Rabu, 20 Julai 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Makkah Metro ambil lebih ramai pekerja KTMB

Posted: 20 Jul 2011 02:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Syarikat keretapi Makkah Metro, yang terlibat dalam perkhidmatan pengangkutan jemaah haji di Makkah, menambah pengambilan pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk membantu mereka bagi mengendalikan musim hari tahun ini.

Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan, berkata Makkah Metro telah meminta KTMB menambah jumlah petugas KTMB lebih dua kali ganda dari jumlah yang dihantar pada tahun lepas iaitu dari 65 orang, kepada 200 orang tahun ini.


"Tetapi kita hanya dapat hantar 145 petugas sahaja memandangkan kakitangan kita diperlukan bagi meneruskan operasi di tanah air," katanya kepada pemberita selepas meraikan kakitangannya yang akan berlepas ke Arab Saudi mulai malam ini di sini, hari ini.

Kumpulan pertama seramai 41 orang akan berlepas malam ini untuk berkhidmat sehingga November.


"Alhamdulillah kita dijemput semula berdasarkan prestasi kerja baik yang ditunjukkan kakitangan yang terlibat pada tahun lepas," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Buka semula akaun SSPN

Posted: 20 Jul 2011 02:00 AM PDT

PUTRAJAYA: Pemohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dikenakan semula syarat perlu membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan simpanan minimum RM20 bermula tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata syarat itu dikenakan semula untuk menggalakkan budaya menabung di kalangan masyarakat sebagai persediaan untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).


"Kita menggalakkan semua peringkat umur menabung walaupun masih bayi. Proses membuka akaun juga kita sudah mudahkan. Kalau dulu 14 hari, hari ini mengambil masa sehari sahaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan seminar PTPTN bersama IPT, pelancaran semula SSPN dan penyerahan pembiayaan pendidikan daripada institusi kewangan kepada PTPTN di sini, hari ini.

SSPN dimulakan pada tahun 2004 dan pada tahun 2008 pembukaan akaun dijadikan syarat untuk penuntut IPT mendapatkan pinjaman PTPTN, sebelum ia dimansuhkan pada tahun 2009 sehingga 2011 akibat masalah sistem.


Sejak dilancarkan pada tahun 2004 sehingga kini, SSPN mempunyai 990,000 pendeposit dengan jumlah tabungan RM465 juta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan