Harian Metro: Mutakhir |
Dapat kembar 3 selepas 6 tahun Posted: 02 Jul 2011 09:46 AM PDT JOHOR BAHRU: Penantian sepasang suami isteri untuk mendapat cahaya mata sejak enam tahun lalu berbaloi apabila dikurniakan anak kembar tiga yang selamat dilahirkan di Hospital Pakar Regency, Pasir Gudang, di sini, jam 10.37 pagi, Khamis lalu. Bapa kembar tiga itu, Ahmad Fisol Rejab, 33, berkata dia bersyukur dengan kehadiran dua bayi perempuan dan seorang lelaki yang dilahirkan melalui pembedahan.
"Memang gementar untuk bergelar ayah buat pertama kali, terutama selepas sekian lama menunggu, inikan pula dikurniakan tiga anak sekali gus.
"Isteri saya stabil dan mendapatkan rawatan lanjut di hospital sama," katanya.
Ahmad Faisol juga berterima kasih pada kakitangan hospital, khasnya Dr Thoka Muhammad yang bekerja keras memastikan keselamatan isteri dan tiga anaknya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan