Rabu, 22 Februari 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Peserta automotif jumpa BNM

Posted:

Peserta automotif jumpa BNM

Peserta automotif jumpa BNM

JUALAN kereta Proton merosot lebih 25 peratus ekoran garis panduan pinjaman yang ketat. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Peserta industri automotif akan mengadakan pertemuan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Jumaat ini bagi membincangkan masalah yang timbul akibat garis panduan pinjaman baharu yang didakwa agak 'ketat' sehingga menjejaskan industri berkenaan sejak awal tahun ini.

Garis panduan yang dikeluarkan bank pusat itu yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu telah mengarahkan bank-bank meluluskan pinjaman berdasarkan pendapatan bersih seseorang berbanding pendapatan kasar sebelum ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, ekoran peraturan itu, jumlah jualan kenderaan menurun lebih daripada 25 peratus sepanjang bulan lalu dan ia mendatangkan impak yang besar kepada industri automotif.

Menurutnya, sungguhpun penurunan jualan hanya untuk tempoh sebulan, impaknya kepada industri automotif negara mungkin lebih besar sekiranya tiada tindakan proaktif diambil segera.

"Jika isu ini berterusan, situasi itu sebenarnya tidak baik untuk semua termasuk menjejaskan pungutan cukai," katanya pada majlis pelancaran kerjasama antara Proton dengan YTL Communications Sdn. Bhd. di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lisa Surihani mandi bunga sebelum nikah Yusry

Posted:

Lisa Surihani mandi bunga sebelum nikah Yusry

Lisa Surihani mandi bunga sebelum nikah Yusry


SITI AMIRA AHMAD menjirus air bunga ke atas anaknya Lisa Surihani di Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Meskipun dibesarkan dalam keluarga moden, pelakon terkenal Lisa Surihani tetap mengamalkan tradisi mandi bunga kelmarin sebelum melangsungkan pernikahan dengan pengarah terkenal Yusry Abdul Halim hari ini.

Beliau berbuat demikian bagi memenuhi hajat ibunya, Siti Amira Ahmad yang mahu dia kelihatan berseri-seri menjelang pernikahannya di Hotel Marriot, Putrajaya petang ini.

Ketika dihubungi Kosmo!, pembawa watak Mila dalam filem Ombak Rindu itu berkata, beliau berbuat demikian bagi memenuhi hajat ibunya.

Menurutnya, selain mandi bunga, dia turut mengadakan majlis berinai dan juga khatam al-Quran.

"Ikutkan, saya mahu ringkas sahaja tetapi ibu mahu saya mengikuti semua amalan tradisi sebelum perkahwinan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kedaifan Flat Pelangi Indah dapat perhatian Najib

Posted:

Kedaifan Flat Pelangi Indah dapat perhatian Najib

Kedaifan Flat Pelangi Indah dapat perhatian Najib


MOHD. SHAFIE (tengah) bersama sebahagian daripada penduduk Flat Pelangi Indah, Klang yang gembira selepas masalah mereka mendapat perhatian Najib semalam.


KLANG - Kira-kira 300 keluarga di Flat Pelangi Indah di sini kini boleh menarik nafas lega apabila masalah kemudahan infrastruktur daif yang membelenggu mereka sejak 12 tahun lepas mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd. Shafie Abdullah berkata, masalah yang dihadapi penduduk berkenaan adalah perkara serius yang perlu ditangani segera.

"Saya mendapati penduduk di sini berhadapan masalah kemudahan infrastruktur yang daif seperti dewan dan surau yang tidak mempunyai kelengkapan dan ia perlu ditangani segera.

"Saya diarahkan (Perdana Menteri) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini agar ia dapat diselesaikan segera," katanya kepada pemberita ketika meninjau kemudahan infrastruktur serta bertemu penduduk Flat Pelangi Indah di sini semalam.

Mohd. Shafie berkata, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri peringkat Selangor akan cuba menyelesaikan masalah tersebut dan laporan lengkap mengenai mengenai perkara itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan