Ahad, 25 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Ambulans terkandas

Posted: 24 Nov 2012 05:21 AM PST

ALOR GAJAH: Malang bagi seorang warga emas apabila terpaksa menunggu selama beberapa jam selepas ambulans yang ditugaskan membawanya ke hospital terkandas lebih dua jam di Perkampungan Orang Asli Bukit Besar, Machap Umboo, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, pemandu ambulans, Moktar Abd Talib, 39, bersama dua kakitangan Hospital Alor Gajah (HAG) bergegas ke kampung itu untuk mengambil pesakit berkenaan.


Ketika tiba di lokasi kejadian, ambulans dipandu Moktar terkandas separuh jalan berikutan laluan tanah merah dan berselut serta berlopak hingga menyekat pergerakan selama lebih dua jam.

Difahamkan, mangsa, Teguh Ithnin, 63, yang juga lelaki Orang Asli mengalami sakit tua dilaporkan berada dalam keadaan tenat kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum tidak sedarkan diri beberapa jam kemudian lalu ahli keluarganya menghubungi pasukan kecemasan.


Bagaimanapun, mangsa yang dibawa keluar anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah menggunakan pacuan empat roda disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HAG jam 9.46 malam.


Menurut Moktar, dia ditugaskan ke Perkampungan Orang Asli itu untuk mengambil pesakit yang dilaporkan tenat, namun gagal tiba pada masanya apabila ambulans terkandas di tengah jalan.

"Pada jam 6.30 petang, ambulans sudah melalui separuh jalan pada jarak kira-kira 1.5 kilometer dari jalan besar sebelum keempat-empat tayar tersekat," katanya.


Menurut Moktar, dia bersama dua rakan setugasnya kemudian dibantu penduduk berdekatan cuba menolak ambulans, namun gagal sebelum menghubungi JPAM Alor Gajah.

"Menyedari keadaan tayar ambulans terbenam begitu dalam, saya menghubungi JPAM yang mempunyai pacuan empat untuk membantu.


"Ketika itu suasana semakin gelap, namun kami tetap cuba menolak naik ambulans ketika mangsa yang tenat sedang menunggu di rumah sehingga sepasukan anggota JPAM tiba," katanya.


Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan Muda Hamdan Mohd Saat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan hospital meminta bantuan jam 7 malam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/24



Dapat pengiktirafan Malaysia Book of Records

Posted: 24 Nov 2012 05:21 AM PST

SHAH ALAM: Muzium seni helah pertama Malaysia, Trick Art Museum di i-City, dekat sini, berjaya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR), sekali gus menjadi produk terbaru industri pelancongan negara.

Sijil MBOR disampaikan Presidennya, Datuk Danny Ooi kepada Pengerusi Eksekutif i-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong dan Pengarah Pemasaran i-Berhad, Monica Ong di muzium berkenaan, semalam.


Turut hadir, pemenang Ratu Pelancongan Antarabangsa 2011, Aileen Gabriella Robinson dan wakil Malaysia bagi pertandingan sama tahun ini, Ilinca Tan bagi merasai sendiri keunikan lukisan seni helah.

Bagi mempromosikan muzium itu di peringkat antarabangsa, pihaknya menjemput delegasi Ratu Pelancongan Antarabangsa 2012 dari 55 negara ke i-City pada 25 Disember ini.


Terdapat lima tema lukisan di Trick Art Museum seperti lukisan terkenal, Mesir dan alam haiwan dan kehidupan laut serta Moden klasik.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/24



Tiada ulasan:

Catat Ulasan