Harian Metro: Setempat |
Posted: 14 Nov 2012 02:40 PM PST KUALA LUMPUR: 'Abang, belilah (sambil menunjukkan iPhone 4s). Saya bagi abang harga RM800, siap kotak dan pengecas telefon sekali.' Demikian tawaran seorang lelaki tempatan kepada wartawan Harian Metro ketika membuat tinjauan penjualan gajet secara haram di Taman KLCC, di sini, semalam.
"Biasanya saya jual kepada pelancong asing sehingga RM1,800 sebuah telefon bimbit jenis ini dan mereka membelinya disebabkan harga murah.
Mereka akan mengenal pasti pengunjung sebelum menghampiri dan menawarkan gajet berkenaan yang disimpan dalam sebuah beg kecil.
"Ketika itu, saya duduk berehat di kawasan taman ini. Tiba-tiba dua lelaki menghampiri saya sebelum seorang daripadanya mengeluarkan telefon terbabit dan mahu menjualnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/15 |
Dua tumpas curi bagasi penumpang Posted: 14 Nov 2012 12:38 PM PST SHAH ALAM: Dua lelaki Algeria yang menyamar pengunjung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, bagi melarikan bagasi milik penumpang ditahan, Sabtu lalu. Suspek berusia 36 dan 48 tahun itu ditahan polis yang curiga dengan kehadiran mereka berlegar di sebuah restoran di KLIA. Polis curiga apabila seorang daripada suspek keluar dari restoran dengan membawa sebuah bagasi jam 11.20 pagi.
Mohd Adnan berkata, tindakan pantas anggota polis berjaya menahan kedua-dua suspek dan siasatan mendapati bagasi yang berada bersama suspek milik seorang ahli perniagaan berusia 50-an yang menunggu penerbangan pulang ke Sabah.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan