Sabtu, 27 Oktober 2012

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


30 diberkas dalam operasi

Posted: 26 Oct 2012 02:39 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 30 individu termasuk empat yang amat dikehendaki berkaitan kes dadah diberkas dalam operasi membanteras jenayah dijalankan sekitar ibu negara oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kelmarin.

Dalam operasi besar-besaran bermula jam 9 pagi itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 30-an yang bekerja sebagai kontraktor kerana memiliki 472 mata wang AS$100 palsu bernilai RM129,808 dalam pemeriksaan rambang di Stesen LRT Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini, kira-kira jam 4 petang.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan rambang di beberapa lokasi tumpuan ramai seperti pusat siber, hotel, rumah urut serta pusat hiburan sebagai langkah pencegahan jenayah.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan polis terhadap suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan itu menemui not palsu itu yang disembunyikan dalam beg sandang miliknya.


"Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan kerana memiliki wang palsu.


"Selain itu, seorang peniaga lelaki berusia 40-an turut ditahan kerana menjual pelbagai senjata tajam termasuk pedang samurai secara terbuka di sekitar Chow Kit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27


Dua wanita konco ceti haram terjerat

Posted: 26 Oct 2012 02:38 PM PDT

LABUAN: Sebuah premis yang menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen kepada orang ramai di Jalan Kenanga, di sini, diserbu polis, kelmarin.

Dalam serbuan jam 10.30 pagi digerakkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan itu, polis merampas RM17,391 dan menahan dua wanita berusia 28 dan 31 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan.


Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata, serbuan itu dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat awam. "Polis turut merampas 15 keping buku akaun milik peminjam, satu unit komputer, 26 keping kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik peminjam, beberapa borang perjanjian hutang dan sebuah buku pelan pembayaran balik. "Turut dirampas beberapa barang milik premis berkenaan termasuk papan iklan syarikat. Semua barang termasuk dua orang wanita dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di IPD Labuan, di sini, kelmarin.

Adzhar berkata, premis terbabit dipercayai baru sebulan memulakan operasi.


"Siasatan mendapati, peminjam di premis itu membabitkan kakitangan kerajaan dan peniaga kecil.


"Kadar faedah dikenakan pula dipercayai boleh mencecah antara 10 hingga 18 peratus, namun siasatan masih di peringkat awal," katanya.

Beliau berkata, polis masih mengesan pemilik premis berkenaan dan siasatan masih diteruskan.


"Pemilik premis terbabit akan dihadapkan ke mahkamah selepas polis mendapat pengesahan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Perbadanan Labuan (PL) bahawa premis terbabit tidak berlesen.

"Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, pemilik premis boleh didenda tidak kurang dari RM250,000 dan boleh dipenjara sehingga lima tahun," katanya. Sehubungan itu, Adzhar menasihati orang ramai supaya tidak meminjam wang dari premis tidak berlesen.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27


0 ulasan:

Catat Ulasan