Kosmo Online |
Pelajar Ting. 1 liwat murid prasekolah Posted: Pelajar Ting. 1 liwat murid prasekolah01/07/2011 8:00pm KANGAR - Seorang pelajar tingkatan satu ditahan polis kerana disyaki meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah pondok kosong di belakang rumah suspek di Kampung Bakong, Jejawi, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Mohd Nashir Ya. Beliau berkata, suspek yang merupakan pelajar sebuah sekolah menengah di Arau ditahan malam tadi selepas ibu kanak-kanak itu membuat laporan di Balai Polis Arau pada kira-kira 6.25 petang semalam. Ibu kanak-kanak itu yang berumur 28 tahun dan yang bekerja sebagai tukang cuci membuat laporan itu selepas anaknya menceritakan kejadian itu dengan mengatakan bahawa suspek yang di panggil "abang" melakukan perkara tidak senonoh terhadapnya, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Sindiket pecah rumah tumpas01/07/2011 7:03pm KUALA LUMPUR - Satu sindiket yang bergiat aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kereta di sekitar Lembah Klang tumpas berikutan penahanan tiga lelaki dan seorang wanita dalam serbuan di sebuah kondominium di Sentul minggu lepas. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata, dalam serbuan pada 8.30 malam di Kondominium Sang Suria, Sentul itu, polis berjaya merampas pelbagai jenis barangan dan tujuh buah kereta yang diletakkan di luar kondominium itu bernilai lebih RM2 juta. "Dari soal siasat dan pemeriksaan yang dijalankan di kondominium tersebut juga, kami telah merampas pelbagai jenis barangan antaranya pedang, logo polis, dan 32 batang kunci kereta. "Dan kami percaya ini bermakna mereka telah mencuri lebih daripada 32 biji kereta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Hukuman penganggur ditambah01/07/2011 7:02pm JOHOR BAHRU - Seorang penganggur yang didakwa cuba membunuh teman wanitanya dan menyebabkan mangsa cedera parah akibat disimbah cuka getah, bukan sekadar gagal dalam rayuan bagi meringankan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya, malah terpaksa meringkuk lebih lama dalam penjara. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan menolak rayuan Habin Noor Sulaiman, 43, selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad dan peguam Hussin Othman. Beliau menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun bagi kesalahan cuba membunuh dan penjara 17 tahun dengan lapan sebatan kerana menyebabkan kecederaan parah serta mengarahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 16 Disember lepas. Dalam penghakimannya, Abdul Halim kesal dengan perbuatan Noor Habin yang disifatkan sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan