Berita Harian: Mutakhir |
Arab Saudi penggal kepala tiga pembunuh Posted: 26 Nov 2012 02:19 AM PST RIYADH: Kerajaan Arab Saudi hari ini memenggal kepala tiga lelaki yang disabitkan kesalahan kerana membunuh di negara itu, demikian diumumkan Kementerian Dalam Negeri. Mubarak al-Harithi dan Obaidallah al-Harithi, kedua-duanya tidak dinamakan kewarganegaraaan masing-masing, didapati bersalah di Makkah kerana mengelar dan menembak mati serorang mangsa bernama Ayedh al-Harithi.
Seorang lagi pesalah ialah Majed al-Dosari yang dipenggal kepalanya di Riyadh kerana menembak mati rakannya dari Arab Saudi, Mehmas al-Dosari. Hukuman penggal kepala itu adalah kes ke-70 di negara itu sepanjang tahun ini, demikian menurut AFP. - AP
|
Mahkamah tolak permohanan Khairy ketepikan perintah hakim Posted: 26 Nov 2012 02:08 AM PST KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk mengetepikan perintah berhubung pembelaan beliau dalam kes saman fitnah RM100 juta terhadapnya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakim Datuk Hue Siew Kheng, yang membuat keputusan itu dalam kamar, menolak permohonan Khairy dengan kos RM30,000.
Beliau berkata, mahkamah juga berpendapat Khairy mengambil mudah prosiding pada 13 Ogos dan menetapkan 26 Disember untuk perbicaraan kes saman itu. Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Khairy, pula berkata pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dan permohonan penangguhan prosiding bicara. Khairy mengemukakan permohonan itu berikutan kegagalan beliau, selaku defendan, mematuhi perintah mahkamah pada 29 Jun lalu supaya memfailkan beberapa dokumen termasuk senarai saksi dan ringkasan kes. Pada tarikh itu, Hakim Hue berkata, jika Khairy gagal berbuat demikian, beliau akan membuat perintah bagi menghalang Anggota Parlimen Rembau berkenaan membuat pembelaan dalam saman berkenaan.
Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman selepas mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda UMNO, mengeluarkan perkataan berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan di laman web termasuk Malaysiakini.com. Ketua pembangkang itu juga mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi kata-kata yang diucapkan Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari 2008. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan