Khamis, 23 Februari 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Laporan lengkap kepada PM

Posted:

Laporan lengkap kepada PM

Laporan lengkap kepada PM

Oleh RASMI ABDULLAH
kota@utusan.com.my


SHAFEI Abdullah (empat kiri) mendengar aduan penghuni mengenai pelbagai masalah yang mereka hadapi.


KLANG 23 Feb. – Para penghuni flat Pelangi Indah, Meru di sini berasa lega kerana masalah-masalah yang dihadapi mereka dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Kerisauan mereka berhadapan dengan pelbagai masalah selama ini terhapus sedikit apabila mendapat kunjungan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafei Abdullah yang meninjau masalah mereka yang selama ini diabaikan oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Antara masalah yang diadukan penghuni di flat tersebut ialah pembinaan dewan dan surau yang terbengkalai, sampah tidak dikutip, sistem pembetungan tidak diurus, tadika tidak sempurna dan penduduk kurang berkemampuan tidak mendapat bantuan.

Shafie yang ditemui pemberita memberitahu, satu laporan lengkap berkaitan masalah penghuni di kawasan tersebut akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar nasib penduduk flat itu segera dibela.

"Penghuni mendakwa sebelum pilihan raya lalu pihak pembangkang telah berjanji akan menyelesaikan masalah itu sekiranya mereka menang tetapi setelah hampir empat tahun memerintah di negeri ini tiada apa yang berubah.

"Mereka hanya pandai berjanji dan bukan menepatinya. Mereka hanya memberi harapan palsu kepada penghuni di sini," katanya selepas membuat tinjauan bersama penghuni di flat tersebut baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Pelangi Indah, G. Suresh, 38, berkata, dia dan para penduduk amat berterima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan Perdana Menteri terhadap mereka.

Ujarnya, sebelum ini nasib mereka terabai kerana tiada seorang pun pemimpin kerajaan PKR Selangor yang turun padang untuk membantu menyelesaikan masalah dihadapi penghuni di situ sejak mereka memerintah.

"Sudahlah kami tiada dewan. Kawasan perumahan juga dipenuhi sampah, sistem pembetungan juga tidak terurus.

"Kerajaan negeri juga seolah-olah tidak nampak masalah yang kami hadapi sedangkan di sini ramai yang susah," katanya.

Suresh turut melahirkan terima kasih kepada Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia kerana membantu memanjangkan masalah mereka kepada Jabatan Perdana Menteri sehingga masalah itu mendapat perhatian.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia, N. Alagan berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada penghuni tiga minggu yang lalu dan segera melaporkan perkara itu kepada Jabatan Perdana Menteri.

Bandar Sri Damansara kini kotor

Posted:

Bandar Sri Damansara kini kotor

Bandar Sri Damansara kini kotor

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
Kota@utusan.com.my

PETALING JAYA 23 Feb. – Penduduk Bandar Sri Damansara dekat sini meminta kontraktor baru supaya mencontohi kerja Alam Flora yang sebelum ini mengutip sisa pepejal mengikut waktu ditetapkan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Sri Damansara, Ravindran Raman Kutty, berkata, setelah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menamatkan perkhidmatan Alam Flora tahun lalu dan melantik kontraktor baru, banyak sisa pepejal yang tidak dikutip oleh mereka.

"Jika dulu sampah domestik dikutip tiga kali dalam seminggu, tetapi kini hanya sekali seminggu. Keadaan ini menyebabkan sampah berlonggok dan menjadi busuk.

"Pihak kami telah berjumpa dengan penyelia di MBPJ, namun maklum balas yang diterima sangat mendukacitakan apabila penyelia bertugas tidak mampu menyelesaikan masalah dihadapi penduduk," katanya dalam sidang akhbar mengenai masalah tersebut di Bandar Sri Damansara hari ini.

Menurutnya, jika dahulu semasa Alam Flora mengendalikan sisa pepejal di kawasan berkenaan, penduduk di situ sering mengadakan Kempen Kitar Semula.

"Namun kini kami tidak dapat berbuat demikian kerana fokus pada masalah yang paling asas iaitu sampah yang tidak dikutip. Kami terpaksa berjumpa dengan MBPJ setiap kali penduduk di sini membuat aduan mengenai perkara tersebut.

"Masalah seperti itu tidak seharusnya berlaku memandangkan ia adalah perkara paling asas bagi kontraktor pembersihan iaitu mengutip sampah pada waktu yang ditetapkan," ujarnya.

Jelasnya, pihaknya meminta kontraktor baru mengutip sampah domestik tiga kali seminggu, sampah di kawasan taman permainan dua kali sebulan dan sampah komersial pada setiap hari.

Sementara itu seorang penduduk di kawasan berkenaan, Norazian Kamarudin, 56, ketika ditemui berkata, masalah tersebut pertama kali dihadapi penduduk di situ.

"Dulu kami tidak menghadapi masalah langsung semasa Alam Flora mengendalikan kutipan sampah di sini, tetapi apabila kontraktor baru ambil alih, saya dapat lihat banyak sampah tidak dikutip.

"Keadaan ini menyebabkan pemandangan indah di kawasan ini terjejas, lebih-lebih lagi sampah komersial daripada kedai menyebabkan kawasan sekitar berbau busuk dan kotor," katanya.

C.K. Teh, 43, turut meluahkan rasa tidak puas hati apabila melihat sampah di taman permainan tidak dikutip.

"Kami bukan sahaja mahu kawasan kediaman kami berada dalam keadaan yang cantik tetapi juga bersih," tegasnya.

UMNO Selangor bantu golongan memerlukan

Posted:

UMNO Selangor bantu golongan memerlukan

UMNO Selangor bantu golongan memerlukan


Raja Ropiah Raja Abdullah (tengah) bersama wakil lima buah rumah anak yatim yang menerima sumbangan UMNO Selangor pada majlis di Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini.


SUNGAI BULOH 23 Feb. – UMNO Selangor akan terus komited dan telus dalam menjaga kebajikan serta keperluan rakyat di seluruh negeri tersebut.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Selangor, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah berkata, usaha tersebut akan terus dipertingkatkan agar rakyat setempat tidak ketinggalan dalam arus pemodenan negara.

"UMNO tidak melupakan nasib yang menimpa golongan yang daif terutamanya anak-anak yatim serta golongan kurang upaya.

"Justeru, sumbangan berjumlah RM10,000 setiap satu yang disampaikan kepada lima buah badan kebajikan ini diharap menjadi pendorong kepada mereka untuk terus memajukan diri di masa akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia dekat sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek sumbangan kepada lima buah badan kebajikan sekitar Selangor yang dianjurkan Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras.

Menurut Raja Ropiah, hasil sumbangan tersebut diperoleh daripada hasil kutipan persembahan amal orkestra dari negara China yang dianjurkan baru-baru ini.

"Persembahan tersebut yang dikelolakan oleh Persatuan Tionghua bersama tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjaya mengutip sebanyak RM50,000 dan kami dipertanggungjawabkan untuk memilih lima badan kebajikan yang layak menerima sumbangan tersebut.

"Justeru, UMNO Selangor bersetuju untuk menyampaikan sumbangan ini kepada Persatuan Peniaga Cacat Selangor, Pusat Jagaan Anak Yatim Nur Ikhlas, Rumah Kasih Harmoni, Institut Tahfiz Islam Kota Raja dan Pusat At-Taqwa Putra Perdana," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan