Berita Harian: Mutakhir |
RM50 juta disediakan bagi Skim Pembiayaan Mikro bantu penjaja Posted: 18 Nov 2012 12:12 AM PST PUTRAJAYA: Sejumlah RM50 juta akan diperuntukkan di bawah Skim Pembiayaan Mikro mulai awal tahun depan dalam usaha kerajaan membantu golongan penjaja dan peniaga kecil mengukuhkan perniagaan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain proses pinjaman dipermudahkan, tempoh bayaran balik turut dipanjangkan sehinga sembilan tahun.
Beliau berkata, menerusi pinjaman berkenaan penjaja dan peniaga kecil boleh meminjam sehingga maksimum RM50,000 untuk menambah modal pusingan atau membeli peralatan perniagaan yang lebih baik dan moden. "Jika tiada sebarang masalah, dijangkakan permohonan pinjaman boleh dibuat awal Januari depan," katanya. Selain itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan turut menyediakan peruntukan dalam bentuk geran sebanyak RM4 juta untuk pelaksanaan program dan aktiviti persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil tahun depan. Terdahulu beliau berucap merasmikan Konvensyen Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional 2012 yang julung kali diadakan sempena sambutan Hari Penjaja, disertai seramai 320 peserta dari seluruh negara.
"Kerajaan akan menanggung bayaran insurans sebanyak RM10.60 untuk setiap seorang ahli yang mendaftar. Jika anggota persatuan ingin mendapatkan penambahan perlindungan, mereka boleh menambah nilai polisi mengikut kemampuan masing-masing," katanya. Beliau berkata, menerusi skim terbabit, dijangka lebih sejuta anggota persatuan penjaja dan peniaga kecil yang mendaftar bakal menikmati kemudahan berkenaan. - BERNAMA |
Bayi berusia 18 bulan maut dalam serangan Israel ke atas Gaza Posted: 17 Nov 2012 11:50 PM PST GAZA: Bayi berusia 18 bulan maut dalam serangan terbaru Israel di tengah Gaza dan mencederakan dua adik beradik hari ini, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan. Bayi malang itu bernama Iyyad Abu Khusa.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, dua kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan masing-masing berusia empat dan lima tahun dikatakan "dalam keadaan kritikal". Serangan terbaru Israel itu menjadikan angka kematian sejak Rabu lalu kepada 47 orang manakala lebih 450 cedera. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan