Harian Metro: Setempat |
Posted: 22 Nov 2012 11:59 AM PST SUNGAI BULOH: "Apabila nampak penjenayah depan mata, saya tidak fikir bahaya, sebaliknya hanya mahu tangkap mereka" kata Inspektor Saiful Bahari Yunus, 28, yang cedera terjatuh dari tingkat dua rumah teres ketika menyertai serbuan bagi menahan suspek kes curi kereta di Subang Perdana, Kampung Baru Subang, dekat sini, Selasa lalu. Saiful yang bertugas di Unit Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, kini dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, kerana patah tangan kiri dan tulang pipi kiri.
"Saya nampak dua suspek memanjat bumbung untuk melarikan diri. Saya dan seorang lagi anggota turut memanjat bumbung itu untuk mengejar mereka dan menahan dua lelaki terbabit.
Saiful yang sudah tujuh tahun berkhidmat berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus membanteras jenayah.
"Dalam kejadian jam 4.50 petang di depan pasar raya Tesco Bukit Puchong, suspek yang menaiki Honda Civic mengacukan parang ke arah mangsa dan mengarahkannya serta dua saksi kejadian, mendiamkan diri. "Mereka melarikan kereta mangsa jenis Toyota Hilux bernilai RM102,000. Mangsa membuat laporan polis dan satu gerakan mengesan suspek dilakukan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/23 |
2,020 ibu tunggal saman RM10.9 juta Posted: 22 Nov 2012 11:56 AM PST SHAH ALAM: Seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan saman berjumlah RM10.9 juta terhadap kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana gagal memberikan elaun ibu tunggal seperti dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-12. Saman itu difailkan di kaunter pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi, di sini, jam 9.20 pagi semalam, melalui Tetuan Kamarudin & Partners melalui peguam Kamarudin Ahmad.
Dalam pernyataan tuntutan yang diketuai Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman mendakwa kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat dalam manifestonya akan memberi elaun, tetapi tidak menunaikan janji berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan