambah bilangan petak meletak kenderaan juga kurang bersesuaian untuk dilaksanakan kerana perkara itu akan menggalakkan limpahan kenderaan masuk ke ibu kota.

"Kita sedia maklum kesesakan yang melanda ibu negara terutama pada waktu puncak, jadi langkah itu mungkin kurang tepat.

"Sebaliknya, saya menyarankan orang ramai menggunakan sebaik mungkin pengangkutan awam untuk mengelak masalah-masalah tersebut," ujarnya.

Orang ramai tak setuju caj tunda dinaikkan

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 Julai - Kenaikan bayaran denda ke atas kenderaan yang ditunda oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berkuat kuasa awal bulan depan mendapat reaksi kurang senang daripada orang ramai.

Warga kota yang ditemui Utusan Malaysia hari ini menyifatkan tindakan tersebut terlalu drastik dan tidak setimpal dengan kemudahan yang disediakan.

Aman Shah, 61, berkata, DBKL perlu menyediakan petak letak kenderaan yang mencukupi di sekitar ibu kota bagi mengelak pengguna menghalang lalu lintas atau kenderaan lain.

"Bagi saya kenaikan tersebut tidak wajar kerana prasarana yang disediakan tidak mencapai standard terutamanya ruang meletak kenderaan. Menaikkan caj bukan cara yang betul untuk mendidik pengguna," kata peniaga itu.

DBKL menerusi kenyataan akhbarnya kelmarin memaklumkan akan menguatkuasakan mulai 1 Ogos ini caj baharu terhadap tindakan pengapitan kereta menjadi RM50, caj pengalihan RM100 dan caj penahanan sebanyak RM100 sehari, berbanding RM5 sebelum ini.

Caj penguatkuasaan ke atas kenderaan lain termasuk motosikal roda tiga turut dinaikkan.

Caj baharu tersebut diperkenalkan bagi menyedarkan orang ramai agar lebih berdisiplin apabila meletakkan kenderaan serta tidak menghalang laluan.

Sementara itu, seorang lagi warga kota, Onnie Osman, 32, berkata, masalah kekurangan petak letak kereta bertambah teruk menjelang musim perayaan apabila banyak petak digunakan untuk mendirikan khemah perniagaan.

"Masa itu memang orang ramai terpaksa meletakkan kenderaan di mana sahaja kerana untuk mendapatkan petak letak kereta agak sukar," ujarnya.

Pemandu teksi, Ahmad Riduan, 45, pula berkata, DBKL perlu mengkaji semula cadangan tersebut kerana ia akan membebankan orang ramai berikutan kadar kenaikan yang terlalu tinggi.

"Mengenakan caj yang tinggi sememangnya dapat membantu penguatkuasaan kerana orang ramai tidak berani melakukan kesalahan, tetapi dalam situasi kecemasan orang akan letak (kenderaan) di mana sahaja tanpa memikirkan kesannya.

"Banyak cara lain yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan kesalahan lalu lintas di ibu kota antaranya menempatkan penguat kuasa dan menyediakan kemudahan lain dengan mencukupi," katanya.

8 pekerja asing ditahan dalam Ops Jaja

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
kota@utusangroup.com.my

PEGAWAI dan anggota penguat kuasa imigresen bertanya sesuatu kepada tiga warga asing yang ditahan semasa Ops Jaja di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR 25 Julai - Sebanyak lapan warga asing ditahan ketika Ops Jaja yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Chow Kit malam tadi.

Kesemua warga asing itu ditahan kerana berniaga atau menjadi pekerja di sekitar bazar Ramadan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, Ops Jaja itu dilakukan sepanjang bulan Ramadan kerana pihaknya menerima aduan daripada orang ramai terhadap kebanjiran pekerja warga asing di situ.

Katanya, walaupun peniaga di situ telah diberi amaran agar tidak menggunakan pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah namun kebanyakan mereka masih berdegil.

"Keadaan itu memaksa kami melakukan serbuan hampir setiap malam kerana aduan yang diterima daripada orang ramai meningkat.

"Ketika ditahan kebanyakan daripada warga asing ini memberi pelbagai alasan, termasuk tidak mengaku bekerja di situ, menyamar sebagai pelanggan malah ada yang mengaku sebagai warga tempatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dalam serbuan itu, imigresen telah memeriksa hampir 80 buah khemah bazar serta 100 warga asing.

Mereka yang ditahan adalah tiga warga Indonesia, dua Bangladesh serta tiga Pakistan berusia antara 29 hingga 43 tahun.

Tambah James Musa, dalam Ops Jaja kali ini, kesemua penguat kuasa telah memakai uniform celoreng penguat kuasa yang baharu dan berada di satu lokasi statik bagi memantau keadaan.

"Kami menjalankan rondaan dan pemeriksaan mengejut di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Chow Kit. Penggunaan uniform baharu ini dianggap sebagai mekanisme pencegahan terbaik pihak imigresen," katanya.

Menurut beliau, kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) atas kesalahan memiliki pas atau permit tamat tempoh atau tinggal lebih dari masa yang ditetapkan.

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Pelajar Thai seronok berpuasa

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
utusankedah@utusan.com.my

pelajar Thailand, WanAsma Waehati (dua kiri), Humaima Mohd. Ali (tengah) dan Suhairah Ismail (dua dari kanan) menghidang makanan untuk berbuka puasa dengan rakan serumah mereka di Alor Setar, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 25 Julai - Pengalaman penuntut yang berasal dari Thailand menjalani ibadah puasa pada Ramadan ternyata berbeza dengan sambutan di negara mereka yang sering berlaku pergolakan.

Penuntut Ijazah Syariah Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Humaima Mohd. Ali, 22, bersyukur kerana dia dan rakan senegaranya berpeluang untuk merasai kenikmatan berpuasa di sebuah negara yang aman.

Dia yang berasal dari Narathiwat berkata, kemeriahan sambutan bulan Ramadan di sini ternyata berbeza dengan negaranya berikutan mereka menyambutnya dalam keadaan sederhana dan ketakutan.

"Kalau di sini bulan Ramadan riuh rendah dan meriah tetapi di sana bising dengan bunyi tembakan dan letupan bom.

"Di sana juga lepas solat tarawih semua orang balik rumah dan duduk di dalam rumah sahaja menyebabkan suasananya menjadi sunyi sepi pada waktu malam," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Tambahnya, biarpun keadaan tidak aman, dia tetap merindui suasana berbuka puasa bersama keluarga di kampung halaman.

Bagi penuntut dari Patani, Wan Asma Waehati, 20, pula berkata, keriuhan suasana bazar Ramadan yang terdapat di sini tidak akan dirasai di negaranya yang hanya menjual juadah berbuka secara berkelompok dan kecil-kecilan.

"Di Thailand kami tidak panggil bazar Ramadan tetapi 'nat' yang hanya ada sekitar 10 gerai dan tidak banyak pilihan makanan seperti di sini.

"Kalau di sini juadah berbuka puasa yang paling saya gemar ialah pulut sekaya yang sememangnya tidak ada di sana," katanya.

Seorang lagi rakan senegara mereka, Suhairah Ismail, 22, yang juga berasal dari Patani berkata, cita rasa juadah berbuka yang berbeza menyebabkan dia bersama rakan serumahnya lebih gemar memasak juadah berbuka dan bersahur.

"Kami lebih gemarkan makanan pedas, jadi kebanyakan bahan masakan terutama rempah yang digunakan kami bawa dari sana," katanya.

Dua premis bufet Ramadan diserbu

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

IPOH 25 Julai - Dua premis masing-masing sebuah hotel dan restoran di bandar raya ini yang menyediakan bufet Ramadan diserbu pihak berkuasa semalam.

Operasi bersepadu melibatkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu bermula dari pukul 10 pagi hingga 1.30 petang ini.

Dalam operasi tersebut, pihak berkuasa yang diketuai Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop Husin memeriksa bahagian dapur termasuk bahan-bahan masakan yang digunakan di kedua-dua premis terlibat yang baru dibuka dua bulan lalu.

Menurut Mohd. Yusop, hasil pemeriksaan yang dibuat itu, mereka menjumpai bahan perasa yang tiada pengesahan halal dan logo halal meragukan selain percampuran antara bahan halal dengan tidak halal di kawasan stor penyimpanan.

"Kedua-dua premis ini tiada sijil halal namun telah menyediakan bufet Ramadan dan bila pelanggan bertanya mengenai sijil halal tersebut, mereka kata sedang memohon.

"Sedangkan sebenarnya mereka tidak pernah memohon (sijil halal) pun. Ini satu penipuan selain mengelirukan umat Islam yang ingin berbuka puasa. Tindakan tersebut tidak boleh dibiarkan," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Sebanyak 19 anggota JAIPk, PPDNKK dan Jakim menyertai operasi hampir empat jam tersebut.

Mohd. Yusop berkata, kertas siasatan melibatkan kedua-dua premis terlibat telah dibuka PPDNKK mengikut Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011.

Katanya, jika sabit kesalahan kedua-dua premis tersebut boleh didenda sehingga RM500,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Tegas beliau, pihaknya juga telah mengarahkan kedua-dua premis berkenaan menurunkan kain pemidang serta tidak mengeluarkan sebarang risalah mempromosi bufet Ramadan tersebut.

"Ini merupakan serbuan pertama terhadap premis menyediakan bufet Ramadan di negeri ini sejak umat Islam mula berpuasa 10 Julai lalu.

"Sehubungan itu, kita memberi amaran kepada semua pengusaha restoran atau hotel yang tidak memiliki sijil halal supaya tidak menggunakan perkataan 'Ramadan' atau berunsurkan Islam sebelum tindakan tegas diambil," katanya.

Mohd. Yusop turut menasihati orang ramai yang ragu-ragu dengan juadah berbuka puasa disediakan premis tertentu melaporkan kepada JAIPk atau PPDNKK.

ADUN dedah empat pesakit dapat layanan buruk

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

ROSLAN Saidin (tiga dari kiri) bertanya sesuatu kepada beberapa orang pesakit yang menerima layanan buruk dengan salah seorang pesakit yang mendapatkan rawatan di HSJ selepas sidang akhbar di Penang Golf Resort di Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin.

KEPALA BATAS 25 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin membuktikan tanggungjawabnya dengan mendedahkan empat pesakit yang menerima layanan buruk daripada doktor di dua buah hospital kerajaan di negeri ini.

Roslan berkata, tindakan beliau itu bagi membuktikan apa yang didedahkan semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 3 Julai lalu adalah benar dan bukan sengaja untuk mengada-adakan cerita.

"Saya tampil untuk membuktikan dan tunjukkan kebenaran terhadap aduan-aduan daripada rakyat kerana mereka sendiri mendakwa menjadi mangsa layanan buruk doktor terbabit.

"Saya bukan cakap kosong atau mereka-reka cerita dalam sidang DUN kerana menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) membantu rakyat di kawasan saya kerana tidak mahu orang lain menerima nasib sama," katanya dalam sidang akhbar di Penang Golf Resort di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Dr. Afif Bahardin yang mahukan Roslan meminta maaf secara terbuka kepada para doktor di seluruh Malaysia berikutan dakwaan doktor rasis di Hospital Seberang Jaya yang enggan merawat pesakit.

Semalam, Afif dalam kenyataan berkata, kegagalan Roslan mengemukakan bukti menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab pemimpin terbabit.

Sehubungan itu, Roslan mahukan Afif meminta maaf kepada penduduk yang menerima layanan buruk itu meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri jika gagal berbuat demikian.

"Rakyat boleh menilai Exco kerajaan pakatan pembangkang itu dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga perlu mengambil tindakan terhadap Exco berkenaan," katanya.

Sementara itu, mangsa, Syahidah Saad, 27, dari sini berkata, dia ke HSJ pada 28 Mei lalu bagi mendapatkan rawatan ekoran besi yang dimasukkan ke dalam pahanya sebelum ini patah.

"Salah seorang doktor lelaki di hospital itu enggan melakukan pembedahan untuk mengeluarkan besi tersebut dan menyuruh saya pulang.

"Saya berasa kecewa dengan tindakan doktor dan memberitahu kalau masih boleh berjalan tidak perlu buang besi itu sedangkan saya tidak boleh berjalan dan menanggung kesakitan," ujarnya.