Rabu, 24 Oktober 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Saingan GLC dengan syarikat kerdil Melayu punca Melayu kian lemah: Dr Mahathir

Posted: 24 Oct 2012 02:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persaingan antara Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat kerdil Melayu antara punca bangsa Melayu semakin lemah, khususnya dalam sektor ekonomi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Khazanah Nasional Bhd tidak lagi memainkan peranan sebagai pemegang amanah bagi bangsa Melayu apabila bersaing dengan syarikat kerdil Melayu.

"Kita tubuhkan Khazanah ketika itu kerana Melayu masih lemah dan mereka diberikan tanggungjawab sebagai pemegang amanah kita.
"Lihatlah sekliling kita. Kita tuntut 30 peratus tapi tak dapat pun. GLC dapat, tapi siapa dia GLC ini?

"Mereka dah terpisah daripada orang Melayu sekarang," katanya ketika berucap sebelum merasmikan majlis penutup Kongres Ekonomi Melayu 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Lebih 2.58 juta pekerja asing berdaftar di negara ini: Hishammuddin

Posted: 24 Oct 2012 02:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lebih 1.58 juta pekerja asing berdaftar untuk bekerja di negara ini sehingga Julai lalu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, jumlah itu mewakili pekerja asing yang digaji secara sah dan mempunyai Pas Lawatan (Kerja Sementara) dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.

"Indonesia adalah antara lima negara tertinggi pekerja asing yang berdaftar bekerja di Malaysia dengan 767,590 orang diikuti Nepal sebanyak 279,421 orang, Myanmar 137,784 orang.
"Bangladesh 134,148 orang dan India seramai 91,222 orang," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang bertanya mengenai jumlah pekerja asing di Malaysia pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sementara itu dalam satu sidang akhbar di Bangunan Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, rakyat Indonesia perlu masuk secara sah jika mahu mendapat perlindungan sewajarnya apabila bekerja di Malaysia.

"Bila pekerja ini berdaftar, mudah bagi kita memberi perlindungan kepada mereka berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan," katanya.

- BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan