Harian Metro: Setempat |
Posted: 02 Jul 2011 09:50 AM PDT KULIM: "Sebaik mendengar letupan kuat, saya berlari di sekeliling tangki untuk mencari rakan yang terjatuh sebelum terkejut menemui arwah di bawah tangga besi dalam keadaan tidak bernyawa lagi, kira-kira 30 meter dari tempat kejadian." Begitu kata Al Azria Shamsudin, 20, apabila rakannya yang juga pembantu kimpalan, Che Hussin Che Kob, 49, maut disebabkan cedera parah di badan akibat letupan di sebuah kuari di Bandar Sri Mahkota, Sungai Ular, dekat sini, semalam.
Al Azria berkata, dia di bahagian bawah tangki minyak tar, manakala arwah yang baru sebulan bekerja di situ bersama Mohamad Fahmi membantu seorang lagi rakan melakukan kerja mengimpal di atas tangki.
"Manakala Mohd Fahmi dikejarkan ke Hospital Kulim dengan ambulans kerana cedera di badan, namun kami sedih arwah tidak dapat diselamatkan kerana mati di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kulim, di sini.
Menurutnya, dia hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan rakan bapanya lalu bergegas ke tempat kejadian.
|
Posted: 02 Jul 2011 09:02 AM PDT SEPANG: Gelagat mencurigakan seorang pelancong lelaki dari Pakistan sewaktu memasuki laluan pemeriksaan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin membawa kepada penemuan tiga kilogram dadah jenis heroin dianggarkan bernilai RM600,000. Pengarah Kastam KLIA, Datuk M Govinden berkata, pegawai kastam yang melakukan pemeriksaan rapi terhadap lelaki terbabit menemui dadah itu terikat kemas pada betisnya selepas pemeriksaan biasa iaitu imbasan pada beg bimbit biru dibawanya tidak menunjukkan imej mencurigakan.
"Imbasan pada begnya tiada menunjukkan perkara mencurigakan, namun melihat kepada gerak-geri, malah penampilannya berseluar jeans dengan saiz lebih besar menimbulkan syak pegawai kami.
Katanya, tindakan lelaki terbabit yang memakai seluar lebih besar bukan saja bagi memudahkan pergerakan, malah bersama beg yang tiada bahan larangan adalah bertujuan mengaburi mata pegawai kastam.
"Dalam siasatan awal, pihak kami mendapati suspek pernah mengunjungi negara ini empat kali tetapi tidak pasti tujuan kedatangannya ke sini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan