Rabu, 22 Februari 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


'Bukti kepada dunia kita amal kebebasan media'

Posted: 22 Feb 2012 01:14 PM PST

Nasional

Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Seri Dr Rais Yatim

KUALA LUMPUR: Kedudukan Malaysia yang lebih baik dalam Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011/2012 membuktikan kepada dunia bahawa negara ini sememangnya terbuka dalam kebebasan untuk berucap dan menyampaikan pandangan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata biarpun negara di kedudukan lebih baik, kebebasan akhbar perlu diletakkan satu penanda aras supaya pengamalnya sentiasa mematuhi undang-undang negara.

"Saya dapati tahap ini amat baik dan kita berada di tahap lebih baik dari lalu, namun perlu diletakkan penanda aras. Sampai mana pun (tahap itu), kita tak boleh terigau-igau dengan apa dianggap sebagai kebebasan yang ada di negara Barat.

Saya dapati tahap ini amat baik dan kita berada di tahap yang lebih baik dari yang lalu, namun perlu diletakkan penanda aras. Sampai manapun (tahap itu), kita tak boleh terigau-igau dengan apa yang dianggap sebagai kebebasan yang ada di negara Barat. - Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

"Apa perlu kita kejar ialah piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung dengan kebebasan untuk menyatakan pandangan dan pendapat," katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kedudukan Malaysia dalam PFI yang meningkat ke tangga 122 tahun lalu, berbanding 141 pada 2010, sekali gus membuktikan kebebasan media di negara ini lebih baik berbanding negara yang dikatakan lebih demokrasi di rantau Asia Tenggara.

Mengikut laporan yang disusun dan diterbitkan pertubuhan dunia, Reporters Without Borders (RWB), posisi PFI di negara ini lebih tinggi berbanding Brunei Darussalam yang menduduki tangga ke-125, Singapura (135), Thailand (137), Filipina (140) serta Indonesia (146).

Pada masa sama, Rais berkata, dengan adanya media sosial, termasuk kewujudan blog, Malaysia sudah menjelaskan kepada dunia, bahawa negara ini terbuka dan mengamalkan kebebasan untuk berucap dalam menyampaikan pandangan, namun masih berpandukan pada undang-undang.
"Bagi yang menghasut misalnya atau memfitnah, mereka tetap terpaksa menjawab perbuatan mereka di sisi undang-undang mahkamah, ini dinamakan rukun permainan undang-undang dan setiap orang mesti bersedia menerima hakikat berkenaan," katanya.

Mengenai Persidangan Menteri Penerangan ASEAN, Rais berkata, Malaysia menjadi tuan rumah persidangan ke-11 bermula Sabtu depan yang akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula dijangka menghadiri 'ASEAN Musical Extravaganza' yang akan diadakan di Istana Budaya pada 1 Mac, iaitu persembahan gala untuk meraikan Menteri Penerangan ASEAN yang menghadiri persidangan itu.

TUKAR buat 22 tuntutan kepada PAS Kelantan

Posted: 22 Feb 2012 01:03 PM PST

Nasional

  KAMARUDDIN  (empat dari kiri) bersama ahli TUKAR pada sidang media mengenai 22 tuntutan terhadap kerajaan PAS Kelantan di Kota  Bharu, semalam.

KAMARUDDIN (empat dari kiri) bersama ahli TUKAR pada sidang media mengenai 22 tuntutan terhadap kerajaan PAS Kelantan di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU: Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) membuat 22 tuntutan terhadap kerajaan negeri atas kegagalan membawa sebarang perubahan sepanjang 22 tahun memerintah.

Pengerusinya, Kamarudin Mohd Kasim, berkata 22 tuntutan itu adalah sebahagian besar daripada manifesto yang didakwa gagal ditunaikan selepas berjanji dalam pilihan raya umum 1990, sekali gus menunjukkan rakyat negeri ini sudah disogokkan dengan pelbagai harapan serta janji palsu.

Katanya, sekiranya kerajaan negeri gagal memenuhi tuntutan itu sebelum pilihan raya umum nanti, rakyat Kelantan bersedia untuk menukar kepada kerajaan baru iaitu Barisan Nasional (BN).

Kini sudah tiba masanya rakyat Kelantan menolak kerajaan PAS Kelantan dengan memilih kerajaan BN. - Kamarudin Mohd Kasim, Pengerusi TUKAR

"Pada Pilihan Raya Umum 1990, rakyat Kelantan meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan PAS untuk mengubah nasib mereka, namun gagal dipenuhi sehingga 22 tahun memerintah negeri ini.

"Kini sudah tiba masanya rakyat Kelantan menolak kerajaan PAS Kelantan dengan memilih kerajaan BN, sekali gus ia juga sebagai pengajaran kepada kerajaan negeri sekarang, yang hanya pandai berjanji. Tuntutan ini akan dihantar kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Kamarudin berkata, antara 22 tuntutan itu ialah kerajaan negeri perlu bertindak segera dalam menyelesaikan masalah air yang sudah berlarutan sekian lama dan rakyat tidak sanggup menunggu hingga 2027 baru dapat menikmati bekalan air bersih.

Selain itu, katanya Gerakan TUKAR juga meminta supaya anak tempatan diberi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan semua wakil rakyat juga harus dari kalangan anak jati negeri ini.
"Kerajaan PAS Kelantan harus segera menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada belia di negeri ini yang kini masih ramai menganggur selain menyegerakan bayaran bantuan RM100 kepada seluruh warga tua bermula dari 1990 hingga sekarang.

"Kerajaan negeri juga diminta supaya menghapuskan cukai pintu, bayaran tempat parkir serta sewa tapak operasi kereta sewa seluruh negeri selain cukai kepala bakul yang dikenakan kepada peniaga kecil," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan