Berita Harian: Nasional |
Posted: 24 Nov 2012 04:33 PM PST Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata kesungguhan UMNO untuk memupuk perpaduan di kalangan orang Melayu bukan bererti parti itu rasis dan menentang kaum lain di negara ini. Menepis dakwaan UMNO sebagai parti rasis, Presiden UMNO itu menegaskan, parti berkenaan sentiasa berpegang bahawa kekuatan negara harus berpaksi kepada kerjasama antara kaum. Semangat ini kita dah bawa sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak... kenapa kita hendak ketepikan apa yang diasaskan pemimpin pengasas kita. "Kalau kita tidak mahu kerjasama kaum lain, Tunku (Abdul Rahman) tidak akan buat (parti) Perikatan, Tun (Abdul) Razak tidak akan buat BN, tetapi mereka buat sebab kita tahu kekuatan negara kita mesti berpaksi kepada kerjasama antara kaum. Itu kita mesti pegang," katanya dalam wawancara khas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012. Najib berkata, tuduhan rasis adalah dakyah pembangkang untuk menjatuhkan UMNO, namun langkah perlu diambil untuk memperbetulkan persepsi itu. Najib berkata, dalam konteks keadilan beliau berpegang teguh kepada prinsip Islam yang menuntut seorang pemimpin untuk sentiasa berlaku adil kepada semua pihak. Orang India dengan estetnya, dengan jalan raya yang dibina, orang Cina dengan keusahawanannya, sumbangan dalam bidang perniagaan untuk negara kita dan mereka juga membayar cukai. Asalkan kita faham perkara ini. Apa yang kita hendak tolong orang Melayu kita tolong, apa yang kita hendak tolong orang Cina dan India kita tolong secara adil dan saksama, katanya. Penting juga, kata Najib untuk memastikan masyarakat Bumiputera bukan Islam di Sabah dan Sarawak serta kaum orang Asli tidak terpinggir kerana mereka juga mempunyai hak untuk mendapat keadilan di negara ini. Mengenai agenda Bumiputera, Najib berkata, ia perlu diteruskan bagi menjamin penduduk majoriti negara ini tidak terpinggir daripada pembangunan dan kemajuan. Dalam pada itu, Najib berkata, patuh kepada disiplin organisasi adalah antara penentu kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang. Presiden UMNO berkata, walaupun mempunyai bilangan anggota yang ramai, UMNO sebagai parti tunjang Melayu bakal tewas jika anggotanya tidak memiliki disiplin organisasi yang mantap. Menerusi disiplin organisasi yang mantap, UMNO dengan keanggotaannya melebihi tiga juta orang mampu turun berperang secara tersusun dalam satu ikatan kepemimpinan utuh bersama kekuatan yang sedia dimiliki, katanya. Beliau berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2012 bakal memberi isyarat bahawa parti itu sudah siapsiaga untuk menghadapi pilihan raya, bahawa ia sudah bangkit semula dengan lebih gagah, berdisiplin dan padu. Katanya, perhimpunan 5,447 perwakilan parti itu seharusnya menggambarkan sebuah parti yang sudah bersedia dalam erti kata yang sebenar, secara komprehensif dan menyeluruh. |
Medan UMNO dedah siapa PAS sebenar Posted: 24 Nov 2012 03:59 PM PST Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata, ahli UMNO seharusnya mendedahkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 bahawa PAS adalah sebuah parti yang berselindung di sebalik imej Islam. Perdana Menteri berkata, sekiranya UMNO dapat mengemukakan hujah bernas mengenai jati diri PAS yang sebenarnya kepada rakyat, beliau yakin UMNO akan muncul sebagai parti yang utama dalam kalangan orang Melayu. Beliau mengulas tindakan PAS mendoakan kehancuran UMNO dan BN pada Muktamar PAS 2012 yang berlangsung baru-baru ini, dan bagaimana beliau mahu ahli UMNO memberi reaksi kepada perkara itu. Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri berkata, pelbagai pendapat yang tidak sekata dalam kalangan parti pakatan pembangkang membuatkan rakyat masih kabur dengan bentuk dasar yang bakal diamalkan dan hala tuju mereka jika ditakdirkan memerintah nanti. Katanya, parti mana yang akan menjadi lebih dominan juga tidak dapat ditentukan, namun memberi jaminan BN dan UMNO akan meneruskan dasar serta hala tuju yang dibentangkan kepada rakyat. Dalam pakatan itu ada parti yang nak asas Perlembagaan dipinda. Sebab DAP dengan ideologi Malaysian Malaysia yang tidak menerima prinsip dan semangat Perlembagaan. Dan kita ada PAS yang nak wujudkan negara Islam ikut tafsiran mereka. Itu pun jadi tanda tanya kerana definisi negara Islam itu pun masih kabur lagi. Dalam BN, kita boleh jamin dasar kita konsisten. Apa pun akan berlaku, kita ada jaminan bahawa hala tuju dan dasar yang sudah dibentang kepada rakyat dapat kita teruskan. Tapi, pembangkang penuh risiko, tanda tanya dan kesangsian. Sama ada kita sanggup memperjudikan masa depan kita, itu menjadi soal pokok, tegasnya. Dalam wawancara selama sejam itu, Najib turut menyentuh tindakan ketua pembangkang yang cuba merayu campur tangan pihak luar dalam pilihan raya negara ini, seolah-olah menafikan amalan demokrasi yang selama ini berjalan dengan baik. Ditanya sama ada ia dilakukan kerana pembangkang yakin mereka tidak mampu memenangi PRU-13, beliau berkata, atas sebab itulah pembangkang cuba menyediakan minda rakyat bahawa proses pilihan raya negara itu tidak telus. Ada juga orang kata bahawa kalau dia tak menang, dia nak tunjuk perasaan juga. Nak tunjuk pilihan raya kita tak telus dan tak adil. Segala-galanya boleh berlaku sebab mereka sangat obses, mabuk nak menguasai Putrajaya. Australia pun dah tolak (permintaan Anwar untuk memantau dan memerhati PRU-13), katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan