Selasa, 20 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Kenaikan pangkat secara 'time-based' dicadang diperluas ke seluruh sektor awam: KSN

Posted: 20 Nov 2012 02:08 AM PST

KLUANG: Kaedah kenaikan pangkat secara 'timed-based' yang kini dinikmati sektor pendidikan dan kesihatan dicadang akan diperluas ke sektor perkhidmatan awam lain.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan sedang meneliti secara terperinci pelaksanaannya termasuk menunggu laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam sebelum perluasan terbabit dilakukan.

"Terdapat kira-kira 1.42 juta penjawat awam di negara ini dengan seramai 430,000 daripadanya adalah guru yang menikmati kaedah time-based.

"Kita (kerajaan) akan mengambil kira keseimbangan hasil dan perbelanjaan negara dan tunggu hasil laporan suruhanjaya yang dipengerusikan Tun Zaki Tun Azmi pada 31 Dis depan sebelum kaedah itu diperluas," katanya pada sesi soal jawab majlis amanat dan sesi interaksi bersama penjawat awam, di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Kampus Wilayah Selatan, di sini, hari ini. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/20


Kanak-kanak 9 tahun ditemui lemas di Air Terjun Pelangi

Posted: 20 Nov 2012 01:30 AM PST

KUANTAN: Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika berkelah bersama keluarganya di kawasan Air Terjun Pelangi dekat Sungai Lembing semalam ditemui lemas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mayat Chan Pek Sheng, 9, ditemui kira-kira 1.30 petang di dalam air berhampiran tempat keluarganya mandi.

Dia dipercayai tergelincir ke dalam air. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/20


Tiada ulasan:

Catat Ulasan