Sabtu, 27 Oktober 2012

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


Eksklusif: 50,000 muflis muda

Posted: 27 Oct 2012 03:46 PM PDT

Kuala Lumpur: Lebih 50,000 orang muda berusia bawah 34 tahun diisytiharkan muflis di negara ini dalam tempoh lima tahun lalu.

Kebanyakan mereka bankrap disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan.

Malah, ada juga yang menjadi mangsa penipuan disebabkan penggunaan butiran peribadi mereka oleh peminjam tidak dikenali.

Berita lanjut dapatkan BH Ahad hari ini

2 rakyat kita disyaki militan al-Qaeda

Posted: 27 Oct 2012 03:46 PM PDT

Kuala Lumpur: Dua lelaki Malaysia ditahan di Beirut, Lubnan, Khamis lalu, kerana disyaki terbabit dengan kumpulan pengganas alQaeda.

Kedua-dua suspek itu ditahan ketika berada di sebuah hotel di negara berkenaan sebelum diserahkan kepada tribunal tentera Lubnan untuk siasatan.

Akhbar al-Joumhouria berpangkalan di Beirut, memetik sumber keselamatan negara itu mendedahkan, kedua-dua lelaki terbabit direkrut oleh seorang lagi rakyat Malaysia yang dipercayai mempunyai kaitan dengan organisasi berkenaan di negara ini pada 2007.

Menurutnya, selepas menyertai organisasi itu keduadua lelaki Malaysia terbabit berlepas ke Yaman untuk bertemu beberapa pemimpin dan ahli alQaeda di negara berkenaan.

Ketika berada di Yaman, kedua-dua mereka pernah ditahan dan dihukum penjara di sana kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan al-Qaeda.

Ketika di penjara, mereka dikatakan bertemu Jamal Al-Badawi, suspek yang dituduh melancarkan pengeboman terhadap kapal pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Cole di Yaman pada 2000.

Menurut akhbar itu lagi, kira-kira dua bulan lalu, kedua-dua suspek cuba memasuki Syria melalui Turki difahamkan untuk melancarkan serangan berani mati di negara berkenaan.
Difahamkan, serangan dirancang mereka diselia oleh seorang lelaki dikenali sebagai Abou Hassan yang turut dipercayai bertanggungjawab membawa masuk pengebom berani mati ke Syria.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek gagal memasuki Syria oleh sebab tertentu dan memutuskan untuk ke Lubnan.

Namun aktiviti mereka dipantau rapi perisik tentera sehingga ditahan, kata akhbar itu memetik sumber keselamatan.

Siasatan pihak berkuasa Lubnan turut mendedahkan tujuan mereka memasuki negara itu ialah untuk bertemu individu tertentu dalam usaha meneruskan serangan yang dirancang di Syria.

0 ulasan:

Catat Ulasan