Harian Metro: Setempat |
Posted: 01 Jul 2011 10:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Bergiat aktif dalam jenayah samun, pecah rumah dan curi kereta sejak 18 bulan lalu, satu kumpulan jenayah yang digelar 'Geng Iskandar' tumpas apabila polis menyerbu sebuah kondominium yang dijadikan markas serta tempat simpanan pelbagai barangan curi. Dalam serbuan kira-kira jam 8.30 malam pada 23 Jun lalu di Jalan Ipoh, di sini, empat suspek termasuk ketua kumpulan terbabit yang dikenali sebagai Iskandar diberkas dan ratusan barangan curi dirampas antaranya tujuh kereta, dua motosikal, pelbagai barang elektrik dan barang kemas.
"Selain pelbagai barang curi dalam kondominium itu, kami merampas pelbagai senjata berbahaya seperti pedang samurai, keris, kerambit, parang dan beberapa peralatan serta pakaian pihak berkuasa termasuk polis dipercayai digunakan untuk menyamar sebelum menyamun mangsa.
"Dengan tumpasnya geng terbabit, kami percaya dapat selesaikan 31 kes membabitkan samun, pecah rumah dan curi kereta. Siasatan juga giat dilakukan bagi mengesan saki baki anggota kumpulan itu," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Mayat reput ditemui terapung di kunci air Posted: 01 Jul 2011 10:32 AM PDT BANTING: Misteri bau busuk dihidu orang ramai yang melalui pesisir Sungai Langat, di sini, terbongkar apabila mayat seorang lelaki sudah reput dan berulat ditemui terapung di kunci air Sungai Lang, kira-kira jam 7.30 malam kelmarin. Ketua Balai Polis Banting, Inspektor Khusairin Che Hussin, berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat terbabit daripada orang awam dan mayat itu dibawa naik kira-kira sejam kemudian. Menurutnya, polis dengan bantuan bomba dan penyelamat mendapati mayat lelaki yang berbadan gempal berusia 40-an itu sudah reput kerana berada dalam air terlalu lama.
"Kami bagaimanapun belum mengenal pasti identiti mangsa berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini polis menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah berhubung penemuan mayat dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.
Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat penemuan mayat itu diminta hubungi Inspektor Khusairin Che Hussin di talian 012-9654927 atau balai polis berdekatan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan