Selasa, 13 November 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


‘Arwah tiada buat salah’

Posted: 05 Nov 2012 11:14 AM PST

PELABUHAN KLANG: "Saya tidak boleh terima cara kematiannya kerana setahu saya arwah tidak buat salah kepada sesiapa pun," kata Che Yon Hitam, 59, ibu kepada Muhammad Ridzuan Johari, 28, yang mayatnya ditemui dalam keadaan sudah berbau dan terapung di laut di kawasan Rumah Api Permatang Sedepa, kira-kira dua batu nautika dari Pulau Ketam, di sini, Sabtu lalu.

Mayat Muhammad Ridzuan ditemui seorang pemandu bot yang melalui kawasan itu kira-kira jam 6 petang dalam keadaan terapung dan tertiarap dengan kesan jerut di bahagian leher dan kesan kecederaan di kepala.


Che Yon berkata, dia bertambah runsing apabila suaminya, Johari Talib, 60, yang keluar bersama Muhammad Ridzuan pada 31 Oktober lalu belum ditemui.

Katanya, dua beranak itu bekerja sebagai pengusaha bot penumpang di sekitar Pulau Ketam dan Pulau Indah, di sini, menggunakan bot milik Johari dan bergilir-gilir membawa bot itu. Menurutnya, pada 31 Oktober lalu suaminya keluar dari rumah mereka di Taman Pendamar Indah 2, di sini, untuk bekerja pada jam 7.30 pagi manakala Muhammad Ridzuan yang tinggal berhampiran keluar bekerja pada jam 4.30 petang.


"Namun, sehingga jam 10 malam, mereka tidak pulang-pulang. Saya cuba menghubungi telefon bimbit suami, tetapi ia dimatikan.


Saya membuat laporan di Balai Polis Pelabuhan Klang memaklumkan kehilangan mereka," katanya ketika ditemui, di rumahnya semalam. Che Yon berkata, rakan sekerja suaminya ada memaklumkan suaminya ada mendapat panggilan telefon daripada individu meminta mereka mengambilnya di tempat kapal berlabuh di kawasan Pintu Gedong, Pulau Indah, di sini, pada hari kejadian. "Pada hari mereka dilaporkan hilang, rakan sekerja suami beritahu saya, dia ada berselisih ketika dalam perjalanan ke Pintu Gedong. Dia nampak kelibat suami saya memandu bot bersama Muhammad Ridzuan.

"Dia turut memberi isyarat agar suami saya tidak memasuki kawasan itu kerana keadaan ombak besar, namun suami saya tidak mengendahkannya dan terus menuju ke kawasan itu," katanya.


Katanya, dia terkejut apabila menerima panggilan telefon memaklumkan mengenai penemuan mayat anak lelaki keduanya itu sebelum bergegas ke hospital bagi membuat pengecaman mayat.

Katanya, dia dan keluarga seperti tidak percaya dengan perkara yang dialami dan berdoa agar suaminya selamat walaupun peluangnya untuk ditemui dalam keadaan hidup adalah tipis.


"Saya hanya berserah kepada Allah agar suami saya pulang dalam keadaan selamat. Saya tahu walaupun peluang untuk suami masih hidup adalah tipis kerana keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang selain tidak makan dan minum.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Selangor, Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, mangsa dan bapanya dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak keluar rumah pada 31 Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


2 kali disamun dalam 4 bulan

Posted: 05 Nov 2012 11:10 AM PST

KLANG: "Ini kali kedua saya dan rakan sekerja melihat kejadian samun di kedai yang sama dalam tempoh kurang empat bulan," kata saksi kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Taiping, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, pekerja kedai pakaian dikenali sebagai Ida, 19, berkata, dia tergamam apabila seorang daripada empat lelaki bersenjata parang, kapak dan tukul itu mengacukan parang ke arahnya memintanya tidak masuk campur dan melihat kejadian itu.


Katanya, dia dan beberapa rakan sekerjanya memanggil pelanggan di kedai pakaian itu supaya menyorok di bahagian belakang.

"Kedai tempat saya bekerja berhadapan dengan kedai emas itu. Dari situ, saya dapat melihat dengan jelas tiga daripada empat lelaki terbabit memecahkan kaca ruang pameran barang kemas menggunakan kapak dan tukul sementara seorang lagi berjaga di hadapan kedai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. Katanya, perompak itu mengambil masa kurang lima minit melakukan rompakan itu sebelum melarikan diri menaiki dua motosikal Yamaha 125. "Sebelum ini, ketika awal Ramadan, Julai lalu, kedai yang sama turut dirompak lima lelaki. Hari ini (semalam) kejadian itu berulang lagi," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan kumpulan sama menyamun premis berkenaan Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


Tiada ulasan:

Catat Ulasan