Khamis, 23 Februari 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Guan Eng jangan sombong kejayaan BN

Posted:

Guan Eng jangan sombong kejayaan BN

Guan Eng jangan sombong kejayaan BN

PULAU PINANG 23 Feb. – Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak layak untuk mengakui kejayaan negeri ini mencapai pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan pada tahun lalu disebabkan pentadbiran pembangkang.

Ini kerana kejayaan tersebut sebenarnya mampu dicapai hasil usaha keras kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu yang berjaya meyakinkan pelabur.

Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO negeri, Aziaan Ariffin berkata, kerajaan BN telah menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk menarik minat pelabur ke Pulau Pinang.

Antaranya, jelas beliau, lapangan terbang, pelabuhan, zon perdagangan bebas, jambatan dan rangkaian lebuh raya yang baik.

"Dia (Guan Eng) tidak sepatutnya sombong. Kejayaan Pulau Pinang hari ini bukan 100 peratus usaha dia.

"Kerajaan DAP Pulau Pinang pun tidak buat penambahbaikan, tidak mengubah dasar tapi hanya meneruskan polisi serta usaha BN dulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dalam ucapan sempena majlis makan malam anjuran DAP di Petaling Jaya semalam mendakwa kejayaan Pulau Pinang dan Selangor sebagai destinasi pelaburan sektor pembuatan terunggul pada tahun lalu membuktikan pembangkang mampu mentadbir dengan bersih dan cekap.

Pulau Pinang mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM9.1 bilion manakala Selangor RM8.7 bilion.

Aziaan memberitahu, segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN sebenarnya untuk semua rakyat di negeri ini tanpa mengira fahaman politik.

"Kalau nak tunggu dia (Guan Eng) buat, berpuluh tahun lagi pun belum tentu siap," ujarnya.

Jangan guna istilah syarak untuk tujuan politik

Posted:

Jangan guna istilah syarak untuk tujuan politik

Jangan guna istilah syarak untuk tujuan politik

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Bai'ah merupakan istilah syarak yang tidak sepatutnya digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana parti politik termasuk Pas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, istilah ikrar, perjanjian atau akujanji adalah lebih tepat untuk digunakan dalam konteks politik kerana tidak dibenarkan berbai'ah dalam perkara-perkara yang melanggar syariat.

Lebih-lebih lagi katanya, bai'ah yang diwajibkan oleh Pas untuk setiap calon parti itu yang bertanding dalam pilihan raya seperti dinyatakan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin adalah terlalu radikal.

"Bai'ah yang diperkenalkan Pas itu terlalu radikal sehingga dikatakan boleh mendatangkan kecelakaan dunia dan akhirat kepada sesiapa yang melanggarnya.

"Saya cabar pemimpin-pemimpin Pas kemukakan dalil-dalil yang bersandarkan kepada al-Quran dan sunah bagi mewajarkan bai'ah tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa setiap calon parti berkenaan yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah bagi menentukan mereka tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya.

Dalam perkembangan sama, Fathul Bari menambah, pemimpin Pas tidak layak menerima bai'ah daripada ahli-ahli parti berkenaan kerana mereka bukan pemerintah yang dikategorikan sebagai amirul mukminin.

Katanya, pemimpin Pas dipilih menerusi kaedah politik yang tidak berpandukan kepada sistem 'khilafah Islamiyyah'.

Menurut beliau, seseorang khalifah yang dilantik menerusi sistem berkenaan hanya layak digelar amirul mukminin apabila umat Islam di seluruh dunia bernaung di bawah pemerintahannya.

"Pengertian bai'ah mengikut Ahlussunnah Wal Jamaah adalah memberi satu akujanji kepada pemimpin dalam kalangan mukmin yang dilantik menerusi sistem 'khilafah Islamiyyah' dan berikrar tidak akan melanggar perintahnya.

"Masalahnya, pemimpin Pas bukan amirul mukminin. Parti itu tidak boleh menamakan akujanji taat setia calon pilihan raya kepada parti sebagai bai'ah," katanya.

Dalam pada itu, Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, konsep bai'ah tidak boleh digunakan untuk memastikan kesetiaan kepada pemimpin parti atau dasar perjuangan politik.

Jelas beliau, bai'ah yang diperkenalkan Pas tidak boleh diamalkan lebih-lebih lagi dalam keadaan parti berkenaan secara terang-terangan bersekongkol dengan parti-parti yang memperjuangkan ideologi sekularisme, liberalisme dan pluralisme.

"Apa yang Abdul Hadi kata itu tak tepat. Jangan guna istilah-istilah syarak untuk tujuan politik kerana ia akan mengelirukan umat Islam," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan