Harian Metro: Mutakhir |
| Dua kumpulan Amerika Latin dalang curi berlian Posted: 17 Jul 2011 12:31 AM PDT SHAH ALAM: Polis mengenal pasti dua kumpulan warga Amerika Latin, terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita, yang dipercayai terlibat dalam dua kes mencuri berlian dan barangan kemas bernilai RM1.66 juta di kawasan balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, pada Isnin lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata siasatan pihak polis juga mempercayai kumpulan berkenaan adalah kumpulan sama terlibat dalam kes curi tiga beg berisi emas bernilai kira-kira RM900,000 di Terengganu pada akhir 2009.
|
| Sistem radar perkuat pengawasan perairan Pengerang Posted: 17 Jul 2011 12:29 AM PDT JOHOR BAHARU: Usaha pemantauan di perairan Pengerang daripada sebarang kegiatan jenayah di lautan bakal menjadi lebih berkesan apabila kerajaan memasang radar pengawasan di lokasi daratan yang strategik di kawasan itu. Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata, ini berikutan rancangan kerajaan untuk menempatkan sebuah radar di bukit strategik di pesisir pantai Pengerang.
Pada ketika ini, katanya, terdapat sebuah radar yang ditempatkan di salah sebuah bukit di Pengerang, tetapi ia memainkan fungsi keselamatan selain daripada mengawasi kawasan pesisir pantai Pengerang.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan