Harian Metro: Setempat |
Posted: 25 Nov 2012 12:15 PM PST KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah melantik 77 kontraktor dengan kos keseluruhan RM77 juta untuk menyelenggara Projek Perumahan Rakyat (PPR). Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kebanyakan kontraktor yang dilantik sudah selesai urusan kontrak bagi memulakan kerja penyelenggaraan dalam masa terdekat.
Menurutnya, aspek penyelenggaraan merangkumi pelbagai aduan penduduk PPR antaranya resapan dan bocor akibat hujan. Kos projek untuk satu kontraktor adalah RM1 juta dan kerja penyelenggaraan dilakukan di kawasan masing-masing.
Katanya, gelanggang baru ini membawa konsep tiga dalam satu yang boleh digunakan untuk kemudahan sukan futsal, bola jaring dan sepak takraw. Kos satu gelanggang baru adalah RM83,000 manakala RM23,000 digunakan untuk kos baik pulih.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26 |
‘Kami dah beri kelonggaran’ Posted: 25 Nov 2012 12:13 PM PST KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap dengan pendirian tidak membenarkan peniaga di Bazar Larut Malam (Uptown) Danau Kota Setapak berniaga pada setiap Isnin dan Selasa, meskipun pada cuti sekolah. Timbalan Pengarah (Pembangunan Sosio Ekonomi) DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, keputusan itu dibuat berikutan rungutan penduduk yang mahu bazar terbabit dipindahkan ke tempat lain.
"Namun mereka (peniaga) memohon melanjutkan tempoh perniagaan setiap hari sempena cuti sekolah, namun kami tidak luluskan kerana mengambil kira kepentingan penduduk," katanya selepas majlis penutup Pertandingan Akhir Kejohanan Futsal Piala Pusingan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur di PPR Kerinchi, semalam. Mohd Amin Nordin juga berkata, DBKL mengenal pasti lokasi sesuai bagi memindahkan peniaga ini supaya mereka boleh meneruskan perniagaan setiap hari tanpa mengganggu kawasan penduduk.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan