Harian Metro: Setempat |
Tak mungkin jadi ‘gajah putih’ Posted: 31 Oct 2012 11:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Projek pembangunan semula Pasar Raja Bot atau Chow Kit yang dilaksanakan pada tahun depan tidak mungkin menjadi projek 'gajah putih' berikutan usaha kerajaan menjadikan kawasan itu sebagai pasar moden dengan dilengkapi Pusat Tranformasi Bandar (UTC) mini. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, selain itu pelan pembangunan kawasan terbabit turut mengambil kira pandangan semua pihak menerusi perbincangan dilakukan sebelum ini, sekali gus menjadikan pusat tumpuan perniagaan itu lebih kondusif dan menarik.
Aktiviti yang menyasarkan penyertaan 5,000 penunggang basikal itu akan merentasi mercu tanda Kuala Lumpur, selain menggalakkan pertumbuhan acara sukan mesra alam dan menarik minat pasukan korporat mengayuh sambil menderma dengan sasaran kutipan RM100,000.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/01 |
Posted: 31 Oct 2012 11:10 AM PDT AMPANG: "Tiada satu pun struktur binaan khususnya chalet di kawasan perkelahan Kampung Kemensah, di sini, sah di sisi perundangan dan beroperasi mengikut status tanah yang sepatutnya," kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Datuk Mohammad Yacob. Menurut beliau, pemilik tanah seharusnya memahami status tanah mereka sama ada untuk kediaman atau pertanian sebelum melaksanakan aktiviti atau operasi dijalankan dikira salah serta haram.
"Tiada masalah sekiranya mereka mahu menjalankan aktiviti yang menjurus kepada pelancongan di pinggir sungai berkenaan apatah lagi ia popular sebagai kawasan perkelahan namun gunakan saluran betul.
Beliau mengulas mengenai permintaan 15 pengusaha chalet di Kampung Kemensah yang mahukan jaminan bertulis daripada MPAJ berhubung mata pencarian mereka itu.
Pengerusinya, Rohaizad Sa'ayan berkata, hampir belasan tahun pengusaha chalet menjalankan aktiviti pelancongan sehingga lokasi berkenaan menjadi terkenal dan dikunjungi ribuan pengunjung setiap minggu. Justeru, pengusaha berharap diberi peluang meneruskan aktiviti berkenaan dan diberi lesen berniaga.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/01 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan