Isnin, 27 Februari 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Badrulamin diarah cuti sebulan

Posted:

Badrulamin diarah cuti sebulan

Badrulamin diarah cuti sebulan

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini mengarahkan Ketua Penerangannya, Dr. Badrulamin Bahron mengambil cuti selama sebulan sehingga nama beliau dibersihkan daripada tuduhan khalwat dengan isteri orang di Pahang semalam.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam kenyataannya berkata, cuti rehat berkenaan bertujuan membolehkan Badrulamin melakukan kerja-kerja membersihkan nama beliau.

"Kerajaan negeri berharap cuti tersebut akan digunakan untuk menumpu perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri telah menerima penjelasan Badrulamin berhubung kejadian tersebut dan mendesak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan profesional.

Langkah itu menurut sekretariat tersebut, bertujuan menjaga maruah Badrulamin sebagai Muslim sebagaimana yang dituntut dalam Islam.

Menurut sekretariat itu, sepanjang tempoh cuti tersebut, segala tugas Badrulamin sebagai Ketua Penerangan Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh pihaknya yang diketuai Setiausaha Akhbar Menteri Besar.

"Justeru itu, kami menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian negatif dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berwajib," jelasnya.

Badrulamin ditahan oleh JAIP selepas diberkas oleh suami wanita berkenaan kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Kuantan awal pagi semalam.

'Saya bantu dapatkan bilik penginapan'

Posted:

'Saya bantu dapatkan bilik penginapan'

'Saya bantu dapatkan bilik penginapan'

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar) menafikan laporan media yang beliau ditangkap khalwat bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan awal pagi semalam.

Malah beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz yang mengesahkan tangkapan khalwat itu sebagai tidak benar serta menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.

Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor itu mendakwa, beliau hanya ditahan oleh pegawai JAIP untuk membantu siasatan selepas hampir 20 minit dipukul dan dikurung dalam bilik hotel oleh sekumpulan lelaki yang diketuai oleh suami wanita berkenaan.

Menurut Badrulamin, beliau membantu wanita tersebut mendapatkan bilik penginapan di hotel itu atas rasa tanggungjawab selepas melihat wanita berkenaan yang didakwanya menghadapi masalah rumah tangga, datang menemuinya pada pukul 2 pagi bersama anak yang masih kecil.

"Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai JAIP. Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin PKR pada 24 hingga 26 Februari dan saya mengambil peranan aktif dalam majlis itu.

"Pada petang 24 Februari, wanita tersebut menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat untuk melarikan diri dari rumah kerana bimbang keselamatan diri. Saya dengan tegas menasihatkan supaya jangan berbuat demikian.

"Bagaimanapun pada pukul 2 pagi 25 Februari, beliau menghubungi saya memaklumkan berada di lokasi Temurapat Pemimpin PKR dan atas rasa tanggungjawab, saya membantu mendapatkan bilik penginapan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Badrulamin memberitahu, beliau mengenali pasangan suami isteri tersebut sejak lebih setahun lalu, semasa wanita berkenaan bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah dan sejak itu, sering berhubung kerana mereka menghadapi masalah rumah tangga.

Jelasnya, dalam usaha membantu pasangan tersebut, beliau dan isteri pernah menziarahi keluarga itu di Rompin, Pahang.

"Saya berharap dengan penjelasan ini, semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya,'' katanya.

Menurut Badrulamin, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadapnya.

JAIP bertindak atas aduan suami wanita terbabit - Ghazali

Posted:

JAIP bertindak atas aduan suami wanita terbabit - Ghazali

JAIP bertindak atas aduan suami wanita terbabit - Ghazali

KUANTAN 26 Feb. - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menafikan dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron yang ditangkap khalwat semalam bahawa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz menegaskan, tindakan tersebut dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain.

"JAIP tidak pernah merancang atau berkomplot untuk membuat tangkapan terhadap kedua-dua individu terbabit.

"Lagipun sebarang tangkapan dibuat atas aduan orang ramai. Perkara seperti merancang atau komplot tidak pernah terjadi dalam tangkapan sebelum ini kerana JAIP mempunyai prosedur yang ditetapkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, seorang pemimpin PKR Selangor ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di Balok semalam.

Beliau ditangkap bersama pasangannya oleh suami kepada wanita tersebut yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah institut kemahiran di negeri ini.

Suami kepada wanita itu kemudiannya menghubungi penguatkuasa JAIP yang datang ke bilik hotel itu kira-kira pukul 3 pagi.

Mohd. Ghazali berkata, panggilan yang dibuat oleh orang ramai diibaratkan seperti menghubungi bomba jika berlaku kebakaran atau kecemasan.

"Begitu juga dengan JAIP jika dihubungi orang ramai sekiranya terdapat kes khalwat, kami akan bertindak atas aduan itu," katanya.

Dalam pada itu, katanya, JAIP akan memanggil semula Badrulamin yang didakwa berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, pemimpin dan wanita itu dijangka hadir ke pejabat JAIP kira-kira pukul 9 pagi esok bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.

"Ia adalah prosedur biasa bagi memudahkan kelancaran pihak kami menjalankan siasatan kes tersebut," katanya.

Mohd. Ghazali berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan