Harian Metro: Mutakhir |
| APMM gagalkan cubaan seludup PATI Posted: 18 Jul 2011 03:09 AM PDT JOHOR BAHRU: Niat Tekong bot membawa lapan PATI untuk balik berhari raya musnah setelah bot yang mereka naiki berjaya di pintas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Selatan berhampiran Jeti Tanjung Kupang, Pelabuhan Tanjung Pelepas awal pagi ini. Ketua Penguat Kuasa Wilayah Maritim Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili
melakukan rondaan telah mengesan sebuah kayu yang dalam keadaan mencurigakan . "Ketika dihampiri, bot tersebut terus memecut laju mengelak dari ditahan pihak APMM namun usaha tekong bot membawa lapan PATI tersebut gagal setelah bot APMM
Kupang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pontian. Hasil pemeriksaan, katanya, tekong dan seorang pembantunya serta lapan PATI
Zulkifili berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki
|
| Posted: 18 Jul 2011 01:44 AM PDT ALOR GAJAH: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang semakin teruk di bandaraya Melaka melalui sistem pengangkutan rel. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata pihaknya mengenalpasti kemasukan terlalu banyak kenderaan persendirian telah menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di bandaraya Melaka. "Perkara yang akan kita (SPAD) lihat ialah minat kerajaan Melaka untuk mengadakan sistem pengangkutan trem yang dirancang dibangunkan melalui projek penswastaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran sambutan Bulan Patriotisme Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi di Masjid Tanah dekat sini, hari ini. Syed Hamid, yang juga anggota Parlimen Kota Tinggi berkata, perkhidmatan pengangkutan bas dan teksi juga perlu dipertingkatkan bagi menggalakkan pelancong dan penduduk Melaka menggunakannya untuk memasuki bandaraya tersebut. "Saya datang ke Melaka tengok kesesakan jalan raya memang teruk, untuk melawat kawasan-kawasan pelancongan kena mengambil masa lama kerana terlalu banyak kereta yang menyebabkan kesesakan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan