Khamis, 25 Oktober 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Jepun berdepan kesulitan simpan air tercemar loji nuklear

Posted: 25 Oct 2012 02:52 AM PDT

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun kini berdepan kesukaran untuk menyimpan beribu tan air tercemar yang digunakan untuk menyejukkan reaktor nuklear yang bocor ketika kejadian gempa bumi dan tsunami pada Mac tahun lalu.

Air beradioaktif tinggi yang mencecah kira-kira 200,000 tan itu dikatakan cukup untuk mengisi lebih 50 kolam renang bersaiz Olimpik.

Air tercemar itu kini disimpan dalam ratusan tangki simpanan gergasi yang dibina di sekitar loji nuklear Fukushima Dai-ichi.
Pengendali loji, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) kini terpaksa menebang pokok untuk membina lebih banyak tangki dan meramalkan jumlah air tercemar mampu meningkat tiga kali ganda lagi dalam masa tiga tahun.

TEPCO kini sedang membangunkan satu sistem rawatan untuk menjadikan air tercemar itu selamat untuk disalurkan semula ke laut.

Bagaimanapun, pakar asing bimbang jika air tercemar itu dilepaskan, ia memberi kesan buruk jangka panjang kepada alam sekitar. - AP

Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

Posted: 25 Oct 2012 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lalu lintas di beberapa lebuh raya dilaporkan bergerak perlahan mulai tengah hari ini apabila warga kota mula bertolak untuk pulang ke kampung sempena sambutan Aidiladha esok.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia, keadaan sesak di Plaza Tol Jalan Duta bagi perjalanan ke utara dan Plaza Tol Sungai Besi untuk ke selatan dan trafik bergerak perlahan di Plaza Tol Karak menuju ke Pantai Timur.

Trafik juga perlahan menuju ke selatan berikutan kemalangan di Kilometer 279.4 berhampiran Hentian Nilai tetapi tiada lorong ditutup, kata jurucakap itu.
Menurut Twitter PLUS, trafik bergerak perlahan di Jambatan Pulau Pinang, laluan berhampiran Bukit Tambun dan persimpangan Putra Mahkota ke R&R Seremban.

Orang ramai dinasihatkan mengikut jadual waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS bagi perjalanan sehingga Ahad, dengan kenderaan bagi destinasi lebih jauh dinasihatkan keluar lebih awal.

Bagi laluan di Tambak Johor, Linkedua dan Jambatan Pulau Pinang, kenderaan dengan nombor plat ganjil dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam ganjil seperti 9 pagi, 1 tengah hari dan 7 malam manakala kenderaan plat genap dinasihatkan memulakan perjalanan pada setiap jam genap.

Pengguna juga dinasihati mematuhi panduan berkenaan bagi perjalanan pulang ke ibu negara selepas sambutan itu.
- BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan