Sabtu, 17 November 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


BN janji terus bela nasib rakyat: Najib

Posted: 17 Nov 2012 02:00 AM PST

SUNGAI SIPUT: Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji akan terus memperjuangkan nasib rakyat termasuk kaum India di negara ini jika terus diberi mandat pada PRU-13 nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, walaupun kerajaan selama ini berjaya mengubah nasib rakyat, banyak lagi usaha perlu dibuat ke arah itu.

"Jika diberi mandat baru pd BN, saya jamin usaha itu bukan saja diteruskan tetapi diperhebatkan pada masa akan datang," katanya berucap di hadapan lebih 25,000 tetamu sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2012 di Ladang Info Ternak di sini, sebentar tadi.

Najib turut mengajak rakyat berpegang kepada prinsip saling percaya mempercayai antara rakyat pelbagai kaum.

Malaysia bimbang dengan keganasan di Gaza: Najib

Posted: 17 Nov 2012 01:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia amat bimbang dengan perkembangan keganasan yang tercetus di Gaza.

"Kami menggesa kedua-dua pihak yang terlibat supaya menghentikan segala aktiviti keganasan itu agar tidak ada lagi nyawa orang awam terkorban," katanya menerusi entri terkini dalam blog 1Malaysia, hari ini.

Beliau berkata aktiviti keganasan itu, sekali gus menunjukkan betapa perlunya proses perdamaian di Asia Barat.

"Untuk itu, kami juga menggesa campur tangan daripada kuasa besar dunia bagi menjamin keamanan di wilayah itu," katanya.

Perdana menteri berkata Malaysia juga sentiasa bersedia untuk membantu dalam apa jua keadaan agar proses perdamaian yang diharap dapat dilaksana. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan