Khamis, 1 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


AEON beli Carrefour

Posted: 31 Oct 2012 09:12 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Aeon Co Ltd mengumumkan pembelian 100 peratus saham Carrefour Malaysia daripada Magnificient Diagraph Sdn Bhd dan Carrefour Malaysia Sdn Bhd.

Ditahan tengah lepak

Posted: 31 Oct 2012 11:37 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seramai 11 warga Nepal yang leka melepak dan bersembang akibat kekenyangan selepas menikmati makan malam, ditahan dalam 'Ops Sapu' di Taman Sri Bahagia di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 7.30 malam itu, semua warga Nepal berusia 19 hingga 32 tahun terbabit ditahan kerana menyalahgunakan pas dan permit kerja dikeluarkan.


Ketua operasi, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohamad Nasir Abas, berkata serbuan dijalankan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam berkaitan kehadiran warga asing terbabit yang kerap membuat kacau dan menimbulkan rasa kurang senang penduduk setempat. "Siasatan awal mendapati rumah kedai dua tingkat itu dijadikan lokasi warga asing terbabit untuk menikmati hidangan dari negara asal kerana tukang masaknya adalah rakan senegara mereka.

"Mereka sudah ada di situ sejak berbulan lalu. Sebahagian besar daripada mereka adalah pekerja kilang dan datang dari sekitar Ulu Tiram, Kulai, Taman Desa Cemerlang dan Johor Bahru. Mereka datang semata-mata untuk makan selain melepak.


"Warga asing terbabit dibenarkan berhutang dan membayarnya secara bulanan, premis itu pula mampu menampung 30 pengunjung pada satu-satu masa dan ia beroperasi hingga lewat malam," katanya.


Menurut Mohamad Nasir, pemeriksaan terhadap dokumen dikemukakan warga Nepal terbabit mencurigakan berikutan mereka didaftarkan di bawah majikan di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur, namun bekerja di negeri ini.

Berikutan itu, pihaknya terpaksa menahan warga asing terbabit bagi pemeriksaan lanjut selain memanggil majikan mereka mengesahkan status sebenar kumpulan berkenaan.


"Majikan sepatutnya lebih prihatin dengan undang-undang berkaitan pengambilan pekerja asing dan tidak sewenang-wenangnya menghantar individu digaji mereka untuk berkhidmat di tempat lain tanpa kebenaran pihak berkuasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/01


Tiada ulasan:

Catat Ulasan