Khamis, 25 Oktober 2012

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


Hayati konsep korban

Posted: 25 Oct 2012 03:01 PM PDT

Kuala Lumpur: Umat Islam disaran menghayati konsep pengorbanan dituntut Islam yang sanggup berkorban masa dan wang ringgit, berkorban jiwa raga, tenaga, fikiran, perasaan serta kepentingan diri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata konsep itu terkandung dalam Surah Al-Ankabut ayat 69 bermaksud: "Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik."

Beliau berkata, pengorbanan Kerajaan Malaysia yang sanggup bertindak sebagai orang tengah bagi mengakhiri konflik berdarah lebih 40 tahun antara Manila dan Bangsamoro adalah suatu pengorbanan yang amat membanggakan.
Beliau berkata, Kerajaan Malaysia mengambil pendekatan Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku lebih 1,400 tahun lalu, untuk memainkan peranan menjayakan pelan damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Kerajaan Filipina.
Melalui Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad SAW dengan puak Kafir Quraisy di Kota Makkah, umat Islam dapat mengerjakan haji pada tahun yang berikutnya.

Komitmen jitu kerajaan dalam membantu menyelesaikan pelbagai konflik yang berlaku di sesebuah negara juga membuatkan Malaysia diiktiraf dunia sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan dinamik.

Ini terbukti dengan pengiktirafan ulama terkemuka dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi yang melahirkan penghargaan dan terima kasih terhadap usaha Malaysia yang konsisten menyokong dan membantu perjuangan rakyat Palestin selama ini, katanya.
Najib mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada umat Islam dalam perutusan khas sempena sambutan Aidiladha 1433H yang disiarkan melalui laman web 1malaysia.com.my semalam.

Beliau juga menyeru rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan jemaah haji yang ketika ini berada di Makkah supaya dapat menjalankan ibadah mereka dengan sempurna dan dikurniakan haji mabrur.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan sama berkata, lautan manusia yang hadir menjadi tetamu Allah di Makkah dengan penuh kerendahan diri sebagai hamba yang taat, adalah lambang kesatuan hati umat Islam yang diikat dengan kesatuan tauhid dan talian persaudaraan dalam agama.

Katanya, perpaduan ummah yang berasaskan kesatuan tauhid dan persaudaraan dalam Islam tanpa mengira perbezaan bangsa dan warna kulit adalah sesuatu yang amat dituntut oleh agama.

Sempena Aidiladha ini, marilah kita memperbaharui keazaman dan memperteguhkan tekad untuk membina dan seterusnya memperkukuhkan perpaduan ummah yang sejati.
Janganlah kita mengabaikan soal perpaduan ummah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam dalam menempuhi segala cabaran yang mendatang, katanya.

Larang amalan proksi ekuiti

Posted: 25 Oct 2012 03:00 PM PDT

Kuala Lumpur: Kerajaan diminta merangka peruntukan undang-undang melarang penggunaan proksi dalam pemilikan ekuiti, terutama ekuiti Bumiputera.

Ia bagi memastikan hasrat kerajaan membangunkan usahawan Melayu tulen termasuk mencapai sasaran pemilikan 30 peratus pegangan ekuiti di bawah Dasar Pembangunan Nasional tercapai.

Ketua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Shazali Abu Mansor, berkata langkah itu penting bagi menunjukkan kesungguhan kerajaan membangunkan ekonomi Bumiputra.
Tindakan menggunakan proksi dalam pemilikan ekuiti tidak menggambarkan realiti kedudukan Bumiputera, malah boleh dianggap sebagai mensabotaj ekonomi negara.

Ia akan beri isyarat salah kepada pembangunan ekonomi Bumiputera dan menjejaskan hasrat kerajaan membantu mereka menerusi pengagihan kekayaan negara yang sama rata, katanya kepada BH, semalam.

Shazali yang juga Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengulas saranan Kongres Ekonomi Melayu 2012 yang mahu kerajaan menyemak status usahawan Bumiputera dengan mengambil kira pegangan saham, struktur korporat serta pembangunan usahawan Melayu tulen dan bukan hanya proksi atau broker.

Kongres itu dalam resolusi berkaitan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Model Baru Ekonomi (MBE) kelmarin menegaskan semakan itu perlu kerana penggunaan proksi atau broker mencacatkan imej usahawan Melayu. Ia antara 18 resolusi kongres selama dua hari, anjuran Yayasan Kajian dan Pembangunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
Shazali juga bersetuju dengan ketetapan kongres itu, antara lain bahawa rasuah, salah guna kuasa, kronisme dan nepotisme sebagai punca ekonomi Melayu terjejas dan perlu ditangani segera.

0 ulasan:

Catat Ulasan