Harian Metro: Mutakhir |
Pemerhati Umno meninggal dunia di depan hotel Posted: 30 Nov 2012 02:13 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang pemerhati ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 ditemui meninggal dunia di hadapan Hotel Westin Seri Pasific di sini, petang ini. Mayat pemerhati yang sedang dikenal pasti itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan mengetahui punca kematiannya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/30 |
Posted: 30 Nov 2012 01:21 AM PST GEORGETOWN: Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong, petang semalam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.
"Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata, kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.
Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/30 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan