Isnin, 22 Oktober 2012

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


383 cap jari dikesan

Posted: 21 Oct 2012 04:13 PM PDT

AMPANG: Sebanyak 383 cap jari timbul jelas berjaya dikesan dalam semua kes jenayah di Selangor bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, daripada jumlah itu, 96 peratus cap jari milik penjenayah tegar manakala hanya 3.6 peratus milik individu yang baru melakukan jenayah.


"Berdasarkan peratus berkenaan, ia menggambarkan penjenayah yang bebas selepas diberi jamin polis, diberi jamin mahkamah mahupun sudah menerima hukuman penjara, aktif kembali melakukan jenayah sama.

"Oleh itu, saya menyeru masyarakat supaya membantu polis dalam memastikan penjenayah yang dibebaskan tidak mengulangi perbuatan jenayah secara berulang," katanya ketika sidang media selepas menghadiri program 'Bersatu Mencegah Jenayah' di Dewan Serbaguna Taman Cempaka, Ampang, di sini, semalam.


Hadir sama Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, Datuk Wong Pui Lam dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin.


Tun Hisan berkata, kebanyakan penjenayah kembali melakukan jenayah sama selepas dibebaskan kerana tidak mempunyai peluang pekerjaan lain dan tidak diterima masyarakat.

Katanya, tanpa bantuan dan kerjasama masyarakat, masalah terbabit tidak selesai dan ia terus berulang.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22


Mati cubaan ketiga

Posted: 21 Oct 2012 03:59 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tak sampai lima meter keluar dari pagar rumahnya, seorang lelaki warga emas mati ditembak dari jarak dekat di depan mata isteri dan pembantu rumahnya dalam kejadian di Jalan Desa Permai, di Taman Desa, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.10 pagi itu, mangsa Foong Yen Chong, 72, yang juga pesara syarikat insurans mati di tempat kejadian selepas satu daripada lima das tembakan dilepaskan seorang lelaki bertopeng mengenai bawah telinga kanannya.

Menurut sumber, pernah berlaku dua kejadian tembakan di rumah berkenaan pada 2009 hingga 2011, bagaimanapun, mangsa tidak cedera.

Katanya, kejadian pertama berlaku antara 2009 atau 2010 apabila seorang individu melepaskan tujuh das tembakan ke arah rumah mangsa.


"Kejadian kedua pada 5 Februari 2011 iaitu hari pertama perayaan Tahun Baru Cina apabila seorang lelaki bertindak melepaskan lapan das tembakan ke arah rumah dua tingkat berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22


0 ulasan:

Catat Ulasan