Khamis, 25 Oktober 2012

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


Ubah suai tangki isi diesel subsidi

Posted: 24 Oct 2012 03:56 PM PDT

SHAH ALAM: Taktik satu sindiket menjual diesel bersubsidi menggunakan lori yang tangkinya diubah suai terbongkar selepas perbuatan mereka dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor yang menyerbu sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Elite Bukit Kemuning, Seksyen 33, di sini, petang kelmarin.

Dalam serbuan jam 2.30 petang itu, KPDNKK Selangor merampas 18,000 liter diesel bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM32,400.


Turut dirampas sebuah lori bernilai RM70,000 dengan tangkinya diubah suai dipercayai untuk mengisi diesel bersubsidi dari beberapa stesen minyak di bandar raya ini dan Klang. Pengarahnya, Othman Nawang berkata, pihaknya melakukan intipan sejak sebulan lalu sebelum menyerbu gudang itu, kelmarin. "Siasatan awal mendapati, mereka yang terbabit aktiviti berkenaan menggunakan lori tangki mengambil diesel bersubsidi dari stesen minyak di Shah Alam dan Klang untuk disimpan di gudang sebelum diedar kepada pihak ketiga. "Namun, tiada tangkapan dibuat pada serbuan kali ini," katanya dalam sidang media di lokasi serbuan di sini, malam kelmarin. Othman berkata, jumlah keseluruhan diesel bersubsidi dirampas kali ini sedikit berikutan anggota sindiket terbabit menyedari kehadiran anggota penguat kuasa dan memindahkan bahan api itu dari gudang berkenaan.

"Hasil siasatan kami mendapati gudang terbabit tempat simpanan diesel bersubsidi berkenaan dan mereka sudah menjalankan kegiatan itu sejak empat bulan lalu," katanya.


Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu terbabit manakala syarikat pula denda tidak melebihi RM250,000.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25


Lelaki hilang daki gunung ditemui

Posted: 24 Oct 2012 03:54 PM PDT

HULU LANGAT: Seorang lelaki berusia 32 tahun yang hilang sejak Isnin lalu ketika mendaki Gunung Nuang, di sini, ditemui semula anggota bomba yang melancarkan operasi mencari dan menyelamat, petang semalam.

Mangsa ditemui jam 5.50 petang dalam keadaan keletihan di Kem Pacat di atas gunung berkenaan sebelum dibawa turun dan dihantar ke Hospital Ampang.


Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 12.48 tengah hari sebelum mengarahkan anggota Balai Bomba Kajang ke tempat kejadian.

Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba Kajang dibantu Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) Bomba Puchong, EMRS Bomba Pandan tiba di tempat kejadian pada jam 1.46 tengah hari.


"Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis membantu gerakan mencari mangsa yang ditemui semula dalam keadaan selamat pada jam 5.50 petang di Kem Pacat di atas gunung berkenaan," katanya.


Katanya, mangsa dihantar dengan jentera bomba ke hospital untuk menerima rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25


0 ulasan:

Catat Ulasan