Khamis, 29 November 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Ikrar Najib

Posted: 29 Nov 2012 04:38 PM PST

Maaf Atas kekhilafan
Saya selaku Presiden UMNO, bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf kepemimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam" Sumpah pemimpin UMNOBumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang atau pimpinan atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segala-galanya, sebagai kepemimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan"
Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa UMNO dan Barisan Nasional yang mampu menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," Datuk Seri Najib Razak

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berikrar akan bersama seluruh saf kepemimpinan UMNO untuk terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, memartabat orang Melayu serta membenteng akidah umat dan memelihara agama Islam.

UMNO tidak akan berundur "Walau apapun rintangan melanda, biar apapun cabaran menghalang, UMNO tidak akan berpulang walau setapak, UMNO tidak mungkin berpatah jalan.

"UMNO takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam," katanya dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63, semalam.

Dalam ucapan bersemangat bertemakan 'Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional', Perdana Menteri menegaskan UMNO dan BN akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangi hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik.
"Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa UMNO dan Barisan Nasional yang mampu menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

"Di sini, di sinilah kita dilahirkan, di sini... di sinilah tangis kita mula bergema. Di sini kita membina keluarga dan di sinilah kita melakar masa depan.

"Di sinilah juga, dengan izin Allah SWT yang Maha Berkuasa, kita akan bersemadi untuk selama-lamanya," katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan.

PRU13 titik penentuan

Sehubungan itu, Najib mengingatkan rakyat bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak bukanlah satu pilihan raya yang biasa.

"Ia merupakan titik penentu kepada destinasi rakyat dan negara. Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan kepada anak-anak kita.

"Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama atau Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis," katanya.

Perdana Menteri menegaskan negara akan hancur, runtuh dan tenggelam jika rakyat terpedaya dengan fitnah dan janji palsu pembangkang.

"Sudah barang pasti UMNO tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula.

"Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri," katanya.

Pemerhati luar kagum

Posted: 29 Nov 2012 04:38 PM PST

Ucapan bersemangat Presiden UMNO dapat perhatian perwakilan asing

Kuala Lumpur: Aura dan semangat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan dasar di hadapan perwakilan turut dirasai pemerhati luar negara, semalam.

Wakil Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Arthur Fong, berkata ucapan beliau amat bersemangat dan menerima respon memberangsangkan.
Saya menghargai kesudian UMNO menjemput wakil kami menyertai perhimpunan besar sebegini dan sangat berbangga dengan kejayaan negara Islam seperti Malaysia," Malahat Ibrahimgizi, Wakil Kerajaan Azerbaijan

"Ucapan berkenaan menyentuh semua lapisan masyarakat dan mempunyai perspektif yang luas, dalam masa sama, beliau (Najib) tidak lupa mengingatkan generasi muda mengenai jasa pemimpin terdahulu.

"Dalam ucapan dasarnya Najib turut menggambarkan bagaimana beliau sentiasa berusaha untuk rakyat malah disayangi rakyat," katanya ketika ditemui selepas mendengar ucapan dasar Presiden, semalam.

Wakil Kerajaan Azerbaijan, Malahat Ibrahimgizi, pula berkata perhimpunan kali ini amat teratur dan bersifat progresif.

"Saya menghargai kesudian UMNO menjemput wakil kami menyertai perhimpunan besar sebegini dan sangat berbangga dengan kejayaan negara Islam seperti Malaysia.
Negara Islam contoh

"Kami berbangga ada negara Islam seperti Malaysia bergerak maju dan berdoa yang terbaik untuk Barisan Nasional (BN) dan Malaysia," katanya.

Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughosh pula menyifatkan Malaysia adalah contoh terbaik bagi negara Islam yang mengamalkan konsep demokrasi.

"Malaysia mengamalkan model demokrasi yang unik dan diamalkan dengan baik di kalangan pelbagai etnik juga agama," katanya.

Ucapan bermaklumat

Wakil Parti Kongres Nasional Sudan, Ahmed Abdul berkata, ucapan Najib sangat berinformasi dan penuh dengan maklumat berkaitan dengan pembangunan dijalankan di bawah kerajaan BN.

"Kami berharap dapat mempelajari bagaimana mereka menjaga dan memerintah selama 55 tahun hingga menjadi negara yang sedang pesat membangun," katanya.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan, berkata beliau percaya UMNO akan melaksanakan lebih banyak agenda yang memberi kesejahteraan kepada rakyat.

"Kita harapkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan berdasarkan pengorbanan serta sejarah UMNO menerajui negara ini, saya percaya UMNO akan melakukan lebih lagi untuk rakyatnya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan