Rabu, 22 Februari 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Isu laporan WSJ: Anwar tak saman

Posted: 21 Feb 2012 02:49 PM PST

MukaDepan

ANWAR di temubual pemberita selepas bertemu hampir sejam dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Effendy Rashid

ANWAR di temubual pemberita selepas bertemu hampir sejam dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Effendy Rashid

Enggan mohon maaf, dakwa sokongan kepada Israel bersyarat

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak akan menyaman Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel kerana laporan itu adalah tepat.

"Kenapa saya perlu saman (WSJ)? Mereka letakkan perkataan 'contingent' (tertakluk pada syarat) (dalam laporan itu)," katanya kepada pemberita mengulas pertemuannya hampir sejam dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Anwar berkata, beliau sudah menjelaskan supaya jangan ada salah tafsiran mengenai pengiktirafannya terhadap Israel kerana ia tidak berbangkit selagi syarat pengunduran tentera Israel dari wilayah Palestin dan Arab, menghentikan keganasan, menghentikan kepungan terhadap Gaza dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin tidak dimeterai.

Bagaimanapun Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menegaskan walaupun rejim Zionis itu menghentikan kezalimannya terhadap umat Islam di Palestin termasuk mengembalikan semula Baitulmaqdis, Islam tetap tidak mengiktiraf kewujudan Israel sebagai sebuah negara.

Katanya, tindakan Anwar sedia memberi perlindungan kepada Israel walau apa syaratnya adalah umpama cubaan 'menghalalkan' kewujudan negara Yahudi yang terbina hasil rampasan hak umat Islam Palestin.

"Isu Palestin ini bukan saja membabitkan saudara kita di sana, malah Islam tindak pernah mengiktiraf pihak yang merampas hak orang lain, dalam konteks ini Israel terbina daripada pertumpahan darah umat Islam di bumi Palestin dan hak mereka diambil Yahudi.
"Walaupun mereka mematuhi beberapa syarat seperti menghentikan kekejaman terhadap umat Islam dan mengembalikan semula Baitulmaqdis, apakah mereka sanggup mengembalikan semula tanah Israel kepada rakyat Palestin," katanya ketika dihubungi.

Anwar sebelum ini mendapat kritikan hebat tokoh agama dan pemimpin politik yang menyifatkan sokongan itu sebagai haram dan dilarang Islam, selepas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membuat kenyataan pada sesi temu bual dengan WSJ di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya.

Mengulas pertemuan dengan Nik Abdul Aziz, Anwar berkata, Menteri Besar Kelantan itu mendengar dan memahami pendirian beliau.

"Saya rasa baik sebab saya juga sudah memberi penjelasan mengenai keraguan itu tetapi saya beritahu saya juga tunduk dengan apa yang dikehendaki oleh FATAH dan HAMAS seperti dirundingkan di Doha dua minggu lalu," katanya.

Dalam laman sosial Facebook, Nik Aziz mengulangi pendirian beliau dan Majlis Syura Ulama PAS serta parti itu bahawa mereka tidak sesekali mengiktiraf walau seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya, berkata Allah tidak pernah membezakan zionis dan Yahudi kerana kedua-duanya sama iaitu tidak mengiktiraf kewujudan agama lain di muka bumi ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan pendirian Anwar itu membuktikan beliau mahu membersihkan 'dosa' menyinggung perasaan orang Yahudi apabila menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meniru gagasan 1Malaysia atas nasihat APCO yang dituduh sebagai agen Yahudi.

Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, tindakan Anwar tidak sudah dijangka kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu lebih mengutamakan sokongan Amerika dan Yahudi untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menjadi Perdana Menteri.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata penjelasan kepada Nik Aziz adalah satu lakonan politik.

"Anwar hanya anggap Nik Aziz yang penting dan ahli Majlis Syura PAS tidak penting, justeru kita desak Anwar memberi penjelasan kepada Majlis Syura," katanya.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, berkata apabila membuat keputusan tidak menyaman WSJ, bermakna Anwar mengaku bersalah, sebab itu dia tidak boleh memutar belit apa yang dilaporkan akhbar itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

talam

Harap2 tidak terlewat baru org Msia nak sedar.

MYG

Mengiktiraf kewujudan Negara Israel umpama menghalalkan pencuri dan perompak yakni mengambil hak orang lain secara haram.

Halim

Sokong kenyataan Norarnieza Abdullah. Anwar Ibrahim memang memerlukan pengaruh dari Amerika yang dikuasai Yahudi untuk memastikan matlamat beliau hendak menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA. Seperti kisah sejarah raja-raja Melayu dahulu yang menerima campurtangan British di negeri mereka asalkan jawatan Sultan kekal milik mereka. Akibatnya sultan kehilangan kuasa kepada Residen.

lee yin

malas nak fikirkan apa yang diputar dan belitkan ds anuar

Awang

Bakal Perdana Menteri Malaysia pertama mengiktiraf dan bersekongkol dengan rejim Zionis (Yahudi)

Mohd Azrul Rahim

Biasalah. Janji dapat tawan Putrajaya ~

abuya

Sudah terang lagi bersuluh??...alahai,,politik-politik..Bila giler kuasa dah menguasai diri dah tak dapat bezakan mana yang baik mana yang betul.Hanya yang taksub sahaja masih menyuruh pak anuar mencari cara bagaimana nak pukul balik semua tomohan tu .Akhirnya mereka akan kata..ini semua kerja UMNO dan BN suka membuat fitnah.Inilah kali pertama Pak Anuar terkedu-kedu utk menjawab persoalannya cuma masih belum mangakui bahawan kenyataan beliau benar dan rasai bersalah terhadap umat islam semua.Jika Pak anuar sanggup mengaku bersalah,,waaa tabik spring..mai lerr hidupkan pak anuar..hahahahah...

belia negara

.hidup palestin..

moza

bertambah keruh muka a.i semacam tidak ada sinar keimanan.. tipu sesama manusia mungkin boleh dilakukan tapi tak akan mungkin dapat menipu Allah s.w.t,tunggulah balasan dariNya.

johan

kalo akhbar tempatan confirm dah saman. pasal akhbar ni yahudi punya, tujuan nak dapat sokongan yahudi satu dunia.jumpa n.aziz cakap skit dah settle. ingat n.aziz ni wakil muslim satu Msia ke? rakyat tak bodoh, dah terlampau banyak berita anwar dgn pemimpin2 zionis. perkara iktiraf israel ni hanyalah tambahan sahaja.

dino.yp@gmail.com

konar kiri, konar kanan, konar lagi, dan lagi dan lagi.

DINO

Rakyat Malaysia jangan Mudah ditipu oleh Pemimpin yang menipu Rakyat dengan berbagai putar belit.

joedul

Biasa le....ayam jantan...\kokok berderai derai tapi ekor bergelumang dengan taik,....

Norarnieza Abdullah

Matlamat menghalalkan cara, itulah pendapat saya mengenai Datuk Seri Anuar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan